Google Doodle merupakan satu penghormatan oleh Google sebagai logo khusus dan sementara di laman Google di mana ia untuk memperingati peristiwa penting, serta memperingati kehidupan para seniman, pelopor, dan ilmuwan terkenal.

Jika sebelum ini Google Doodle memperingati Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma, Datuk Sudirman Arshad, Mokhtar Dahari dan ramai lagi. 

ARTIKEL BERKAITAN : Jasa Biduanita Negara Diangkat Ke Mata Dunia, Doodle Khas Buat Saloma Di Google

Google Doodle Rai Tokoh Animasi Malaysia & Pencipta Keluang Man, Allahyarham Kamn Ismail
Tokoh Animasi Malaysia, Allahyarham Kamn Ismail Foto Via Google

Terbaru, seorang lagi tokoh terkemuka Malaysia iaitu Allahyarham Kamarudin Ismail atau lebih dikenali sebagai Kamn Ismail diingati dan diraikan. Kamn Ismail merupakan tokoh dalam dunia animasi Malaysia dan hari ini merupakan hari kelahirannya yang ke-67.

Beliau merupakan seorang perintis dalam penggunaan teknologi komputer dan aplikasi digital dalam animasi pada tahun 90-an.

Google Doodle Rai Tokoh Animasi Malaysia & Pencipta Keluang Man, Allahyarham Kamn Ismail
okoh Animasi Malaysia, Allahyarham Kamn Ismail

Menurut portal tempatan, berikut info menarik mengenai Kamn Ismail;

1. Kamn dilahirkan di Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka pada tahun 1956 dan mendapat pendidikan awal di Methodist Boys’ School, Sentul, Kuala Lumpur.

2. Beliau pernah bekerja dengan sebuah syarikat yang berpangkalan di United Kingdom, McMillen Film Company untuk menghasilkan lem “Paper Tiger” yang dikeluarkan pada tahun 1975.

Ads

3. Apabila komputer dan teknologi mendapat daya tarikan pada tahun 80-an, Kamn berminat untuk mengembangkan penggunaan komputer untuk tujuan melukis dan cuba menghasilkan animasi kartun yang lebih canggih.

4. Beliau sering merujuk kepada teknik animasi Walt Disney, namun pembiayaan merupakan suatu masalah.

5. Pada tahun 1989, dengan bantuan dan keyakinan Syarikat Mega Universal Sdn Bhd, Kamn telah ditugaskan untuk mencipta persembahan 2D dan 3D untuk pelancaran produk bagi syarikat-syarikat swasta dan badan-badan kerajaan.

6. Dari tahun 1991 hingga 1997, Kamn menyertai Kharisma Pictures (M) Sdn Bhd untuk membentuk dan melatih kumpulan juruanimasi pertama untuk mencipta siri animasi ‘Usop Sontorian’. Ia mengambil masa hampir tiga tahun dan 94 kakitangan berdedikasi untuk menghasilkan sejumlah 49 episod. Siri animasi itu dikeluarkan untuk tontonan umum di TV1 RTM dan menjadi hit segera di seluruh Malaysia.

7. Pada tahun 1996, Kamn mewakili delegasi Malaysia ke Festival Animasi Antarabangsa ke-6 yang diadakan di Hiroshima, Jepun untuk memberi kesedaran mengenai dunia animasi di Malaysia dan mempamerkan episod dari siri Usop Sontorian kepada seluruh dunia.

Ads

8. Kamn kemudiannya menyertai UAS Animation Studios (M) Sdn Bhd sebagai salah seorang pengarahnya pada tahun 1997. Beliau ditugaskan untuk menghasilkan siri animasi yang popular mengisahkan tentang seorang pesakit di hospital mental di Tampoi bernama Borhan, yang juga dikenali sebagai ‘Keluang Man’.

9. Beliau telah menubuhkan syarikatnya sendiri, Quest Animations (M) Sdn. Bhd pada tahun 2001. Antara animasi yang pernah dihasilkan oleh syarikatnya adalah Che Nat, Kumang, Toman 1, Kumang Lagenda Sarawak, Lagenda Kinabalu, Pusaka, Pejuang, Duwi, Kiddo Science World, dan Mat Kilau.

10. Pada tahun 2016, Kamn memutuskan untuk bersara daripada industri animasi disebabkan oleh kebimbangan kesihatan. Projek terakhirnya bersama Quest Animations ialah Mat Kilau yang telah memenangi beberapa anugerah dan juga telah diterjemahkan ke dalam platform media lain seperti komik, Realiti Imbuhan (Augmented Reality, AR) dan permainan digital.

11. Beliau turut dianugerahkan Tokoh Penggiat Kaun 2012 atas pencapaian menghasilkan siri animasi Malaysia yang disampaikan oleh Perdana Menteri ketika itu semasa program ‘Anda, PM & Kartunis’. Pada 1 April 2018, Rumah Kartun dan Komik Malaysia bersama Animas telah mencalonkan beliau sebagai Tokoh Penglipurlara Animasi Malaysia pada malam anugerah Hari Kartunis.

12. Bagi meningkatkan lagi industri animasi di negara ini dan mewujudkan kesedaran awam, Kamn Ismail bersama rakan-rakan animator, Hassan Abd Muthalib dan Hisham Harun Hashim mengasaskan Persatuan Animasi Malaysia (Animas) pada 2001 yang didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Pendaar Penubuhan (RoS) pada tahun 2007.

Ads

13. Akhir sekali, beliau menerima jawatan sebagai seorang pensyarah di Fakulti Penulisan Kreatif, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan berkhidmat hingga ke akhir hayatnya.

14. Kamn Ismail menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 8 Disember 2019 di Pusat Perubatan Universiti Malaya akibat serangan jantung.

Memang layaklah Kamn Ismail ini di kenang oleh Google Doodle.

Sumber: technave, (1)

BACA LAGI : Sempena Sukan Olimpik Tokyo, Google Keluarkan Doodle Champion Island Games Yang Menarik!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI