Berita baik buat individu yang berminat dalam dunia digital, Google baru sahaja melancarkan program latihan digital yang dikenali sebagai Gemilang. Program ini menawarkan pembelajaran lebih fleksibel kepada semua rakyat Malaysia.
Apa yang lebih menarik, Google turut menawarkan sebanyak 31,000 biasiswa Sijil Kerjaya Google kepada rakyat Malaysia dalam membekalkan peluang latihan inklusif kepada mereka yang terpilih. Sijil Kerjaya Google disediakan dalam platform Coursera dan membolehkan pelajar walaupun tiada sebarang pengalaman atau ijazah memperoleh sijil dalam enam bidang.
Bidang-bidang tersebut termasuklah analisis data, sokongan teknologi maklumat (IT), automasi IT, pengurusan projek, Reka Bentuk UX dan pemasaran digital serta e-dagang.
Menerusi program Gemilang yang dilancarkan ini lebih ramai lagi rakyat Malaysia akan dapat mengakses peluang latihan, mempelajari kemahiran baharu, mencari pekerjaan dan membina kerjaya dalam ekonomi digital.
Ads
Setiap sijil yang disediakan dicipta pakar daripada Google dan direka untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran asas melalui pembelajaran secara hands-on.
Biasiswa yang ditawarkan menerusi kolaborasi dengan enam rakan tempatan termasuk institusi pendidikan, industri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melibatkan rakan kongsi majikan termasuklah Amanz, Carsome, Fave Asia, IPG Mediabrands, Jirnexu, Maybank, McDonald’s Malaysia, Omnicom Media Group (OMG), PETRONAS, Rev Media Group, The Star Media Group, The Lorry, Storehub, Astro AWANI.
Ads
Diharap dengan inisiatif yang dilakukan ini dapat memberi lebih banyak peluang kepada orang ramai untuk mengasah lagi kemahiran mereka, terutamanya bagi individu yang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika korang merupakan warga BLINKs, pastinya korang tahu bahawa bulan Ogos adalah bulan istimewa bagi grup K-Pop mega, Blackpink.
Ini kerana Ogos ialah ‘bulan kelahiran’ bagi grup tersebut. Untuk meraikannya, jenama telefon pintar Korea Selatan, Samsung menerusi Samsung Malaysia Electronics kini menawarkan 3 gajet edisi terhad untuk korang dapatkan pada harga istimewa.
3 gajet tersebut termasuklah Samsung Galaxy A80, Samsung Watch Active dan Samsung Buds versi Blackpink Edition. Tentunya, ia adalah ‘hadiah’ paling wajib dibeli jika korang merupakan peminat tegar Jisoo, Lisa, Rose dan Jennie.
Istimewanya mengenai edisi terhad ini, ketiga-tiga gajet didatangkan dalam satu kotak yang kelihatan mirip cover album Blackpink. Ketiga-tiga produk ini juga datang dalam warna hitam dan merah jambu (duh) dan mempunyai pelekat Blackpink dalam rekaan embedded.
Untuk pengetahuan korang, hanya 300 buah kotak saja yang dijual di Malaysia. Tempahan awal (pre order) sudahpun ermula semalam (1 Ogos) hingga 4 Ogos (Ahad) ini pada harga RM3,899.
Okay kan harga tersebut! 3 produk untuk harga di bawah RM4,000. Apa lagi, rebut senarai pre-order oleh Samsung ini dari portal seperti Lazada dan Shopee.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi korang yang merupakan seorang online shopper tegar, pastinya korang ada mendengar tentang online portal terbaru, ShopBack.
ShopBack adalah sebuah laman web dan aplikasi yang memberi pulangan tunai apabila pengguna berbelanja secara online dengan rakan kongsi ShopBack. Sebagai contoh, selepas berbelanja RM600 di Booking.com dan kalau korang merupakan pengguna ShopBack, korang akan mendapat kembali 6% (RM36) pulangan tunai yang dijanjikan oleh Booking.com kepada pengguna ShopBack. (Malaysiakini)
Seorang blogger kecantikan, Iman Abdul Rahim turut berkongsi info tentang apa itu ShopBack dan menunjukkan bagaimana untuk korang menggunakan aplikasi ini.
Tapi sebelum itu, korang perlu tahu antara site/app yang boleh dapat cashback kalau nak shopping:
Shopee
Lazada
Fave (voucher makan/spa)
SGShop (barang dari China)
Motherhood (barangan bayi)
Selain itu, korang juga boleh semak full list di ShopBack
Kalau suka travel:
Agoda
Klook (voucher murah)
Airbnb
CatchThatBus
KLIA Express
RoamingMan (portable wifi)
Jika ada keluarga atau rakan-rakan yang plan nak travel, korang boleh volunteer nak belikan sebab korang boleh dapat cashback. Berbaloi!
Beauty products yang korang selalu shopping pun boleh dapat cashback.
Zalora
Hermo
Althea
Sephora
Kalau nak order makanan di FoodPanda pun boleh dapat juga dan beli groceries pun. Korang boleh shopping groceries guna Happy Fresh, tak perlu susah-susah nak cari parking dan angkut barang berat. Tunggu je depan pintu. Hiks!
Macam mana nak guna ShopBack?
1. Install ShopBack
2. Cari je your favorite shop to shop
3. Tekan link and shopping je macam biasa
4. Track cashback within 2 days after your purchase
5. Withdraw cash. Duit masuk balik dalam bank account korang
Mudah je kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
‘Drama’ penggantungan operasi perniagaan oleh Amerika Syarikat terhadap syarikat telefon pintar China, Huawei dan Honor pada pertengahan Mei lalu nampaknya telah memasuki episod terbaru.
Untuk kita recap semula, Amerika Syarikat melalui Jabatan Pedagangan negara itu (U.S Commerce Department) telah meletakkan jenama telefon pintar dari China, Huawei dan 68 lagi jenama lain seluruh dunia ke dalam senarai hitam perdagangan mereka yang dipanggil ‘Entity List’. Ini berikutan pesanan eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump atas tuduhan pencerobohan sekuriti.
Lalu, Google, Android, Intel dan beberapa organisasi besar lain secara tak langsung tak dibenarkan bekerjasama dengan Huawei dan Honor (anak syarikat Huawei) dengan serta-merta kerana mereka tak dibenarkan mempunyai apa-apa perhubungan perdagangan dengan 2 jenama tersebut.
Tak sampai sebulan selepas kejadian tersebut, Huawei hari ini dilihat pantas ‘move on’ daripada situasi dipulau Amerika Syarikat dengan menandatangani sebuah perjanjian persefahaman bersama musuh ketat negara Uncle Sam iaitu Rusia!
Perjanjian di antara Huawei dan syarikat telekomunikasi Rusia bernama MTS itu adalah bagi memesatkan perancangan mereka untuk membangunkan jaringan teknologi 5G di negara China dalam tempoh setahun ini.
Ia ditandatangani hari ini oleh pemimpin tertinggi China, Xi Jinping dan Presiden Rusia Vladimir Putin di Moscow. Melalui perjanjian ini
Wakil kepada Guo Ping daripada Huawei berkata, pengarah mereka itu “sangat gembira” dengan perkembangan ini demi kepentingan strategik seperti 5G dan pembangunan seterusnya menggunakan kelebihan 5G.
Sebelum ini, ramai yang gusar mengenai kelangsungan hayat Huawei dan Honor selepas mereka diharamkan oleh Amerika Syarikat. Kebanyakan syarikat yang pernah berdepan situasi itu seperti ZTE sebelum ini terpaksa gulung tikar kerana mereka tidak mampu bangkit semula.
Mungkinkah Huawei dan Honor akan melakukan comeback dengan lebih kuat dan berkuasa selepas ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Personaliti media sosial, Kim Seri baru-baru ini tampil mengakui kelemahan pengurusan kewangan perniagaan melibatkan restoran miliknya di Korea Selatan yang mengalami kerugian menjadi punca...