Google Meet Percuma Dibenarkan Untuk Penggunaan 1 Jam Sahaja Bermula 28 Jun Ini

Share

Sejak negara kita mengumumpkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu, boleh dikatakan hampir kebanyakan urusan pekerjaan dan pembelajaran dilakukan dirumah secara dalam talian.

Untuk memudahkan komunikasi antara pekerja mahu pun para pelajar, medium yang popular digunakan adalah Google Meet, Zoom, Microsoft Teams dan banyak lagi.

Namun begitu, baru-baru ini khabarnya perkhidmatan persidangan video dalam talian, Google Meet bakal mengehadkan semula waktu penggunaan mesyuarat dalam talian kepada 60 minit (1 jam) sahaja bagi penggunaan versi percuma bermula 28 Jun 2021.

Jumlah peserta bagi setiap mesyuarat dalam talian Google Meet percuma ini juga akan dihadkan kepada 100 orang sahaja selepas berkuatkuasa akhir bulan ini.

Jika korang ingin melanjutkan tempoh waktu mesyuarat dalam talian melalui Google Meet lebih dari 1 jam, korang perlu melanggan pelan berbayar perkhidmatan tersebut.

Sebelum ini Google pernah melanjutkan tempoh penggunaan perkhidmatannya secara percuma dua kali, iaitu pada September 2020 dan 31 Mac 2021. Namun, untuk kali ini tidak dapat dipastikan sama ada Google akan memberikan sekali lagi penawaran percuma itu atau tidak.

Gambar hiasan

Walau bagaimanapun, Google Meet percuma masih lagi membenarkan penggunaan panggilan tanpa had masa bagi panggilan secara berdua.

Namun begitu, semua akaun pendidikan di bawah program pembelajaran dalam talian, KPM DELIMa (MOE-DL) tidak terlibat dalam isu had penggunaan Google Meet percuma ini kerana akaun MOE-DL adalah akaun Google Workspace berbayar dan bukannya akaun percuma.

Jadi, jika korang menggunakan Google Meet untuk urusan pekerjaan dalam perjumpaan virtual yang agak lama, maka dinasihatkan untuk mengambil pelan berbayar bagi memudahkan urusan di kemudian hari. Hiks!

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman