Ads
Home Kekeluargaan Hubungan Gosip Cinta Jennie & V BTS Kembali Berputik! YG & HYBE Akhirnya...

Gosip Cinta Jennie & V BTS Kembali Berputik! YG & HYBE Akhirnya Respon Video Berpegangan Tangan

Ads

Gosip cinta di antara ahli Blackpink, Jennie Kim dan ahli BTS, Taehyung atau lebih dikenali sebagai V bukanlah satu gosip cinta baharu yang timbul.

Hakikatnya, sudah bertahun-tahun ramai yang memperkatakan mengenai hubungan istimewa mereka yang terpaksa disembunyikan daripada tatapan umum demi menjaga sensitiviti dalam kalangan peminat masing-masing.

Salah langkah dalam percintaan, karier sesetengah selebriti K-pop boleh menjunam dengan pantas!

ARTIKEL BERKAITAN: V BTS & Jennie Blackpink Dikatakan ‘Berdating’ Di Pulau Jeju, YG Entertainment Beri Respon – REMAJA

Setelah berbulan-bulan perhubungan Jennie dan V tidak begitu diperkatakan, nampaknya ia boleh dihidu oleh jurugambar dari Perancis sewaktu mereka berdua berada di Cannes pada minggu ini.

Gosip Cinta Jennie & V BTS Kembali Berputik! YG & HYBE Akhirnya Respon Video Berpegangan TanganGosip Cinta Jennie & V BTS Kembali Berputik! YG & HYBE Akhirnya Respon Video Berpegangan Tangan

Ads

Seorang jurugambar mengesahkan telah melihat pasangan itu berjalan beriringan! Malah, peminat juga dapat mengesahkan Jennie dan Kim memakai dua utas rantai yang sama.

Jennie dilaporkan berada di Paris bagi menghadiri slot tayangan filem lakonannya, The Idol pada Festival Filem Cannes yang sedang berlangsung. Manakala, V berada di sana bagi melangsungkan jadual kerjanya.

Gosip Cinta Jennie & V BTS Kembali Berputik! YG & HYBE Akhirnya Respon Video Berpegangan TanganGosip Cinta Jennie & V BTS Kembali Berputik! YG & HYBE Akhirnya Respon Video Berpegangan TanganGosip Cinta Jennie & V BTS Kembali Berputik! YG & HYBE Akhirnya Respon Video Berpegangan Tangan

Dakwaan jurugambar itu bertambah realistik apabila timbul satu klip sepasang kekasih mirip Jennie dan V berpegangan tangan sambil menikmati keindahan malam di Perancis.

Ads

Setelah berita tersebut hangat diperkatakan di media sosial pada 18 Mei hari ini, akhirnya syarikat label Jennie (YG Entertainment) dan V (HYBE) terpaksa membuka mulut mereka mengenai hal ini demi mengelakkan spekulasi liar bertebaran.

Ads

Menerusi Sports Seould, YG dan HYBE masing-masing berkata, “Kami tidak tahu (mengenai kebenaran gosip ini) memandangkan ia melibatkan kehidupan peribadi artis kami.”

BACA LAGI: Kalau Selalu Lakukan 5 Perkara Ni, Korang Lelaki Idaman Jennie BLACKPINK – REMAJA

Apa pendapat korang? Adakah hubungan cinta yang terjalin antara Jennie dan V ini benar-benar berlaku, sekadar peluang publisiti yang dicetuskan syarikat label ataupun ia hanya andaian peminat semata-mata?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI