GOT7 Buat Comeback, Lancar Album Penuh “Breath of Love: Last Piece” November Ini

Share

Berita baik buat peminat kumpulan K-pop, GOT7 khabarnya bakal membuat comeback pada November ini setelah mereka memuat naik poster comeback secara rasmi di Twitter.

Poster terseut mendedahkan bahawa GOT7 akan kembali dengan album baru yang berjudul “Breath of Love: Last Piece”. Kumpulan ini juga khabarnya bakal melancarkan pre-release

single terbaru mereka, Breath pada 23 November waktu Korea dan dijangka album penuh akan menemui peminat pada 30 November pukul 6 petang waktu Korea.

Teaser album ini juga telah pun dilancarkan dan ia merupakan album penuh buat pertama kalinya sejak dua tahun selepas album “Present: YOU” pada 2018.

JYP Entertainment juga turut mengulas lanjut tentang album ini dan menjelaskan bahawa GOT7 sekali lagi akan memikat hati pendengar di seluruh dunia dengan comeback yang membariskan 7 anggota kumpulan ini.

GOT7

Berita ini juga turut mendapat perhatian netizen yang sememangnya menantikan comeback

dari GOT7.

Sama-sama kita nantikan album penuh keempat GOT7 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Kita lihat apakah kelainan yang akan dibawa kali ini.

Stay tuned!

Sumber: Soompi

Published by
Noor Ain Norman