Berita baik buat penggemar muzik, sebuah konsert yang bukan hanya menggabungkan muzik, tetapi juga kualiti luar biasa dari para pemuzik serta penyanyi dari Malaysia dan Indonesia.
Dikenali sebagai Govinda Hal Hebat @ Kuala Lumpur, konsert ini akan diadakan di panggung Zepp KL pada 31 Oktober 2024, bermula pukul 8:30 malam. Lima pemuzik dan penyanyi ini akan memastikan malam itu akan meninggalkan kenangan manis kepada peminat.
Konsert ini akan menampilkan Govinda, bersama rakan kolaborasi hebat iaitu Fadly Padi, Ernie Zakri, Aina Abdul, dan Elica Paujin. Malam tersebut dijanjikan dengan persembahan menarik dari barisan penghibur khas yang pernah bekerjasama dengan pemain gitar utama Govinda, Ade Govinda, bagi menghiburkan peminat yang telah lama menantikan kehadiran mereka.
Konsert ini juga akan menjadi peluang eksklusif untuk menyaksikan penampilan pertama Govinda x Ernie Zakri di atas pentas.
Ernie Zakri juga akan membawakan lagu popular Masing-Masing, yang dihasilkan bersama Ade Govinda, menjadikan malam itu lebih istimewa.
Aina Abdul dan Elica Paujin pula akan memberikan pesona tersendiri dengan karya mereka yang turut mendapat sentuhan dari Ade Govinda.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan komposer yang popular dengan lagu Tamil, Zubir Khan berkongsi kisah di mana dia pernah menangis teruk kerana sukar mendapat kerja disebabkan kekurangan dirinya yang tidak mempunyai tangan kiri akibat termasuk ke dalam mesin kek sewaktu berumur empat tahun.
Zubir atau nama penuh Muhammad Zubir Mohamad Ali berkata, dia juga mahu bekerja dan berdikari selepas selesai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana berhasrat untuk memberi wang kepada ibu bapanya hasil daripada titik peluh sendiri.
“Selepas SPM, walaupun saya anak bongsu yang manja, namun ibu bapa dan keluarga tak pernah paksa saya untuk belajar atau bekerja. Mereka beri kelonggaran untuk saya melakukan apa yang disukai dan saya rasa sangat okay”
“Saya juga tertarik dan berniat nak bagi duit kepada ibu bapa. Tak kisahlah sama ada keluarga kita ada bisnes ke apa, tapi saya nak bagi ibu bapa duit daripada hasil titik peluh sendiri”
“Jadi, saya pergi minta kerja dan mereka kata saya tak ada tangan. Kalau barang itu jatuh, siapa nak bayar. Mereka macam kutuk saya. Apabila balik rumah, saya menangis dan minta doa kepada Allah untuk diberi jalan keluar,” katanya
Pelantun Yennode Macha yang ditemui Harian Metro berkata, dia bersyukur apabila seorang sahabat yang berbangsa India datang berjumpa dan kerap memberikan semangat kepadanya supaya tidak bersedih.
“Kawan saya cakap jangan terus bersedih sebab tiada kerja sebab kamu boleh nyanyi. Cubalah menyanyi dan ‘post’ di TikTok ke, YouTube, mana tahu orang suka. Rakan itu beri saya jalan dan saya buat”
“Suatu hari, saya viral di Facebook sebab ada repost video saya dari TikTok. Jadi, saya fikir itu ‘jalan keluar’ yang Allah beri, di mana kejayaan saya dalam industri lagu. Ini seni awak dan pergilah dalam bidang itu”
Sejak itu, Zubir tidak melepaskan peluang dan terus berusaha sehingga namanya diakui oleh dalam industri muzik.
Dalam pada itu, Zubir juga turut berkongsi kisah bagaimana dia reda dengan takdir hidupnya dan sekaligus tidak berasa kekurangan tangan itu menghalang dirinya bangkit untuk meraih kejayaan seperti hari ini.
“20 tahun lepas, ketika umur empat tahun, tangan saya masuk dalam mesin kek. Ayah saya ada kilang roti dan tangan saya masuk mesin kek. Saya degil masa itu, nangis-nagis nak ikut ayah dan akhirnya ayah terpaksalah bawa saya (ke kilang). Saya main-main dan saya masuk tangan dalam mesin (kek)”
Kejayaan Zubir pada hari ini membuktikan walaupun tiada sebelah tangan, tidak bermakna individu sepertinya tidak boleh menunggang motosikal dan memandu kereta atau melakukan apa saja yang orang lain pandang rendah terhadap dirinya.
Sehingga kini, Zubir telah menghasilkan tujuh lagu Tamil ciptaan dan lirik ditulisnya sendiri sejak 2019, Zubir berkata, kunci kejayaannya kini adalah dia tidak malu belajar dan suka mempelbagaikan kemahiran bahasa.
Antara lagu Zubir Khan yang popular di YouTube adalah seperti Thevadhai, Nenji Yenghutu, Marainthe Uyire, Soga Kathai, Per Yenne Solle, Yennode Macha dan terbaharu, OMK (Oh My Khadhale) duet bersama Ezra Kairo.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masyarakat Asia ni dibesarkan dengan cara yang agak berbeza jika nak dibandingkan dengan orang Barat. Mereka mungkin lebih bersikap terbuka dalam membesarkan anak-anak tetapi lihat saja macam mana cara didikan ibu bapa kita sejak kecil lagi.
Jika korang dapat kaitkan foto-foto ini dengan masa silam, confirm korang memang benar-benar orang Asia.
1. Cara yang diajar untuk mengagak kandungan air untuk menanak nasi
2. Ubat bagi segala macam penyakit termasuk sakit kepala dan deman selesema.
3. ‘Bath Tab’ time baby dulu-dulu
4. Bila tiba waktu hari raya dan open house
5. Buka tin biskut butter tapi yang korang jumpa, barang jahitan
6. Nak makan ais krim, tapi tengok-tengok ayam mentah. Sigh!
7. Ubat lenguh-lenguh sakit belakang yang digunakan oleh kebanyakan daripada kita
8. Bila mak dah keluarkan benda ni, hmm mesti terus rasa cuak
9. Sabun dah habis? Tambah je dengan air paip
10. Buku teks wajib dibalut dengan pembalut plastik
11. Gaya rambut wajib yang pernah korang miliki. Ini paling legend bro!
12. Dalam bilik confirm mak tampal poster sifir ni
13. Dalam laci, penuh bergumpal beg plastik barang runcit kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan tampil membuat laporan polis gara-garaada individu yang melemparkan kata-kata kesat terhadap anak perempuannya, termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Menerusi sebuah hantaran di Instastory, pelakon lebih mesra disapa Che Ta itu nekad untuk mencari si pelaku yang didakwa menghina puterinya, Aaisyah Dhia Rana.
“Malas cakap banyak. Aku serahkan segalanya kepada pihak berkuasa. Siapa yang kurang ajar mengata anak aku, kau tunggu. Baik kau benam diri dalam tanah.
“Kalau tidak pun tunggu, aku akan cari sampai lubang cacing. Kau main tahi dengan aku, kau akan kena,” katanya.
Walaupun akaun individu tersebut sudah pun tidak dapat dikesan lagi, Che Tatetap akan berusaha menjejaki si pelaku tersebut sehingga dapat.
“Tiada masalah (akaun Instagram hilang). Aku akan cari sampai lubang cacing. Silap besarlah cari fasal dengan aku,” kongsinya lagi.
Menerusi entri yang sama, Che Ta dilihat hadir ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang difahamkan untuk melaporkan isu sama.
Terdahulu, Che Ta menzahirkan rasa berang selepas seorang warganet didakwa telah menghina Aaisyah dengan menyamakan baju dipakai seperti pelacur dan tidak layak menerima wang hantaran tinggi.
Komen tersebut muncul selepas sebuah akaun TikTok memuat naik video Aaisyah menggunakan tajuk yang mengundang salah faham netizen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Rozita Che Wan
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...