Berita

Govinda Bakal Gegarkan Zepp KL 31 Oktober Ini! Turut Tampilkan Penyanyi Hebat Ernie Zakri, Aina Abdul, Elica Paujin & Fadly Padi

Share

Berita baik buat penggemar muzik, sebuah konsert yang bukan hanya menggabungkan muzik, tetapi juga kualiti luar biasa dari para pemuzik serta penyanyi dari Malaysia dan Indonesia.

Dikenali sebagai Govinda Hal Hebat @ Kuala Lumpur, konsert ini akan diadakan di panggung Zepp KL pada 31 Oktober 2024, bermula pukul 8:30 malam. Lima pemuzik dan penyanyi ini akan memastikan malam itu akan meninggalkan kenangan manis kepada peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaya Disamakan Seperti Aina Abdul Dalam Gimme The Mic Malaysia, Berikut Fakta Menarik Shazreen Shaharum

Konsert ini akan menampilkan Govinda, bersama rakan kolaborasi hebat iaitu Fadly Padi, Ernie Zakri, Aina Abdul, dan Elica Paujin. Malam tersebut dijanjikan dengan persembahan menarik dari barisan penghibur khas yang pernah bekerjasama dengan pemain gitar utama Govinda, Ade Govinda, bagi menghiburkan peminat yang telah lama menantikan kehadiran mereka.

Konsert ini juga akan menjadi peluang eksklusif untuk menyaksikan penampilan pertama Govinda x Ernie Zakri di atas pentas.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggun Dan Ayu Pelakon ‘Layangan Putus’ Ini, Berikut Fakta Menarik Tentang Putri Marino

Ernie Zakri juga akan membawakan lagu popular Masing-Masing, yang dihasilkan bersama Ade Govinda, menjadikan malam itu lebih istimewa.

Aina Abdul dan Elica Paujin pula akan memberikan pesona tersendiri dengan karya mereka yang turut mendapat sentuhan dari Ade Govinda.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN