Grab Naikkan Harga Per Minit, Jangan Pelik Kalau Dicaj Lebih Mahal

Share

Perkhidmatan teksi dan e-hailing seperti Grab, FoodPanda dan MyCar sudah biasa digunakan masyarakat sebagai pengangkutan atau perkhidmatan penghantaran melalui jalan darat.

Apa yang kita lihat dalam masyarakat hari ini adalah betapa pengguna khususnya generasi muda amat bergantung kepada kaedah perkhidmatan ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Walaupun Hidup Serba Sederhana, Anak Pemandu e-Hailing Mampu Dapat Anugerah Pelajaran Diraja

Foto Via Grab

Namun, baru-baru ini Grab di laman rasmi mereka telah mengumumkan yang mereka telah melakukan perubahan pada struktur tambang perkhidmatan e-hailing mereka. Menurut pengendali perkhidmatan, struktur harga baharu ini akan digunakan untuk pengguna di Lembah Klang bermula 16 Januari 2023.

Tujuan Grab menaikkan tambang ini adalah bagi memastikan kontraktor pemandu mereka mendapat pampasan yang lebih adil ketika berdepan dengan kesesakan jalan raya Lembah Klang. Pada waktu puncak misalnya, lebih masa diambil untuk melunaskan sesuatu tempahan walaupun jarak fizikalnya pendek.

Info Untuk Pengguna

Buat penumpang Grab, kalau korang masih belum tahu, formula pengiraan tambang terkini e-hailing itu adalah seperti berikut;

RM2 + (jarak perjalanan x RM0.25) + (tempoh perjalanan X RM0.43) = Jumlah tambang

Far Pick Up Bonus & pekali Hourly Cashback


Grab turut memperkenalkan Far Pick Up Bonus untuk pemandu yang tersangkut dalam kesesakan sewaktu ingin menjemput penumpang.

Kadar yang berubah dalam formula ini adalah tambang per minit dan tambang per km. Didapati yang tambang per minit naik sebanyak 115% daripada RM0.20/min kepada RM0.43. Kadar tambang per km pula menurun sebanyak hampir 64% daripada RM0.70/km kepada RM0.25/km.

Jadi, Grab mencadangkan agar pengguna boleh menetapkan tanda menetapkan amaran melalui ciri ‘Pemberitahuan Tambang’ dalam aplikasi Grab mereka. Mereka akan dimaklumkan jika tambang turun dalam masa 15 minit selepas itu. Semoga bermanfaat!

Sebelum ini, AirAsia turut memperbesar skop perkhidmatan e-hailing ini dengan menawarkan pengalaman baharu buat pelanggan mereka.

BACA : AirAsia Bakal Tawar e-Hailing Udara, Dari KLIA Ke KL Sentral Hanya Dalam 11 Minit

Sumber : Grab

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Nana