Memiliki ibu bapa yang buta huruf bukanlah halangan bagi Norimrana Mujahid Ali untuk mengejar kejayaan. Sebaliknya, ia menjadi pendorong utama baginya untuk berusaha gigih dalam merubah nasib keluarganya.
Norimrana, penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Majlis Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke-16, berkongsi bahawa ibu bapanya tidak pernah mendapat pendidikan formal di sekolah disebabkan pelbagai kekangan, termasuk kesusahan hidup yang mereka alami. Keadaan itu memberi kesan mendalam buat Norimrana yang mahu mengubah kehidupan keluarganya melalui pendidikan.
“Saya mahu buktikan walaupun ibu bapa tidak mendapat pendidikan di sekolah, anak-anak masih boleh berjaya dengan cemerlang,” ujar Norimrana, penuh semangat.
Sebagai graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Norimrana telah menanam tekad sejak awal untuk meraih anugerah tertinggi universiti sebagai hadiah kepada kedua ibu bapanya yang banyak berkorban demi masa depan anak-anak mereka.
Ads
“Saya juga mahu balas jasa mereka yang membesarkan saya serta empat adik-beradik dengan penuh kepayahan.
“Semasa kecil ibu bersendirian menjaga kami di Tumpat, Kelantan kerana bapa bekerja sebagai peniaga jalanan di Kuala Lumpur,” katanya, mengenang kembali cabaran yang dilalui keluarganya.
Ads
Kejayaan Norimrana ini tidak dicapai dengan mudah. Sepanjang empat tahun pengajian di UniSZA, graduan berusia 24 tahun ini terpaksa mengorbankan banyak perkara. Walaupun jarak antara Terengganu dan Tumpat tidak terlalu jauh, Norimrana jarang pulang ke kampung, apatah lagi pada cuti semester.
“Cuti semester pun saya akan ikut program UniSZA hingga ke Indonesia demi tekad mendapatkan anugerah ini. Walaupun letih dan terpaksa menanggung rindu terutama kepada ibu, saya tetap teruskan demi membanggakan orang tua,” tambahnya.
Ads
Sumber: Awani
Kini, sebagai seorang pekerja di sebuah firma perakaunan terkemuka, Norimrana membuktikan bahawa dengan usaha yang gigih, kejayaan pasti akan datang.
Tidak hanya sekadar meraih anugerah, dia juga berjaya membanggakan ibu bapanya yang telah banyak berkorban untuk memberi peluang pendidikan kepada anak-anak mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ini adalah lintasan pejalan kaki sebenarnya yang dijangka akan menjadi tarikan remaja dari seluruh Malaysia bagi dijadikan port OOTD terbaru.
Terletak berhadapan McDonald’s cawangan Bukit Bintang, salah satu lintasan pejalan kaki di sana telahpun bertukar imej menjadi lintasan ‘kentang goreng’ yang akan membawa pengunjung terus ke dalam restoran McDonald’s pertama di Malaysia itu.
Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan serta YBhg. Dato’ Azmir Jaafar; Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.
Menariknya, lintasan yang kini dikenali sebagai McDonald’s French Fries itu kini menggambarkan ilustrasi kentang goreng sekaligus menjadi lokasi ikonik terbaru di Kuala Lumpur. Idea kreatif ini sekaligus menjadikan Bukit Bintang sebagai destinasi wajib dilawati buat pengunjung tempatan dan luar negara.
Buat Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Azmir Jaafar, this initiative is a long-time-coming project. Seiring dengan ulang tahun jenama itu yang telah bertapak di Malaysia selama 40 tahun, tarikan ini akan menghidangkan lebih banyak detik-detik kegembiraan di ibu negara.
Sedikit fakta menarik mengenai cawangan McDonald’s pertama di Malaysia ini; ia telah dirasmikan pada April 1982 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Sejak itu, jenama itu telah berkembang pesat dan kini mempunyai 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 300 restorannya di serata Malaysia. McDonald’s menggaji lebih daripada 15,000 rakyat Malaysia di restoran-restorannya di seluruh negara yang memberikan peluang kerjaya, latihan serta pembangunan.
Amacam, hujung minggu ini jom ke lintasan kentang goreng ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Foto : Ihsan McDonald’s Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika korang merupakan peminat patung mainan Barbie, inilah masanya untuk menikmati pengalaman bercuti di kamar hotel yang menawarkan hiasan dalaman bertemakan Barbie PERTAMA di Malaysia.
Bertempat di hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, mereka kini menawarkan 14 unit bilik hotel yang menghadap pemandangan pencakar langit Kuala Lumpur. Setiap satu daripadanya dihiasi dengan tema berbeza seperti Barbie You Can Be Anything, Barbie Fantasy dan Barbie EXTRA.
Bukan hanya ruang bilik yang dihiasi tema warna merah jambu dengan pelbagai aksesori bertemakan Barbie, pengalaman staycation di sini juga tambah menarik apabila korang berpeluang untuk menjamu selera di Barbie Café.
Lihat sahajalah foto-foto yang REMAJA kongsikan ini. Pasti ramai peminat Barbie khususnya gadis remaja yang meminati warna merah jambu akan menyimpan rasa ingin bermalam di sini sekurang-kurangnya untuk tempoh semalam.
Fuh, agak-agak berapa harganya untuk semalam ya? Ada yang berminat ke?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mi maggi mungkin menjadi makanan ruji bagi REMAJA kerana ia makanan segera ini tidak mengambil masa yang lama untuk dimasak. Paling penting sedap!
Kalau korang bosan maggi perisa biasa mungkin boleh cuba Mi Celup dari Pantai Timur ini. Resipi yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi. Boleh dicuba sebagai menu minum petang atau simpan untuk dibuat hujung minggu nanti jika ada tetamu yang ingin datang berkunjung ke rumah.
Haa angkat tangan siapa peminat maggi celup Kelantan?
Jomlah cikgu bagi resepi mudah cara nak buatnya. Sup ni cikgu masak kat sini. Kalau kat kampung lagi sedap boleh beli banyak jenis perut. Dapat makan macam ni pun kira bahagia jugak. Asalkan ada rasa maggi celup ori.
RESEPI MAGGI CELUP KELANTAN
A. Resepi Sup
1. Penuhkan air satu periuk. Masukkan:
– daging buku besar (jangan hiris)
– tulang
– 1 sup bunjut
– akar ketumbar
2. Selepas daging separa empuk, masukkan perut yang telah dicuci bersih dan ketulan ayam.
– Perasakan dengan secubit dua sahaja garam.
* Sup perlu tawar untuk kita tambah bahan-bahan lain semasa nak makan.
3. Keluarkan isi sup tadi.
Tambahkan:
– 1 sudu kicap lemak manis
– 1 sudu kicap pekat Jalen
– 1 sudu sos ikan
( kuantiti ikut kepada sukatan air. Rujuk gambar untuk warna sup yang diingini)
4. Masukkan segenggam taugeh untuk kelainan rasa sup.
5. Teruskan mendidih sup menggunakan api paling perlahan.
B. Aneka Lauk
– Lauk yang dikeluarkan tadi dipotong nipis atau dicarik isinya sebelum diletakkan dalam bekas.
( Isi ayam goreng dulu seketika untuk rasa yang lebih sedap)
C. Aneka Mi dan Sayur ( untuk versi sedikit- celur sekaligus)
1. Penyediaan nasi air.
Masak beras sehingga menjadi bubur nasi.
2. Celur mi /bihun/kuewtiaw/maggi dalam air mendidih.
3. Kemudian celur kangkung yang telah dipotong. Diikuti taugeh.
Jangan celur terlalu lama untuk rasa yang masih rangup.
( cikgu suka rendam seketika dalam air sejuk supaya warnanya masih hijau cantik dan rangup)
D. Aneka Rencah Perasa
– gula
– garam halus
– kacang tanah tumbuk
– air lada
– bawang goreng
– bawang putih goreng dadu (beli siap)
– lobak jeruk asin
– cili siam jeruk
– sos ikan
– perencah maggi
– serbuk chili flakes
– limau nipis
– daun sup
– serbuk lada sulah (tiada dalam gambar)
E. Cara hidangan :
1. Masukkan maggi / kueytiaw yang telah siap dicelup.
2. Sendukkan kuah sup yang panas berasap.
3. Tambahkan serba sedikit bahan rencah.
Nah mudahkan?
Jimat duit boleh makan puas-puas.
Nak lagi resepi menarik boleh jengah wall cikgu di fb. Selamat mencuba.
#resepicikguafy
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gagal sekali tidak bermaksud gagal selamanya.Begitulah yang dapat diungkapkan terhadap kejayaan wakil negara Filipina, Alexie Brooks sebelum mengecap kejayaan sebagai Miss Eco International 2025;...