Ibu mana yang tidak gembira apabila anaknya berjaya menamatkan pengajian setelah berjuang untuk segulung Ijazah. Penyanyi terkenal, Nourul Depp baru-baru ini berkongsi di laman Instagram berita mengenai anak sulungnya, Ayu Nazirah Mohd Faizal telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Mengambil jurusan zoologi, Ayu cemerlang menamatkan pengajian sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan).

Graduan Jurusan Zoologi & Bekas Pelajar Sekolah Tun Fatimah, Ayu Nazirah Cemerlang Pelajaran

“Betapa bangganya mama melihat kamu dalam jubah konvokesyen. Untuk gadis yang paling bertuah di dunia, untuk cinta pertamaku, kamu berhak memperoleh yang terbaik di dalam dunia selepas apa yang kamu lalui.

“Ayu telah melalui banyak perkara sejak berusia lapan tahun lagi. Namun dia berjaya mengharungi segalanya. Lebih kuat dan lebih baik, Jadi tegas tetapi bukan kurang ajar, berbuat baik untuk diri sendiri, berbuat baik kepada orang lain, sentiasa berbuat baik. Pilih menjadi baik dan sopan,” tulis Nourul.

Ads

Untuk pengetahuan pembaca, Ayu juga merupakan seorang penerima Anugerah Dekan ketika menyiapkan pengajiannya di UNIMAS. Bukan sekadar cemerlang di peringkat ijazah, kecemerlangan gadis berusia 24 tahun ini sebenarnya dibuktikan sejak berusia 17 tahun lagi apabila dia memperoleh 2A+ dan 7A di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

BACA JUGA: Graduan Undang-Undang Jadi Gadis Asia-Amerika Pertama Dinobat Sebagai Miss Texas 2022

Graduan Jurusan Zoologi & Bekas Pelajar Sekolah Tun Fatimah, Ayu Nazirah Cemerlang Pelajaran

Ads

Merupakan bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru yang sememangnya dikenali sebagai sekolah berasrama penuh terulung di negara ini, ternyata Ayu memiliki visi yang jelas tentang apa yang dimahukannya.

Bukan calang-calang sekolah, STF merupakan sebuah institusi pendidikan yang banyak melahirkan tokoh wanita di Malaysia.

Ads

Dalam temubual bersama media, Ayu berkongsi mengenai moto hidupnya, “Saya seorang yang sukakan cabaran dan suka mencuba perkara-perkara baharu dalam hidup. Saya suka mencabar diri. Moto hidup work hard, play hard  menjadi pegangan saya dan perkara ini menjadikan diri saya lebih berusaha untuk maju ke hadapan.”

Untuk pengetahuan pembaca, Ayu merupakan zuriat hasil perkahwinan terdahulu Nourul Depp bersama penyanyi & komposer terkenal, Ajai yang dikahwini pada 1996 sebelum berpisah pada 2007.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI