Graduan Lepasan Perguruan Tolak Makan Gaji! Jadi Tukang Jahit Full Time, Untung Jer RM15K Sebulan

Share

Mungkin ramai merasakan nak pandai, nak senang mesti belajar sungguh-sungguh. Itulah yang selalu dipesan oleh mak ayah pada anak-anak dari dulu sampai sekarang. Ya, masuk universiti itu bonus. Apa yang dipelajari di universiti itu adalah satu proses kematangan dan selebihnya kematangan berfikir adalah penentu kejayaan individu.

Kalau dulu, ada ijazah ramai yang salute tapi hari ini, graduan yang berpengalaman lebih diperlukan oleh pihak majikan.

Kalau terus nak makan gaji mungkin sampai bila pun tak akan hidup senang. Inilah yang dibuktikan oleh seorang graduan dari Mindanao State Collage, Filipina dalam bidang perguruan, Gaira atau senang dipanggil Indah yang memilih menjadi tukang jahit sepenuh masa sejak 3 tahun lalu.

“Sebulan, saya boleh untung RM15K, kalau bulan puasa, keuntungan cecah RM20,000 dan lebih,” katanya dalam satu temubual.

Dia yang menetap di Kota Kinabalu Sabah dan berkahwin dengan pasangan orang tempatan berkata, dia tidak minat makan gaji kerana tahu keuntungan diperolehnya sekarang jauh lebih tinggi.

“Saya suka menjahit dan ia bukan pekerjaan susah pun. Masa lebih fleksibel dan jahitan ini sentiasa dicari orang. Saya kerja lapan jam sehari tetapi saya mampu kaut keuntungan lebih RM15,000 sebulan, jauh dari kerja makan gaji,” katanya yang sudah berjaya memiliki kedai.




Lelaki pun Boleh Buat Guys

Lelaki sering dikaitkan dengan soal macho. Ketepikan soal penampilan, apa yang penting adalah nilai wang yang boleh masuk ke poket dengan hanya menjahit. Bagi Awaludin bin Mahmudin, 30, dia memilih menjahit sejak 5 tahun lalu.

“Saya banyak menjahit beg-beg dari seluar jeans terpakai. Sebelum ini saya tak pernah ada asas menjahit pun tapi bila pergi kursus belajar menjahit, saya tengok sangat senang. Hari ini saya mampu jahit beg, porch dan banyak lagi dari seluar jeans.

“Sebelum pilih jadi tukang jahit sepenuh masa, saya pernah kerja sebagai pembantu farmasi, pembantu kedai tetapi rupanya itu satu dari pengalaman saja. Menjahit rupanya sangat senang. Income saya pun lebih dari RM5000 bersih setiap bulan,” katanya yang tinggal di Melaka. Bak kata Awaludin, nie kerja senang sangat dan tak ada apa nak dimalukan dengan pekerjaan sebegitu.



So, kalau selama ini kita rasakan menjahit ini bukan pekerjaan menguntungkan, bolehlah ubah minda dan buka mata mengenai pekerjaan sebagai tukang jahit.

Hanya perlukan kesungguhan kerana industri jahitan ini sudah berbeza dari dulu. Banyak hasil-hasil kraftangan boleh dilakukan dan Malaysia juga seharusnya berbangga kerana di negara kita pun ada satu pusat jahitan iaitu Sewing World Gallery yang beroperasi di pusat beli belah One City, Subang dan menariknya mereka sudah dapat 3 rekod Dunia dari World Guiness Record.

Published by
Almaswa Haji Che Ros