Watak Salina dalam drama bersiri Rindu Kasih sangat terkesan dihati sesiapa sahaja yang menonton. Kisah penaniayaan seorang wanita oleh mentua dan suami ditambah pula dengan penghayatan hebat oleh Ummi Nazeera membawa emosi bergelora sampai ke lubuk hati.
Naik turut perasaan marah, sedih, dihina lalu dikumpul menjadi kuat membuktikan yang wanita berusia 32 tahun ini seorang pelakon yang bukan calang-calang. Masakan tidak, drama tersebut menjadi tular di mana-mana sahaja sehingga ke segenap platform media sosial lantas menjadi trending.
Nama Ummi Nazeera menjadi sebutan ramai dek kehebatannya membawakan watak tersebut, namun tahukah anda ibu kepada dua cahaya mata ini bukan sekadar anak seni yang hebat dalam dunia lakonan, dia turut memiliki latar pendidikan membanggakan.
Ads
Jom kita teliti beberapa hal tentang pemilik nama penuh Ummi Nazeera Nur Hidayah binti Zainul Abidin ini.
Ummi dilahirkan pada tanggal 20 Ogos 1990 dan dia memiliki seorang abang yang dikenali sebagai Nazreem Musa.
Ummi merupakan anak kepada ahli perniagaan wanita terkenal, Datuk Seri Maziah Musa.
Ummi bersama ibunya, Datuk Seri Maziah Musa.
Kampung halamannya terletak di Besut, Terengganu Darul Iman.
Tidak mengabaikan pelajaran, Ummi merupakan seorang graduan bidang perniagaan dari universiti awam terkenal di Australia iaitu the Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT).
Sewaktu terjun ke dalam dunia seni, Ummi tidak berhijab. Dia mula mengenakan hijab sewaktu berehat seketika dari dunia lakonan dek melanjutkan pengajiannya di luar negara. Penghijrahannya ketika itu menjadi bualan dan mencetus inspirasi kepada ramai wanita.
Pelakon ini pernah tampil dalam filem seperti Hantu Kak Limah Balik Rumah, Hikayat Merong Mahawangsa, Penanggal dan Bisik Pada Langit. Siapa boleh lupa kepada watak Murni lakonannya dalam filem Penanggal, memang hebat!
Beliau pernah tercalon dalam kategori pelakon filem wanita terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-24 dan Anugerah Skrin 2014. Kedua-dua pencalonan ini diterima menerusi watak Murni dalam filem Penanggal.
Ummi berkahwin dengan Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Walaupun baru berusia 32 tahun, namun langkah Ummi dalam dunia seni sudah melebihi sedekad. Boleh dikatakan dia antara pelakon masa kini yang memiliki karisma tersendiri sebagai anak seni. Tak sabar nak tunggu naskhah lakonannya yang akan datang!
*P/S – Btw, sewaktu Ummi baru-baru berhijab dahulu, REMAJA pernah mengabadikan wajahnya sebagai covergirl untuk edisi Julai 2014. Memori sangat! Rindu zaman kemeriahan majalah. Sekarang kita bersua di media digital ya! jangan lupa untuk terus menyokong REMAJA.
Ads
Konsep-konsep ala gadis Arab di padang pasir gitu… 😊
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun usia 39 dianggap sudah agak lewat menyambung pengajian, tetapi pemilik nama Naszriah Ngasri, menamatkan pengajian peringkat diploma dari Kuala Lumpur Business & TVET Institute (KLTVET) dengan jayanya.
Anne Ngasri
Menerusi perkongsian di media sosial, Anne berkongsi momen bermakna dan tampil ceria menggayakan jubah konvokesyen. Dalam pada itu, ibu kepada enam cahaya mata tersebut menyatakan kesyukuran.
“Dalam setiap peristiwa penting yang saya lalui, sentiasa ada nota kecil di bahagian bawah yang berbunyi, ‘Alhamdulillah Ya ALLAH berkatilah,” kongsi Anne.
Bekas pelakon kanak-kanak popular itu kelihatan berseri-seri dan anggun mengenakan hijab rona merah sambil memegang erat diploma yang diraih.
Anne Ngasri
Tahniah diucapkan buat Anne Ngasri yang mencapai cita-citanya dan berjaya menggenggam Diploma Profesional Kemahiran (RFEL) KLTVET.
Anne yang aktif dalam bidang politik kini merupakan Exco Wanita UMNO Malaysia. Kejayaan diraih Anne menjadi inspirasi warganet dan sempat menitipkan ucapan tahniah buat pelakon yang sentiasa tampil awet muda itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila sebut nama Spider pasti akan teringat-ingat lagu Relaku Pujuk yang sangat popular satu ketika dahulu sehinggakan lagu itu dinobatkan sebagai lagu terbaik Anugerah Juara Lagu ke-19.
Sebentar tadi menerusi laporan Astro Awani, bekas pemain bass kumpulan Spider, Tony Iskandar, telah meninggal dunia pada pukul 2.30 pagi ketika sedang berehat di Studio Luncai Emas milik komposer dan penyanyi terkenal, Dato’ M. Nasir.
Berita tersebut telah dikongi rakan artis, Along Exist dalam satu hantaran di Instagram. Menurutnya, “Inna Lillahi wa inna ilayhi aji’un. Al-fatihah buat Tony Iskandar pemain bass kumpulan Spider telah meninggal dunia. Saya sedang melawat jenazah di Luncai Emas dan menunggu pihak hospital tiba, semoga semuanya dipermudahkan urusan.”
.
Ketika zaman kemuncak kumpulan Spider, selain Tony, kumpulan itu turut dianggotai oleh Tam selaku vokalis, Aie selaku pemain dram, dan Nafi selaku pemain gitar utama. Antara lagu-lagu lain yang dipopularkan oleh kumpulan ini seperti Kasihku Latifah dan Laukku Cukup Masin.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai mengetahui bahawa pelakon dan penyanyi Elyana menghidap kanser limfoma sejak sekitar 11 tahun lalu.
Namun, baru-baru ini pelantun lagu ‘niat’ berkongsi keadaan terkininya dan memuatnaik perkembangan terbarunya di laman istagramnya yang kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.
Elyana merupakan antara penyanyi dan pelakon remaja yang cukup popular dan mendapat tempat di hati peminat menerusi beberapa buah lagu sekitar awal tahun 2000.
Menerusi ruangan Insta Story, Elyana berkongsi bahawa dia mungkin perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari. Namun, melalui perkongsian tersebut Elyana masih nampak positif dan tidak menunjukkan beliau seperti sakit. Kuat sungguh beliau.
Pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal masih dilihat positif dengan keadaan yang menimpa dirinya. Melalui beberapa siri Insta Story, Elyana bercerita tentang proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya sepanjang di hospital.
Menurut Elyana lagi, berat badannya kini hanya 35kg dan beliau perlu mengambil susu akibat kekurangan berat badan untuk menjalani rawatan tersebut.
“Assalamualaikum semua. Sekarang saya tengah masukkan darah. Ini baru first bag darah dan saya kena masukkan dua bag. Satu bag sekitar tiga jam. Kemudian, akan disambung dengan susu kerana saya tak cukup berat. Berat saya kini sekitar 35 kilogram.
“Selepas treatement ini, kemungkinan besar saya kena buat radioterapi sebab doktor tahu saya tak nak ‘chemo’. Rawatan tersebut akan dibuat pada bahagian dada,” katanya.
Di samping itu, dalam video lain Elyana berharap orang ramai dapat mendoakan kesembuhan dirinya dan semoga segala urusan berjalan lancar.
“Hopefully semua berjalan lancar. Saya harap anda dapat doakan kelancaran dan kesihatan saya. Semoga cepat sembuh,” tutur penyanyi berusia 34 tahun itu.
Terkejut dengan berita yang dikongsi oleh penyanyi, ramai yang mendoakan ibu kepada dua anak ini kembali sihat seperti sedia kala.
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...