Watak Salina dalam drama bersiri Rindu Kasih sangat terkesan dihati sesiapa sahaja yang menonton. Kisah penaniayaan seorang wanita oleh mentua dan suami ditambah pula dengan penghayatan hebat oleh Ummi Nazeera membawa emosi bergelora sampai ke lubuk hati.
Naik turut perasaan marah, sedih, dihina lalu dikumpul menjadi kuat membuktikan yang wanita berusia 32 tahun ini seorang pelakon yang bukan calang-calang. Masakan tidak, drama tersebut menjadi tular di mana-mana sahaja sehingga ke segenap platform media sosial lantas menjadi trending.
ARTIKEL BERKAITAN: Anak Seni Berwibawa, Lakonan Hebat Izzue Islam Buai Jiwa Penonton. Pernah Menang Anugerah FFM
Nama Ummi Nazeera menjadi sebutan ramai dek kehebatannya membawakan watak tersebut, namun tahukah anda ibu kepada dua cahaya mata ini bukan sekadar anak seni yang hebat dalam dunia lakonan, dia turut memiliki latar pendidikan membanggakan.
Jom kita teliti beberapa hal tentang pemilik nama penuh Ummi Nazeera Nur Hidayah binti Zainul Abidin ini.
Walaupun baru berusia 32 tahun, namun langkah Ummi dalam dunia seni sudah melebihi sedekad. Boleh dikatakan dia antara pelakon masa kini yang memiliki karisma tersendiri sebagai anak seni. Tak sabar nak tunggu naskhah lakonannya yang akan datang!
*P/S – Btw, sewaktu Ummi baru-baru berhijab dahulu, REMAJA pernah mengabadikan wajahnya sebagai covergirl
untuk edisi Julai 2014. Memori sangat! Rindu zaman kemeriahan majalah. Sekarang kita bersua di media digital ya! jangan lupa untuk terus menyokong REMAJA.BACA JUGA: Raih Sarjana Muda Undang-Undang UM. Pembaca Berita & Naib Juara Dewi Remaja 2019 Tampil Cemerlang
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.