Senarai pencalonan anugerah Grammy 2023 pada tengah malam tadi telah disaksikan oleh ribuan peminat muzik dan penyanyi di seluruh dunia bagi mengetahui siapakah yang telah diiktiraf sepanjang tahun 2022.
And let us spare you this, Blackpink, Stray Kids, Miley Cyrus dan Olivia Rodrigo tidak tercalon. Jadi usah ditanya mengapa mereka tidak berada dalam mana-mana kategori.
Seperti dijangka ramai pihak, Grammy’s yang memasuki edisi ke-65 kali ini akan menyaksikan pertarungan semula di antara Adele dan Beyoncé seperti yang pernah berlaku pada tahun 2017. Lima tahun kemudian, mereka mencipta semula momen buku bertemu ruas menerusi album masing-masing, 30 (Adele) dan Renaissance (Beyoncé).
Beyoncé mendahului senarai semua calon pada tahun ini (seperti biasa) dengan memperolehi sembilan pencalonan di belakang rapper
berbakat, Kendrick Lamar yang menerima lapa pencalonan menerusi albumnya, Mr. Morale and the Big Steppers.Kejayaan Beyoncé ini sekalihus mencatat rekod apabila dia kini memiliki 88 pencalonan dalam sejarah penyertaannya sekaligus menjadi penerima pencalonan terbanyak dalam sejarah Anugerah Grammy. Pencapaian ini hanya terikat oleh suaminya, Jay-Z yang juga memiliki jumlah sama walaupun Beyoncé mempunyai 28 kemenangan setakat ini melebihi Jay-Z dengan 24 kemenangan.
Adele tidak jauh ketinggalan di belakang. Penyanyi Easy On Me itu memperolehi tujuh pencalonan; jumlah yang sama dengan penyanyi genre Americana dan Country, Brandi Carlile.
Tidak dinafikan, Beyoncé dan Adele memiliki salah sebuah lagu paling popular sepanjang tahun 2022; masing-masing menerusi Break My Soul dan Easy On Me. Dua buah lagu tersebut mendapat pengiktirafan apabila dicalonkan menerusi kategori Rekod Tahunan dan Lagu Tahunan.
Namun, laluan mereka tidak mudah apabila beberapa lagu popular lain tercalon dalam dua kategori ini termasuklah hit di aplikasi TikTok ABCDEFU
(Gayle), All Too Well – 10 Minute Version (Taylor Swift), Woman (Doja Cat) dan About Damn Time (Lizzo) dan tentunya, As It Was oleh Harry Styles.Bercakap mengenai Harry, 28 yang baru sahaja mengumumkan konsert jelajah Asianya semalam, dia turut mengulangi kejayaan memperolehi berbilang pencalonan termasuklah dalam kategori Vokal Album Pop Terbaik, Kejuruteraan Album Terbaik (Bukan Klasikal) dan Persembahan Pop Solo Terbaik.
Bagi peminat K-pop, harapan mereka terletak pada kumpulan BTS yang memperkukuhkan pengaruh mereka di Grammy’s pada tahun ini menerusi tiga pencalonan termasuklah bagi kategori Persembahan Duo/Berkumpulan Pop Terbaik menerusi single My Universe bersama Coldplay, Video Muzik Terbaik untuk Yet To Come dan turut terselit dalam pencalonan Album Tahunan menerusi album Coldplay berjudul Music of the Spheres.
Korang tentunya masih ingat pencalonan yang pernah diterima oleh BTS bagi kategori sama Persembahan Duo/Berkumpulan Pop Terbaik menerusi lagu Dynamite (2020) dan Butter (2021).
Biarpun ramai para Army yang gembira dengan pengiktirafan ini, tidak kurang juga yang beranggapan pencalonan BTS kali ini sekadar taktik untuk stesen TV rasmi demi mendapatkan rating
.*
Apapun, ramai beranggapan Grammy’s ke-65 ini adalah waktu bertepatan untuk mengiktiraf Beyoncé dalam satu-satunya kategori yang belum pernah dimenangi olehnya iaitu Album Tahunan. Adele pernah menidakkan peluang album Beyoncé, Lemonade pada tahun 2017 menerusi 25.
Adakah impian Beyoncé ini bakal tercapai atau Adele sekali lagi akan meranapkan impian tersebut? Kita perlulah tunggu malam kemuncak Anugerah Grammy pada 5 Februari, 2023.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.