Semalam, hari kedua serangan zionis Israel ke bumi Palestin, menyaksikan 30 buat rumah hancur serta merta manakala 500 rumah lain mengalami kerosakan.
Dalam serangan berterusan itu, tentera Israel dilihat melepaskan beberapa peluru berpandu ke kawasan Yarmouk di Timur Khan Younis. Jet perang mereka turut mengebom kawasan Al-Sharqiya di Selatan Semenanjung Gaza.
Di sebalik pengeboman dilakukan, menerusi facebook Aman Palestin, mereka melaporkan zionis Israel telah menggerakkan lebih banyak kereta kebal, tentera dan pelbagai senjata canggih ke sempadan Gaza.
Sebabnya, di sebalik kekejaman ini, Israel begitu bimbang dengan kedatangan tarikh 30 Mac, dua hari lagi
Apa ada di sebalik tarikh 30 Mac ini? Kenapa Israel kecut perut menanti sehingga menggerakkan tenteranya ke sempadan.
Tahukah, sejak 71 tahun lalu bumi Palestin dijajah oleh zionis Israel dengan cara yang sangat keji, kejam dan tidak boleh diterima akal. Puluhan ribu rakyat menderita Palestin dan ribuan ekar tanah dirampas. Malah dari tahun 1948 itu turut menyaksikan lebih 5 juta rakyat Palestin keluar dari Palestin dan menetap di negara lain.
Namun sejak tahun lalu, penduduk Gaza terinspirasi untuk menuntut kembali tanah yang dijajah. Maka timbulkan idea #GreatReturnMarch yang bakal berlaku dua hari lagi iaitu tanggal 30 Mac ini.
Israeal sama sekali tidak menyangka, lebih 200,000 ribu rakyat Palestin bangkit dan berada di batas-batas sempadan, membakar tayar, membaling batu demi mengambil semula tanah yang dirampas.
Semangat kali pertama itu menyaksikan ramai yang mati shahid termasuk seorang jururawat Razzan Al-Najjar yang juga sukarelawan Humanitarian Care Malaysia Berhad yang meninggal pada hari Jumaat selepas ditembak semasa tarikh 30 Mac tahun lalu.
Ada apa di sebalik #GreatReturnMarch yang kita semua perlu tahu dan sokong ini?
Great Return March merupakan perjuangan daripada rakyat Palestin dalam mengembalikan hak dan kebebasan mereka. Antara objektif utama GRM ialah:
Seruan #GreatReturnMarch ini juga merupakan seruan untuk seluruh umat Islam selain menyebarkan mesej perjuangan untuk membebaskan bumi Palestin. Marilah kita bersama-sama menyahut seruan ini bersama rakyat Palestin dan menunjukan kepada dunia persaudaraan dan penyatuan umat Islam dalam isu Palestin. Jangan berhenti untuk berdoa dan kongsikan penderitaan mereka kepada seluruh dunia.
Kenapa Israel kecut perut?
Kebangkitan ini adalah sesuatu yang zionis tidak sangka akan berlaku.
Masa yang sama, Israel malu di peringkat antarabangsa apabila Palestin berjaya merakam kejadian zionis kejam ini membunuh dan mencederakan 1400 warga Palestin dalam masa sehari sahaja. Masa yang sama, mereka turut membunuh 22 orang rakyat Palestin dan mencederakan 1500 orang dari daerah yang berbeza.
Isu Gaza kembali mendapat perhatian dan krisis kemanusiaan di negara terbabit mula mendapat perhatian dunia.