Greece Beri Wang & Data Telefon Kepada Golongan Muda Selepas Terima Suntikan Vaksin Pertama

Share

Rata-rata banyak negara di seluruh dunia ini telah pun memulakan proses pemberian vaksin kepada semua warganegara mereka. Ini kerana kita ingin mencapai ‘Herd Immunity’ atau didalam erti kata lain, immuniti secara berkelompok. Selagi kita masih belum mencapai immuniti secara berkelompok ini, selagi itulah sektor pelancongan juga tidak dapat dibuka, dan kita pun tidak boleh merentas negeri secara sesuka hati.

Namun, lain pula ceritanya di Athens, Greece ini. Mereka memberi ganjaran kepada golongan muda 150 Euro (kira-kira RM740) dan juga data telefon percuma selama sebulan kepada golongan muda yang mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 pertama mereka.

Foto hiasan: Pexels

Ianya merupakan salah sebuah inisiatif oleh kerajaan untuk meningkatkan kadar vaksinasi sebelum musim cuti bermula. Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis juga berkata yang dengan suntikan vaksin pertama mereka ini, mereka akan mendapat kad prabayar 150 euro. Ini juga merupakan hutang kepada belia dan hadiah daripada rasa syukur.

Foto hiasan: Pexels

Kira-kira sehingga 940,000 rakyat di Greece yang berusia 18 tahun-25 tahun yang  mendapat suntikan pertama sehingga akhir tahun ini, mereka layak untuk mendapat ‘pas kebebasan’ bonus tunai. Mereka juga akan dibenarkan untuk menggunakannya dan membelanjakannya pada cuti musim panas dan acara kebudayaan mulai 15 Julai.

Foto hiasan: Pexels

Terkini, kira-kira satu pertiga daripada 11 juta penduduk di negara itu telah divaksinasi sepenuhnya. Greece juga berkemungkinan mencapai dalam 80 peratus pemberian vaksin pada musim luruh jika masyarakat yakin dengan suntikan itu.

Greece juga mensasarkan 80 peratus sasaran itu dapat dicapai pada akhir musim panas ini iaitu pada awal September jika mesej yang disampaikan ini jelas. Mereka juga telah menarik balik kewajipan untuk memakai pelitup muka di tempat awam pada minggu lalu.

Dikatakan lagi, mulai Isnin ini rakyat Greece yang telah diberikan vaksin sepenuhnya akan dibenarkan untuk pergi bekerja atau ke pusat gimnasium tanpa perlu melakukan ujian saringan.

Seronoknya! Harap Malaysia juga dapat mencapai sasaran yang sepatutnya untuk kita mencapai immuniti berkelompok dan semoga keadaan kita juga dapat cepat-cepat kembali seperti dahulu lagi.

 

Published by
Sherfiqa Ermelia Marlyn