
Pengusaha dan pekerja pawagam dilihat menjadi antara individu yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19 kerana sehingga hari ini, sektor mereka masih belum lagi dibenarkan untuk beroperasi.
Boleh dikatakan sudah banyak sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi untuk fasa PKP 2.0 ini, namun belum ada ura-ura bagi perniagaan pawagam dibuka semula.
BACA: Tidak Dapat Beroperasi Akibat PKP, TGV Cinemas Jual Popcorn Di Luar Premis
Hal ini membuatkan pengusaha pawagam seperti GSC Cinemas telah mendesak pembukaan semula perniagaan mereka dengan menggunakan hashtag #reopencinemas di media sosial sebagai usaha untuk memperjuangkan hak dan didengari oleh pihak kerajaan.
So many movies are waiting. When can we #ReopenCinemas?
Majlis Keselamatan Negara
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA#BringCinemasBack
Posted by GSC on Monday, February 22, 2021
Malah, masyarakat juga turut menyokong untuk membuka semula operasi pawagam kerana mereka sudah rindu untuk menonton filem menarik di pawagam, selain mengenangkan nasib pekerja dalam sektor tersebut.
Remaja turut merasakan pawagam perlu dibuka semula kerana tidak adil jika hampir semua sektor perniagaan sudah dibenarkan beroperasi, tetapi tidak untuk panggung wayang.
Kami pasti pihak pawagam akan mengenakan SOP yang ketat seperti yang dilakukan mereka sebelum ini.
Sumber: Twitter
Pakej Kejut Sahur Pun Ada Di Shopee, Serendah RM1 Khas Untuk Yang ‘Single’

Apa je yang tak dijual di aplikasi Shopee?
Masyarakat Malaysia sememangnya benar-benar kreatif dalam bergelar usahawan. Pelbagai jenis produk dan servis ada ditawarkan mereka di platform online dan media sosial.
Memasuki bulan Ramadan akan muncul dalam masa beberapa hari sahaja lagi, khabarnya ada individu yang kini menjual pakej ‘kejut sahur’ di aplikasi Shopee dengan harga serendah RM1 sehingga RM50; bergantung kepada perkhidmatan yang dipilih. Menurut deskripsi mereka, ia akan dilakukan menerusi panggilan telefon ataupun penghantaran mesej. Unik dan kreatif kan!
Pelanggan juga boleh menetapkan waktu untuk mereka dikejutkan sahur tetapi ia tidak boleh diubah selepas melanggan.
Mengikut butiran yang diberikan lagi, ada juga peniaga menawarkan pakej perkhidmatan mesej dan telefon dengan panggilan manja seperti baby atau sayang. Amboi..
Pastinya, servis ini akan memberi kemudahan kepada mereka yang sukar bangun pagi untuk bersahur, lebih-lebih lagi remaja yang menetap di rumah bujang dan berada jauh dari keluarga.
ARTIKEL BERKAITAN : Stok Pati Kurma Untuk Sahur, Campur Dengan Susu & Ready Diminum
Macam-macam betul sehinggakan REMAJA juga tergelak! Mana tahu, perkhidmatan kejut sahur ini sememangnya berguna dan akan menjadi tular apabila ramai yang melanggannya pada bulan Ramadan ini.
BACA LAGI : Tip Amalan Bersahur & Berbuka Yang Terbaik Untuk Kesihatan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelajar Matrikulasi Cipta Alat Buka Pintu Guna Kad Pengenalan, Serius Hebat!

Kebolehan pelajar di Malaysia sewajarnya mendapat pujian kerana anak muda kita juga mempunyai kepintaran dalam menghasilkan sesuatu yang luar biasa.
Ini dibuktikan oleh sekumpulan pelajar kolej matrikulasi yang berjaya menghasilkan satu alat khas membuka pintu tanpa menggunakan kunci.
Lebih kurang macam korang swipe card di bilik hotel laa. Gituuu!
Video yang berdurasi 25 saat dimuat naik di laman twitter DECI, terlihat seorang pelahar membuka pintuk bilik mereka hanya dengan menggunakan kad pengenalan.
maybe saya akan buat tutorial utk projek ni dgn program pic.twitter.com/fxQx5Lqlg6
— DECI (@DECI93725960) June 29, 2019
Beberapa komponen seperti bateri, power bank, kabel dan pelbagai peralatan elektronik digunakan oleh mereka dan diletakkan pada bahagian hadapan serta belakang pintu tersebut.
Hebat kan?
Video ini mendapat lebih daripada 200,000 tontonan dan 12 ribu retweet.
Walaupun masih baru belajar, namun keupayaan daya fikiran mereka memang patut dipuji.
Cayalah dik!
Untuk keselamatan yang lebih terjamin, mungkin lebih ramai lagi pelajar yang boleh mempraktikkan style ini di bilik mereka pula. Hiks!
Sumber: MSN
Mayat Anggota Polis “Dipinjam” Kejap Sebelum Dilepaskan, Misteri Sungai Paka Sudah Telan 10 Nyawa

“Pinjam” sekejap sebelum apungkan. Ternyata pengalaman seorang penduduk kampung yang arif dengan keadaan Sungai Paka, Durian Mentangau yang memaklumkan mayat Konstabel Wan Mohd Arif di”pinjam” seketika benar-benar berlaku.
Daus Ibrahim, 62 seorang penduduk kampung dari Felda Kerteh 2, Dungun yang sudah 30 tahun tinggal berhampiran sungai berkenaan berkata, berdasarkan pengalamannya yang agak mahir dengan keadaan sungai berkenaan, mayat kedua-duanya berada tidak jauh dari lokasi terjatuh. Sekitar 200-300 meter sahaja.

Ternyata kata-katanya benar kerana mayat suspek dikenali sebagai Zul Ayam ditemui pada jarak 200 meter selepas empat hari kejadian berlaku. Malah dalam satu temubual dia memaklumkan jenazah anggota polis iaitu Wan Mohd Arif juga berada tidak jauh dari lokasi mayat pertama ditemui, cuma arwah “dipinjamkan” seketika oleh penunggu sungai seperti didakwanya.
Tambahnya lagi, sepanjang pengetahuannya, Sungai Paka, Durian Mentangau ini sudah menelan 10 nyawa dan kali terakhir terjadi ialah lima tahun lalu.
“Maknanya sudah lima tahun tiada kejadian lemas di sungai ini. Jika dicampur dua kes ini menjadikan kesemuanya 12 kes,” katanya yang ditemui dilokasi kejadian.
Tidak dinafikan, di muka bumi ini selain wujudnya manusia sebagai penghuninya, ada lagi penghuni tidak “nampak” pada mata kasar manusia iaitu alam jin. Namun sebagai hambaNya, kita mempercayai apa jua yang berlaku adalah atas izin Allah taala.


Hilang pada hari Jumaat dan ternyata pada hari ini, Jumaat penghulu hari, jenazah allahyarham Wan Mohd Arif ditemui sekitar jarak lebih kurang pada jarak suspek Zul Ayam ditemui selepas usaha menebang beberapa batang pokok di sungai berkenaan dilakukan oleh penduduk kampung dan pasukan penyelamat.
REMAJA difahamkan juga oleh rakan-rakan wartawan yang membuat liputan di lokasi kejadian, beberapa usaha telah dilakukan termasuk laungan azan dan menepuk permukaan air sungai bagi menimbulkan kedua-duanya. Malah pasukan penyelam juga ada membuat beberapa kali selaman namun air sungai yang keruh dan arus agak deras menyukarkan operasi dilakukan sebelum mayat timbul sebelah tengahari tadi.

Biarpun rasa sedih itu ada namun bagi kakak arwah, iaitu Wan Suraya yang setia menunggu sejak seminggu lalu mengucapkan rasa syukur kerana jenazah adiknya timbul juga.
“Walau pun sedih tapi sekurang-kurangnya ada kuburnya untuk kami menziarahi nanti.
Wan Suraya, 32 berkata, setiap hari sejak seminggu lalu iaitu bermulanya operasi mencari dan menyelamat dilakukan dia dan ahli keluarga lain setia menunggu di tebing sungai menantikan abangnya ditemui.

Menurutnya, berkat solat hajat besar-besaran di Masjid Jamek Paka malam tadi, pagi ini jasad abangnya akhirnya ditemui.
“Memang kami tidak putus berdoa dan setiap hari lakukan solat hajat. Malam tadi sekali lagi solat hajat secara beramai-ramai dilakukan di Paka memohon usaha mencarinya dipermudahkan.
“Dengan izin Allah, hari ini jasadnya timbul dan walaupun operasi ini agak sukar, kami sekeluarga beramai-ramai tetap yakin dia akan ditemui,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, walaupun sedih, keluarga berasa lega dengan penemuan jasad anggota dari Balai Polis Paka itu.
“Memanglah sedih tapi sekurang-kurangnya jasad arwah ditemui. Ketika mayat ditemui ibu yang sakit dalam perjalanan menuju ke sini tetapi berpatah balik apabila dimaklumkan berita penemuan abang. Jenazah arwah akan dibawa pulang ke Pasir Mas untuk dikebumikan, “katanya.
ARTIKEL LAIN : Video Eksklusif, Keluarga Remaja Lemas Diganggu Hantu Lombong
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 12.25 tengahari.
“Hari ini sudah masuk hari ke lapan operasi dan akhirnya usaha semua pasukan penyelamat berhasil.
“Jasad mangsa timbul dalam jarak 300 meter dari lokasi kejadian. Mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk urusan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarga, “katanya.

Dalam kejadian jam 8.30 malam Jumaat lalu, Wan Mohd Arif bersama suspek penjenayah dikenali sebagai Zul Ayam terjatuh ke dalam sungai sebelum dihanyut arus deras.
Mayat suspek berusia 39 tahun ditemui tersangkut pada ranting pokok di tebing sungai pada hari keempat operasi. Malah difahamkan, isteri allahyarham, Sharifah Murni Sayed Ab Aziz, 27, baru semalam habis peperiksaan akhir di Kolej Kejururawatan di Kuala Terengganu dan sudah berada di lokasi sejak semalam lagi. Ternyata Allah memberinya peluang untuk menatap wajah suaminya buat kali terakhir.
Al-Fatihah (dengan bacaan) untuk wira negara ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diangkat darjatnya bersama orang beriman dan beramal soleh. Amin.