Bila sebut tentang lipas, kami yakin ada yang ‘seram sejuk’ bila mendengar nama serangga tersebut kan? Lagi-lagi lipas terbang, memang menyeramkan. Hiks!
Tahu tak korang terdapat sebuah gua lipas yang terletak di Sandakan, Sabah dikenali sebagai Gua Gomantong?
Menurut sabahpost.net, di siling gua tersebut merupakan habitat bagi berjuta-juta kelawar, sementara dilantainya pula dilitupi lipas, kumbang, tikus dan pepijat yang menggelikan termasuk pelbagai spesies ular.
Erk, dengar pun dah seram kan?
Gua ini merupakan lokasi lipas paling banyak di bumi. Kalau korang seorang yang takut akan lupas, nah gua ini sudah tentu bukan tempat riadah untuk korang. Tapi, kalau ada yang nak cabar keberanian untuk mengatasi rasa fobia, bolehlah cuba!
Gomantong juga dihuni oleh jutaan burung layang-layang yang menghasilkan sarang burung dan menjadi sumber pendapatan kepada penduduk kampung sekitarnya. Ia juga diiktiraf sebagai Pengurusan Gua Sarang Burung Terbaik Di Dunia oleh World Wide Fund for Nature (WWF). Gua ini telah membekalkan sarang burung terbaik untuk maharaja China sejak abad ke-13 lagi.
Ads
Nah, cerita sahaja pun tak syok, apa kata korang lihat sendiri bagaimana kehidupan serangga di dalam gua ini, terutamanya lipas.
Ada juga yang berkongsi pengalaman pernah menjejakkan kaki di gua ini.
Ads
Namun, ramai juga yang mengatakan tidak akan masuk ke gua tersebut walaupun diberikan ganjaran.
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Allah bayar cash! Mungkin inilah perkataan paling tepat buat seorang lelaki apabila perbuatan zalimnya menggantung seekor kucing hingga mati akhirnya berbalas. Namun kisahnya juga patut dijadikan pengajaran buat orang lain agar tidak mengulangi perbuatan yang sama.
Tentu ramai yang masih ingat dan marah dengan tindakan melampau seorang lelaki yang menggantung seekor kucing hingga mati pada hari raya lalu.
Laporan Harian Metro memaklumkan, perbuatan kejam lelaki menjerut kucing jantan bernama Jebon hingga mati, lima hari lalu akhirnya mendapat pembalasan apabila dia dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.
Hakim Rohatul Akmar Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap pekerja gerai makan, Al Azri Norhisham, 28, selepas dia mengaku bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.
Mahkamah memerintahkan hukuman pemenjaraan berkuat kuasa dari tarikh jatuh hukum.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa secara tidak munasabah menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya kepada seekor kucing jantan di tangga Blok A3, Jalan 4/27A, Seksyen 2, Wangsa Maju pada jam 1.30 petang, 10 Jun lalu.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan boleh dihukum bawah akta 29(1) yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, tertuduh merayu kepada mahkamah supaya mahkamah memberikan hukuman ringan kepadanya.
“Kucing itu cakar dan gigit tangan saya sehingga berlubang. Saya mohon hukuman diringankan lagi pun saya anak yatim piatu,” rayunya.
Siti Hajar bagaimanapun memohon mahkamah memberikan hukuman berbentuk pencegahan untuk memberi pengajaran kepada tertuduh kerana perbuatan yang dilakukannya melampaui batas.
“Perbuatan tertuduh adalah satu perbuatan jenayah dan satu bentuk penzaliman dan penganiayaan ke atas kucing.
“Sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras tak patut lakukan perbuatan itu terhadap seekor haiwan yang lemah. Tangan dicakar bukan alasan buat demikian,” katanya.
Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian pengadu menyedari kucing miliknya mati di hadapan rumah selepas diberitahu oleh jirannya.
Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik jiran pengadu, tertuduh dilihat membunuh kucing itu dengan menjerut kucing itu menggunakan tali rafia sebelum menggantungnya di tangga hadapan rumah jiran pengadu lalu beredar.
Ibu jiran pengadu kemudian membuka tali rafia itu dan membawa kucing berkenaan ke hadapan rumah pengadu.
Harian Metro sebelum ini melaporkan kucing jantan ditemui tergantung dengan tali pada tangga di blok pangsapuri berkenaan.
Bangkai haiwan malang itu ditemui oleh jiran pemilik kucing terbabit kira-kira 2 petang.
Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki memegang kucing berkenaan sebelum mengikat leher haiwan terbabit pada tangga.
Percubaan pertama lelaki terbabit mengikat leher kucing itu gagal sebelum dia mengejarnya dan mengikat kali kedua.
Pemilik kucing itu membuat laporan berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perhatian kepada seluruh rakyat Malaysia, status vaksinasi individu yang sebelum ini telah menerima dos lengkap vaksin Sinovac serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas akan ditukarkan menjadi tidak lengkap sekiranya tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas Februari tahun depan.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata selepas status tersebut ditukar menjadi tidak lengkap, individu berkenaan adalah tidak layak untuk menerima kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada penerima dos lengkap vaksin COVID-19.
Untuk makluman, Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah meluluskan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech, vaksin CoronaVac keluaran Sinovac dan vaksin AstraZeneca untuk digunakan sebagai dos penggalak.
Pihak awatankuasa Kerja Teknikal (TWG) juga telah mengesyorkan dos penggalak diberikan kepada semua penduduk berusia 18 tahun dan ke atas.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui Strategic Advisory Group of Experts on Immunisation (SAGE) telah mencadangkan agar semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac atau individu berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira jenis vaksin siri primer perlu mengambil dos penggalak.
Hal ini bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap dan cadangan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19-Booster (CITF-B) pada 8 Disember lalu.
Oleh yang demikian, jika korang berada dalam kumpulan yang dinyatakan di atas iaitu semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac dan individu berusia 60 tahun ke atas, korang perlu mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya pada Februari 2022.
Jangan berlengah ya kalau tak mahu aktiviti korang terbatas selepas ini. Hiks!
Berita baik untuk korang yang kempunan tidak dapat pergi ke Langkawi…hehe
Melaka, Genting Highlands dan Pulau Tioman akan dibuka kepada pelancong tempatan bermula 1 Oktober ini. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Menteri Kuartet hari ini selepas melihat perkembangan positif Projek Rintis Gelembung Pelancongan di Pulau Langkawi.
Katanya, keputusan itu akan dibawa ke Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
“Dalam tempoh dua minggu, destinasi ini akan bersiap sedia untuk beroperasi semula.
“Kementerian bersama Jawatankuasa Khas akan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas esok membabitkan ujian saringan memandangkan Melaka agak besar.
“Kementerian juga akan membentangkan tambahan destinasi pelancongan lain yang bukan hanya tertumpu di pulau tetapi di tanah besar,” katanya dalam sidang media semalam.
So, kalau korang ke Melaka minggu hadapan cuba beberapa tempat yang kami cadangkan ini.
1. Cendol Bakar
Apa yang istimewanya adalah berbagai jenis cendol terdapat di kedai ini. Harganya pun berpatutan. Lokasinya terletak di Alor Gajah. Kalau tak nak makan disini, nak drive thru pun boleh.
2. Asam Pedas Matahari Corner
Dah namanya datang Melakan kan, tak sah la kalau tak pekena asam pedas. Lokasi kedai ini di belakang pasar lorong batu berendam. Antara menu rare yang ada ialah asam pedas telur ikan dan telur sotong.
3. Mee Besen
Pernah viral satu ketika dulu, lokasi Mee Besen ini bertempat di Pusat Niaga Durian Daun. Mee Besen Jumbo berharga RM 32 sahaja dan boleh dimakan sehingga 8 ke 10 orang. Memang berbaloi-baloi.
4. Ikan Bakar Parameswara
Terdapat banyak gerai yang menyediakan makanan laut disini. Lokasinya strategik dan menarik kerana korang boleh melihat pemandangan Selat Melaka dan juga hutan bakau di gigi air. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan.
5. Roti Naan Pak Putra
Untuk peminat roti naan, korang kena try Roti Naan Pak putra di Taman Kota Laksamana. Beroperasi dari jam 5.30 petang sampai la jam 1 pagi. Sesuai untuk korang yang suka melepak waktu malam. Hiks!
6. Ee Ji Ban Chicken Rice Ball Restaurant
Okay dah biasa makan nasi ayam kan? Kali ni cuba tukar pula style makan chicken rice ball ni. Nasi dikepal menjadi seperti bebola. Unik dan menyelerakan. Jangan risau, restoran ni halal gaiss.
7. Asam Pedas Claypot
Dihidangkan dalam claypot panas-panas, memang sedap la bila makan dengan nasi putih. Korang boleh cari Asam Pedas Claypot ini di lokasi sekitar Taman Kota Laksamana.
8. Roti Canai Kayu Arang
Oleh sebab tempat ini menjadi tumpuan orang ramai, so dinasihatkan untuk korang datang seawal pagi. Kalau tak, jenuhlah nak menunggu tempat duduk nanti. Apa yang menariknya, kesemua roti di goreng atas dapur kayu arang. Tengok gambar pun dah meleleh air liur. Haha!
9. Roti John Tarik MaeLambong
Kalau korang sejenis suka makan roti john yang penuh dengan isi daging, sos dan cheese mozzarella meleleh, nah ini adalah pilihan yang tepat. Roti John Tarik MaeLambong bertempat hadapan Hang Tuah Mall.
10. Cucur Udang Alor Gajah
Apa yang istimewanya cucur udang ini dihidangkan bersama fish cake, sosej, nugget, timun dan tauhu. Kuahnya pun memang superb laa. Kalau nak makan confirm kena beratur la wey!
Kalau dapat cuba kesemua tempat yang kami cadangkan ini, confirm kenyang perut senang hati. Hehe! Amacam… weekend depan ni jom serang Melaka nak?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...