Akhirnya pertanyaan dan teka teki orang ramai sama ada gula-gula White Rabbit halal di makan atau tidak disahkan apabila gula-gula berkenaan disahkan mengandungi gelatin babi.

Dalam siaran berita di TV Al Hijrah semalam, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh yang dihubungi secara langsung melalui sykpe mengesahkan bahawa gula-gula berkenaan yang dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan gula-gula berkenaan disahkan mengandungi gelatin babi dan geletin lembu.

Ia sekaligus mengesahkan kerisauan orang ramai sama ada gula-gula berperisa susu yang diimport dari China  ini halal dimakan atau tidak. Sesuatu yang cukup menakutkan, di kedai-kedai jualan murah seperti kedai RM2, banyak menjual gula-gula ini yang amat mudah dicapai atau dibeli oleh kanak-kanak.

Bagi generasi  80-an dan 90-an dahulu, gula-gula berwarna putih dengan rasa susu ini cukup popular di kalangan kanak-kanak dan remaja kerana rasanya yang enak namun tidak disangka sama sekali bahawa ia bercampur gelatin babi yang sudah pastinya haram dimakan oleh umat Islam.

Sebelum isu sah mengandungi gelatin babi ini timbul, dalam laporan BERNAMA sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh memaklumkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setakat ini tidak pernah menerima permohonan sijil halal terhadap gula-gula susu White Rabbit yang diimport dari China ini.

Ads
Gula-Gula White Rabbit Sah Ada Gelatin Babi, Masih Banyak Dijual Di Kedai RM2
Fuziah Salleh mengesahkan bahawa gula-gula White Rabbit ini mengandungi geletin babi selepas ujian dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia.
Gula-Gula White Rabbit Sah Ada Gelatin Babi, Masih Banyak Dijual Di Kedai RM2
Inilah gula-gula yang sangat popular di kalangan kanak-kanak dan diimport dari negara China.

Jelas Fuziah Salleh lagi,  pengimport gula-gula itu seharusnya membuat permohonan tersebut, yang akhirnya dapat menghentikan polemik berhubung status halal gula-gula berkenaan.

“Bagaimanapun, saya akan meminta supaya Jakim membuat siasatan, dan ujian makmal terhadap gula-gula itu bagi menentukan status halalnya, kerana isu halalnya telah lama diperkatakan dalam media sosial.

Ads

“Saya lihat isu ini menyebabkan umat Islam berada dalam keadaan dilema dan tidak pasti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Ziarah Kasih Rahmah 2019, Peringkat Zon Timur di Sungai Lembing di sini.

Apa patut buat kalau dah termakan?

Ads

Gula-Gula White Rabbit Sah Ada Gelatin Babi, Masih Banyak Dijual Di Kedai RM2

Dalam pada itu REMAJA turut menghubungi Ustaz Azhar Tuarno yang juga pegawai JAKIM apa yang perlu dilakukan andai seseorang itu sudah termakan makanan tidak halal ini.

Menurutnya, apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam, segeralah beristigfar dan memohon keampunan dari Allah taala di atas kekhilafan yang dilakukan.

“Cuma perlu istigfar dan minta ampun pada Allah. Jangan mengulanginya lagi selepas kita menyedari kekhilafan ini. Adalah lebih baik dalam bab makanan, umat Islam berhati-hati memilih pengeluar makanan tersebut kerana kita tidak mahu ada unsur-unsur shubahah dalam makanan yang kita makan,” katanya ketika dihubungi.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI