Guna 2 Bahan Hilangkan Bau Kucing Di Rumah, Baru Selesa Tetamu Bertandang

Share

Biasalah kediaman yang mempunyai binatang peliharaan pasti akan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan. Bukan sahaja kurang enak malah memberi kesan tidak baik terutama kepada mereka yang mempunyai alahan.

Terutamanya jika kucing tadi jenis ‘indoor’ dan tidak pernah dilepaskan di luar rumah.

ARTIKEL BERKAITAN : 10 Tip Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta, Confirm Berkesan!

Tambahan pula di musim perayaan ini, nanti tidak selesa pula tetamu yang berkunjung tiba di rumah kita. Jadi, apa yang dilakukan bagi menghilangkan bau kucing yang kadang-kala agak kurang menyenangkan itu.

Perkongsian berkenaan tips kurangkan bau kucing dalam rumah ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @qienaibrahim di akaun miliknya.

“Antara tip untuk majikan indoor. Selain bibik kena rajin buang jongkong emas majikan dan bersihkan litter box majikan,” tulis kapsyen muat naik wanita tersebut.

 

@qienaibrahim Antara tip utk Majikan indoor..selain bibik kena rajin buang jongkong emas majikan n bersihkan litter box Majikan😁 #cat #tip #tiktok #kucinglucu #tipkucing #pecintakucing #indoorcats #indoorlife ♬ original sound – Qiena Ibrahim

Guna kulit kayu manis sahaja

Menurut perkongsian video wanita tersebut, bahan utama untuk mengatasi masalah itu adalah kulit kayu manis. Bahan mudah yang berada di dapur rumah dan menjadi kegunaan untuk memasak makanan yang enak.

Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah ambil bekas kosong mengikut saiz bersesuaian dengan keluasan rumah anda.

Kemudian letakkan kulit kayu manis beberapa batang dan tuang air ke dalam bekas tersebut. Air boleh di isi separuh daripada bekas kosong yang disediakan tersebut.

Letak campuran bahan tadi di tempat yang tersorok seperti di bawah kabinet tv mahupun almari hiasan. Perkongsian wanita itu juga telah mendapat reaksi pelbagai daripada pengguna media sosial TikTok yang lainnya. Antara komen yang mendapat perhatian adalah:

“Rumah saya flat ada 10 ekor kucing memang setiap penjuru saya letak air kayu manis. Memang takda bau,” tulis seorang pengguna yang berkongsi cara yang sama untuk hilangkan bau kucing.

“Cuma kena pastikan letak ubat jentik-jentik untuk elak jadi tempat pembiakan aedes,” tulis seorang pengguna yang memberi saranan tambahan.

“Sangat berguna untuk babu seperti saya…” tulis seorang lagi pengguna bergurau.

Sumber: TikTok via @qienaibrahim

BACA LAGI : Kajian Bukti Pemandu Kereta ‘Kayangan’ Punya IQ’ Rendah?

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana