Insya Allah, lagi dua hari kita akan menyambut Aidilfitri. Walau dalam suasana PKPB tetapi kemeriahan hari raya dapat dirasai apabila di sana sini orang sudah mulai membuat persiapan hari raya.
Malah biskut-biskut hari raya juga sudah lama dibuat malah penjualannya juga rancak di media sosial. Tapi bagi yang buat kek dimakan di pagi raya, bolehlah cuba buat kek cheese kek untuk ray ani. Rasanya pun sangat mabeles.
Bahan-bahannya : 120 gm Tatura Cream Cheese
120 gm Susu Pekat Manis
3 biji telur gred B *Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang first time nak try buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.
Cara-cara membuatnya :-
Dah sedia dengan bahan-bahan? Ini langkahnya.
Ads
1. Pukul cream cheese Dan susu pekat Mula-mula, pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim dan tak berketul. Kalau nak kurang manis boleh kurangkan susu pekat ya. Nak pukul gunakan mixer boleh, nak gunakan blender pun boleh.
2. Asingkan telur putih & pukul Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning. Ambil telur putih dan pukul sampai teksturnya berkrim (meringue).
3. Masukkan telur kuning dalam adunan cream cheese Telur kuningnya pula jangan dibuang. Masukkan ke dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.
4. Campurkan semua bahan Sekarang kita campurkan kesemua adunan yang di atas tadi sehingga sebati. Kaupkan saja guna senduk.
Ads
5. Tuang dalam loyang Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang dah dilapik dengan baking paper. Kalau tak ada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.
6. Bakar Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi loyang dalam bekas berisi air). Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang saja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tu. Masa panaskan oven, air tu akan mendidih.
Cara bakar secara ‘waterbath’. Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah. Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak. Kadang-kadang ikut oven juga, suhu mungkin berbeza. Jadi kalau nak pastikan sama ada dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tak.
7. Sejukkan Bila dah masak, biarkan 15 minit dalam oven dan barulah keluarkan ya. Pintu oven tu bukakan sedikit.
Ads
8. Topping Akhir sekali, bolehlah letak topping ikut kegemaran anda. Makan saja pun dah sedap. Yang ini saya gunakan parutan keju cheddar. Kalau nak cairkan parutan keju pada topping tu, boleh masukkan kejap dalam oven.
MEMANG GEBU & LEMBUT! Beginilah hasilnya, memang gebu dan lembut. Kalau buat topping dengan parutan keju yang dibakar macam di atas, terasa kerangupannya pada bahagian luar. Kombinasi yang lazat! Tak susah mana pun nak buat cheese cake kan?
Selamat mencuba
Kredit to : Nurul Ain Ridzwan
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah hampir lebih dua bulan masyarakat Malaysia menjalankan kehidupan new normal dengan perlaksanaan PKP yang menghadkan segala jualan makanan di kedai-kedai mahupun pasar malam.
Maka tidak hairanlah ramai di antara kita yang mencuba pelbagai resipi sendiri di rumah. Time PKP ni la mengidam nak makan macam-macam.
So, kali ini Remaja nak kongsikan resipi yang mungkin korang dah rindu nak beli di pasar malam, iaitu ayam madu bakar.
Hanya menggunakan empat bahan mudah, rasanya pasti sesedap di pasar malam. Hiks!
Jom kita cuba.
Bahan-bahan:
– Serbuk cili Babas
– Garam
– Gula atau madu (bagi yang kemampuan boleh guna madu)
– Ajinomoto (jika mahu)
Cara menyediakannya:
1. Campurkan kesemua bahan bersama sedikit air (agak-agak) untuk dijadikan pes
2. Gaul ayam bersama pes yang dibuat tadi
3. Kemudian, bakar separa masak celupkan semula dalam perapan tadi untuk ayam kelihatan berkilat dan tidak kering.
Drama Korea antara yang selalu mendapat tempat di hati masyarakat tempatan kerana jalan ceritanya menarik dan dibintangi oleh pelakon yang handsome dan cantik-cantik belaka.
Suatu masa dulu, ketika penggunaan internet tak begitu meluas di Malaysia, kita masih lagi tertunggu-tunggu di depan kaca TV dan excited nak menonton K-Drama ni.Korang masih ingat lagi tak antara drama-drama yang pernah trending dulu?
Jom Remaja kasi throwback sikit beberapa drama Korea yang berjaya membuatkan ramai ‘melekat’ depan TV.
1. All About Eve (2000)
Ramai juga yang berpendapat drama ni adalah antara K-Drama yang terbaik. Mengisahkan seorang pelajar kolej yang cantik yang tinggal bersama bapanya dan mempunyai zaman kanak-kanak bahagia dengan sahabat baiknya, Woo-jin (Han Jae-suk).
Hidup berubah secara radikal untuk Sun-mi apabila bapanya memutuskan untuk menyara Young-mi (Kim So-yeon), seorang gadis cantik yang sebaya dengan Sun-mi. Young-mi menjadi pesaing dan musuh Sun-mi dalam setiap aspek kehidupannya.
2. Autumn In My Heart (2000)
Kisah tertukar anak ni nampak klise pada sinetron Indonesia. Tapi, garapan yang dibawa dalam drama Autumn In My Heart ni memang terbaik la wey.
3. Successful Story Of A Bright Girl (2002)
Kisah gadis comel dan periang Yang-soon (Jang Nara) yang berpindah ke Seoul untuk bekerja sebagai pembantu rumah Ki-tae (Jang Hyuk), seorang CEO syarikat kosmetik yang keras kepala dan juga majikan Yang-soon.
Adegan lucu dan comel lakonan Jang Nara ni la yang membuatkan ramai tak mahu terlepas walau satu episod.
4. Winter Sonata (2002)
Drama Korea pertama yang ditayangkan di Malaysia dan bermulalah fenomena ‘Korean Wave’ dekat Malaysia.
Siapa je yang tak tengok Winter Sonata kan?
5. Stairway To Heaven (2003)
Kisah persahabatan Song-Joo (Kwon Sang-woo) dan Jung-Seo (Choi Ji-woo) yang sememangnya rapat sejak kecil lagi. Namun, apabila mereka dewasa, satu kemalangan tragis berlaku dan Jung-Seo mengalami amnesia.
Jung-Seo tidak ingat Song-Joo, yang dia paling cintai dan tidak dapat mengenal pasti kewujudannya, malahan namanya sendiri pun dia lupa.
Tragis kan?
6. Full House (2004)
Bukan hanya berbakat dalam bidang nyanyian, Rain juga tak kurang hebatnya dalam dunia lakonan. Drama perkahwinan kontrak ini langsung tidak klise seperti yang korang tonton jam 7 malam di kaca Tv. Hiks!
7. Memories In Bali (2004)
Lee Soo-jung (Ha Ji-won), adalah ejen pelancongan yang mencuba nasib di Bali selepas melalui zaman kanak-kanak yang susah dan menyedihkan. Dia bertemu dengan Jae-min (Jo In-sun), Kang In-wook (So Ji-sub) dan Young-joo di Bali.
Apabila Lee Soo-jung kembali ke Seoul, keinginannya untuk berjaya membolehkannya mencari Jae-min untuk mendapatkan pekerjaan, tanpa sengaja membibitkan satu peristiwa yang semakin merumitkan tentang cinta tiga segi yang tragis.
8. My Lovely Sam-Soon (2005)
Sam Soon diupah sebagai ketua ‘baker’ dan dia selalu bergaduh dengan Jin Hun seperti kucing dan anjing. Walau bagaimanapun, mereka mula merasakan perasaan cinta antara satu sama lain. Perkara menjadi rumit ketika bekas teman wanita Jin Hun, Yoo Hee Jin kembali dari Amerika Syarikat yang berniat untuk memikat hati Jin Hun kembali.
9. My Girl (2005)
Yoo-rin bertekad untuk mencari duit dan melangsaikan hutang ayahnya bertemu dengan Seol Gong-chan (Lee Dong-wook), pewaris tunggal kepada L’Avenue Hotel. Untuk menunaikan impian datoknya yang nazak, Gong-chan menggunakan Yoo-rin untuk menyamar sebagai cucu datoknya yang telah lama hilang.
Boleh tahan juga konflik dalam drama ni yang kita sendiri tak sabar nak tunggu apa kesudahannya.
10. Coffee Prince (2007)
Coffee Prince menceritakan kepayahan hidup Go Eun Chan (Yoon Eun-hye) yang terpaksa menjadi ketua keluarga selepas kematian bapanya.
Selepas Eun Chan bertemu dengan Han Kyul dan Han Kyul menyangkanya seorang budak lelaki, Han Kyul memutuskan untuk mengupah Eun Chan menjadi ‘kekasih’nya untuk mengelakkan dari temujanji yang ditetapkan oleh neneknya. Sangat terdesak memerlukan wang, Eun Chan tidak mempunyai pilihan selain menerima.
Dalam penyamarannya sebagai lelaki, timbul pula rasa sayang pada Han Kyul dan membuatkan lelaki itu juga confused dengan perasaan sebenar.
Okay, mana satu favorite K-Drama pilihan korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walau hanya solat sunat tetapi ganjaran yang Allah berikan sangat tinggi nilainya. Ramai melihat solat sunat, buat dapat pahala tak buat tak mengapa tetapi jika kita “rajin”sedikit melakukan solat sunat, fadilahnya ternyata lebih dan pasti kita tak sangka ganjarannya.
Mungkin ramai tertanya-tanya mengenai solat sunat Qabliyah yang hanya dua rakaat namun ganjaran melakukannya sebelum kita solat Subuh adalah solat sunat terbaik dari seisi dunia.
Rugi jika tak buatkan.
Baca juga perkongsian dari page Islam Itu Indah tentang kebaikan solat sunat ini.
"Peringatan Buat Diri"
1 – Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45 pagi kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. Kecuali dah terlampau hampir waktu subuh habis , maka hendaklah segera kerjakan solat fardhu subuh.
2 – Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jgn ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana ini lah zikir khas buat anak Nabi saw , Fatimah sebagai zikir istiqamah penguat semangat.
3 – Berusahalah sedaya upaya utk solat subuh berjemaah di rumah-rumah Allah, @ paling kurang berjemaah dgn anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.
4 – Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu-waktu mustajabnya doa.
5 – Pelajari serta hayati setiap bait-bait bacaan dlm setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah-olah kita berbisik mengadu hal dgn Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dgn yg demikian hati kita sentiasa berada dlm solat, mudah-mudahan dgn asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yg sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.
6 – Jangan dilepaskan Al Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari yaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi : Bacalah Al Quran.. sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat-sahabatnya.
7 – Jangan ditinggalkan solat-solat sunat qobliyyah ba'diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.
8 – Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Wanita; bersedia, ternanti-nanti masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah-rumah Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita saw yg utama.
9 – Lazimi menjaga wudhu' setiap masa kerana orang yg punyai wudhu' akan didampingi para malaikat-malaikat Allah.
10 – Amalkan sentiasa bawa ke mana-mana kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang-orang yg sentiasa bersugi; antaranya, Zikir & bacaan ayat-ayat Al Quran orang yg bersugi lebih 70 kali di sukai Allah berbanding bacaan orang-orang yg tak bersugi. Dua rakaat solat orang yg bersugi juga lebih disukai Allah vs 70 rakaat solat orang yg tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan-golongan mereka yg istiqamah bersugi.
12 – Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah-kalimah taubat @ kalimah-kalimah tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.
13 – Lazimi pagi-pagi dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bg menjana hormon perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yg positif setiap hari.
13 rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu :
1 – Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat .. 2 – Berdiri Betul : Fadhilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur .. 3 – Takbir-ratul Ihram : Fadhilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur .. 4 – Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur .. 5 – Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur .. 6 – I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur .. 7 – Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM .. 8 – Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur .. 9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar .. 10 – Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur .. 11 – Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur .. 12 – Salam : Memelihara kita di dalam kubur .. 13 – Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah SWT..
Perbaiki solatmu, maka Allah akan perbaiki hidupmu.
Cintailah Nabimu, maka Allah akan mencintaimu.
Muliakanlah ibumu, maka Allah akan memuliakanmu.
Bahagiakan ayahmu, maka Allah akan bahagiakan hidupmu.
Cara menjaga solat waktu :
1 – Buat solat taubat .. 2 – Solat diawal waktu .. 3 – Qada solat jika tertinggal .. 4 – Paksa diri untuk solat walaupun rasa terpaksa .. 5 – Berdoa semoga diri diteguhkan keimanan .. 6 – lstighfar jika terniat untuk tinggalkannya.
Masukkan 5 perkara dalam hati kita :
1 – Rasa ingin dekat dengan Allah .. 2 – Rasa ingin diampuni Allah .. 3 – Rasa ingin dibersihkan .. 4 – Rasa ingin diangkat darjat .. 5 – Rasa ingin diubah tabiat
KESIMPULAN :
Berusahalah menyantuni akan setiap perkara-perkara sunnah kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah "Wahai jiwa-jiwa yg sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan engkau redha dan aku redha. Dan berkumpullah kalian dalam kalangan orang-orang yg berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga".
Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita.. Nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dlm berusaha untuk mengejarnya.
Alhamdulillah
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres berbakat besar, Qistina Raisah meluahkan rasa syukur selepas berjaya memiliki sebuah kereta idaman, Toyota Yaris, dengan wang simpanannya sendiri.Yang lebih membanggakan, pencapaian tersebut...