Guna 3 Bahan Saja! Dah Boleh Buat Cheese Kek Sedap Raya Ini

Share

Insya Allah, lagi dua hari kita akan menyambut Aidilfitri. Walau dalam suasana PKPB tetapi kemeriahan hari raya dapat dirasai apabila di sana sini orang sudah mulai membuat persiapan hari raya.

Malah biskut-biskut hari raya juga sudah lama dibuat malah penjualannya juga rancak di media sosial. Tapi bagi yang buat kek dimakan di pagi raya, bolehlah cuba buat kek cheese kek untuk ray ani. Rasanya pun sangat mabeles.

Bahan-bahannya :
120 gm Tatura Cream Cheese
120 gm Susu Pekat Manis
3 biji telur gred B

*Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang first time nak try buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.


Cara-cara membuatnya :-

Dah sedia dengan bahan-bahan? Ini langkahnya.

1. Pukul cream cheese Dan susu pekat
Mula-mula, pukul cream cheese dan susu pekat sampai berkrim dan tak berketul. Kalau nak kurang manis boleh kurangkan susu pekat ya.
Nak pukul gunakan mixer boleh, nak gunakan blender pun boleh.

2. Asingkan telur putih & pukul
Seterusnya, asingkan telur putih dan telur kuning.
Ambil telur putih dan pukul sampai teksturnya berkrim (meringue).

3. Masukkan telur kuning dalam adunan cream cheese
Telur kuningnya pula jangan dibuang. Masukkan ke dalam adunan cream cheese yang telah dipukul bersama susu pekat tadi.

4. Campurkan semua bahan
Sekarang kita campurkan kesemua adunan yang di atas tadi sehingga sebati. Kaupkan saja guna senduk.

5. Tuang dalam loyang
Tuangkan adunan ini ke dalam loyang yang dah dilapik dengan baking paper. Kalau tak ada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.

6. Bakar
Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi loyang dalam bekas berisi air).
Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang saja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tu. Masa panaskan oven, air tu akan mendidih.

Cara bakar secara ‘waterbath’.
Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah.
Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak.
Kadang-kadang ikut oven juga, suhu mungkin berbeza. Jadi kalau nak pastikan sama ada dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tak.

7. Sejukkan
Bila dah masak, biarkan 15 minit dalam oven dan barulah keluarkan ya. Pintu oven tu bukakan sedikit.

8. Topping
Akhir sekali, bolehlah letak topping ikut kegemaran anda. Makan saja pun dah sedap.
Yang ini saya gunakan parutan keju cheddar. Kalau nak cairkan parutan keju pada topping tu, boleh masukkan kejap dalam oven.

MEMANG GEBU & LEMBUT!
Beginilah hasilnya, memang gebu dan lembut. Kalau buat topping dengan parutan keju yang dibakar macam di atas, terasa kerangupannya pada bahagian luar. Kombinasi yang lazat!
Tak susah mana pun nak buat cheese cake kan?






Selamat mencuba

Kredit to : Nurul Ain Ridzwan

Published by
Almaswa Haji Che Ros