Cuaca panas yang dihadapi negara buat masa ini membuatkan kebanyakan rakyat mengeluh kerana bahangnya begitu terasa. Malah, rata-rata kediaman di Malaysia memanfaatkan pengunaaan penghawa dingin sepenuhnya.

ARTIKEL BERKAITAN : Bukan Aircond Je Punca Elektrik Melambung Tinggi, Mesin Penapis Air Juga Sama

Guna ‘Aircond’ Setiap Hari Gara-Gara Cuaca Panas, TNB Kongsi Tip Jimat Elektrik
Cuaca Panas di Malaysia ( Gambar Hiasan)

Malah, bil elektrik juga dijangka naik mendadak berikutan penggunaan alat pendingin hawa yang kerap sepanjang musim cuaca panas ini.

Mengambil kira hal ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) tampil berkongsi beberapa tips kepada pengguna mengenai penggunaan elektrik secara berhemah sepanjang tempoh pe­ningkatan titik panas dan jerebu berikutan cuaca kering ketika ini.

TNB melalui kenyataan memaklumkan, antara langkah penjimatan yang boleh diambil oleh pengguna adalah meminimumkan penggunaan elektrik di ruang tamu, luar rumah, bilik tidur, dapur dan bilik mandi.

1. Mematikan suis peralatan elektrik

Antara amalan penjimatan elektrik yang mudah dilakukan di ruang tamu dan luar rumah adalah mematikan penyaman udara, kipas serta lampu di dalam bilik yang kosong. Selain itu, mematikan suis peralatan elektrik seperti komputer selepas selesai menggunakannya.

Ads

2. Hidupkan kipas

Di bilik tidur, hidupkan kipas bagi membantu pengedaran udara di dalam bilik pada waktu malam dan tetapkan masa untuk pendingin hawa dimatikan bagi menjimatkan penggunaan elektrik selain kerap diselenggara.

3. Elakkan meletak peti sejuk di tempat yang panas

Di bahagian dapur, elakkan meletak petis sejuk di tempat yang panas seperti tempat terdedah kepada pancaran terus cahaya matahari atau berhampiran dengan dapur memasak dan susunkan barang-barang di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya dua pertiga kapasiti ruangan ia untuk membiarkan pengudaraan udara sejuk.

4. Mandi Guna Air Sejuk

Ads

Elakkan juga suis alat pemanas air di dalam bilik mandi terbuka tanpa digunakan. Selain itu, mandi air sejuk tanpa menggunakan pemanas air bagi membantu badan terasa lebih segar. Saranan TNB tersebut merujuk kepada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di beberapa kawasan dengan cuaca berkenaan boleh mencecah di antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

5. Guna Meter Pintar

Tambahnya, pengguna digalakkan untuk memanfaatkan perkhidmatan meter pintar sekiranya sudah siap dipasang atau melalui portal dan aplikasi myTNB bagi memantau penggunaan elektrik secara langsung.

Jadi, selepas ini cuba amalkan tip-tip yang telah diberikan oleh TNB ini dan sekiranya korang ingin mengetahui maklumat lanjut tentang penggunaan elektrik dengan berjimat cermat boleh layari portal TNB di www.mytnb.com.my.

Ads

Stay home, stay safe!

BACA LAGI : Cuaca Panas & Kering Bakal Landa Malaysia, Be Safe Guys

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI