
Isi Kandungan
ToggleMasalah rambut gugur merupakan satu kebimbangan bukan hanya pada kaum wanita, malah lelaki juga turut berhadapan dengan situasi ini.
Setiap individu mempunyai cara dan produk yang berbeza untuk kesesuaian kulit kepala mereka. Ada juga yang hanya menggunakan bahan alami untuk merawat masalah ini.
Bahan-bahan alami yang ada disekeliling kita sebenarnya banyak kegunaannya. Selain daripada mudah dicari, ia juga tidak memerlukan kos yang tinggi untuk rawatan rambut gugur.
Berikut antara petua tradisional yang boleh dicuba untuk mendapatkan rambut sihat dan mengurangkan masalah keguguran.
1. Minyak kelapa

Bahan ini dapat memberi nutrisi kepada rambut dari dalam sehingga mampu membuatkan rambut berkilat dan lebih sihat. Untuk mengatasi masalah rambut gugur, lumur minyak kelapa ke rambut hingga ke kulit kepala. Urut kulit kepala selama beberapa minit dan bilas.
2. Minyak zaitun

Campurkan dua sudu minyak zaitun dan minyak kelapa, sapu pada kulit kepala sebelum tidur. Urut kepala selama 10 minit secara perlahan dan tutup rambut dengan topi mandi hingga pagi sebelum mencucinya menggunakan syampu.
3. Avokado

Lumatkan isi buah avokado bersama pisang. Sapu campuran ini ke kulit kepala dan urut supaya rata. Biarkan ia mengering selama setengah jam. Bilas dengan syampu.
4. Daun inai

Kisar atau tumbuk lumat daun inai dan campurkan dengan sedikit air bagi menjadi pes. Ratakan di seluruh kulit kepala dan tutup dengan topi mandi selama tiga jam. Kemudian, bilas dengan air bersih dan gunakan perapi. Ulang cara ini dua kali seminggu untuk mengalakkan pertumbuhan rambut yang lebih aktif.
Bagi korang yang mempunyai masalah rambut gugur, boleh cuba amalkan petua alami yang telah dikongsikan ini. Mana tahu serasi dengan kulit kepala korang. Selamat mencuba!
Sumber: (1)
Lelaki Ini Kongsi Panduan Pilih Losyen & Pelembap Mengikut Jenis Kulit

Isi Kandungan
ToggleKami pasti ramai yang masih keliru untuk memilih losyen dan pelembap yang sesuai untuk kulit. Bagi mengelakkan pembaziran berlaku akibat salah menggunakan produk yang secocok dengan kulit, berikut kami kongsikan panduan untuk memilih losyen dan pelembap mengikut jenis kulit.
Namun begitu, perkongsian yang telah dibuat oleh Herry Rozular ini adalah khusus bagi produk berjenama Hado Labo.
Jadi, jika korang gemar menggunakan jenama skincare ini, kami pasti perkongsian ini sangat membantu.
1. Hydrating Lotion (Light)
• Range hydrating
• Untuk skin normal/combination/oily
• Digabungkan dengan 4 jenis hyaluronic acid untuk hidrat kulit, memastikan kulit jadi lembap dan membuatkan kulit bersedia untuk menyerap bahan kandungan dalam produk
• Bagus untuk buat 7 skin menthod kerana tidak mengandungi alkohol
2. Hydrating Lotion
• Range hydrating
• Untuk jenis kulit normal/kering
• Tekstur agak melekit, tidak sesuai untuk kulit berminyak
• Digabungkan dengan 4 jenis hyaluronic acid untuk menghidrat kulit, memastikan kulit jadi lembap dan membuatkan kulit bersedia untuk menyerap bahan kandungan dalam produk
• Bagus untuk buat 7 skin menthod kerana tidak mengandungi alkohol
• Hyaluronic acid bersaiz besar akan membina lapisan lembapan pada kulit bagi, jadi ia memang sesuai untuk kulit kering
3. Premium Hydrating Lotion
• Range hydrating
• Lebih sesuai untuk kulit normal/kering
• Dengan 5 jenis hyaluronic acid. Dalam jenis produk hydrating ini, kiranya ini yang paling terbaik. Salah satu kandungan yang ada adalah absorbent hyaluronic acid dimana akalau sudah memasuki kulit, tidak kira sama ada berpeluh atau basuh sekali pun, ia tetap akan masuk dke dalam kulit
4. Whitening Lotion (Rich)
• Range whitening
• Untuk kulit normal/kering
• Gabungan 3 jenis hyraluronic acid dengan bahan pencerah kulit natural untuk mencerahkan kulit dan melembabkan
• Membantu baik pulih skin dehydrated
5. Whitening Lotion (Light)
• Range whitening
• Untuk kulit normal/kombinasi/berminyak
• Gabungan 3 jenis hyaluronic acid dengan bahan pencerah kulit natural untuk mencerah dan melembab kulit
• Menolong baikpulih skin dehydrated
6. Premium Whitening Lotion (Rich)
• Range whitening
• Untuk kulit normal/kering
• Dengan kandungan tranexamic acid untuk lawan dark spot dan menyeimbangkan tona kulit serta mengembalikan skin radiance
• Nano hyaluronic acid dan hyaluronic lembapan hilang
• Dengan vitamin C dan E
7. Premium Whitening Lotion (Light)
• Range whitening
• Untuk kulit normal/kombinasi/berminyak
• Dengan tranexamic acid serta mengembalikan skin radiance
• Nano hyaluronic acid dan hyaluronic acid untuk melembapkan kulit dan menghalang lembapan hilang
• Dengan vitan C dan E
8. Lifting + Firming Lotion (Rich)
• Range firming
• Untuk kulit normal/kering
• Mengandungi kolagen untuk anjalkan kulit
• Mengandungi 4 jenis hyaluronic acid untuk menghidratkan kulit
• Mengandungi anti-oxidant bagi melawan radikal bebas
• Elasglow dan fermented soymilk untuk merangsang kolagen serta elastin kulit, hasilnya akan menjadikan kulit lebih anjal dan mencegah kedutan
9. Mild Peeling Lotion
• Range AHA dan BHA
• Untuk kulit normal hingga kombinasi
• Mengandungi gluconic acid untuk membuang sel kulit mati bagi menjadikan kulit lebih halus dan lembut
• Membantu menghalang pori-pori daripada tersumbast
• Membantu menghilangkan garis halus
10. Blemish & Oil Control Lotion
• Range blemish
• Untuk kulit berminyak dan berjerawat
• Mengandungi hatomugi, bishop’s weed dan chamomile flower extracts untuk melawan jerawat, kemerahan dan menenangkan iritasi kulit
• Mengandungi hyaluronic acid untuk mengunci, menyimpan dan mengekalkan lembapan agar kulit lembut dan licin
11. Hydrating cream
• Mengandungi tiga jenis hyaluronic acid untuk meresap ke dalam kulit bagi memulihkan kulit dan menghalang daripada kelembapan hilang. Sesuai untuk kulit normal atau kombinasi
12. Hydrating Light Cream
• Bertekstur ringan dengan 4 jenis hyaluronic acid untuk mengunci kelembapan dalam kulit. Turut mengandungi ekstrak aloe vera dan natural botanical extract untuk menyuburkan kulit
13. Hydrating Water Gel
• Sangat sesuai untuk kulit kombinasi dan berminyak yang ingin hidratkan kulit. Tekstur yang lightweight dan mengandungi ceramide yang bagus untuk membaiki kelembapan kulit
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk korang!
Sumber: Herry Rozular
Rambut Mullet Tengku Hassanal Jadi Bualan Netizen – ‘Mullet Era Is Backkk..’

Isi Kandungan
ToggleTengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Raja Muda Pahang yang sering mencuri perhatian ramai bukan sahaja kerana keperibadiannya yang mesra rakyat, tetapi juga kerana gaya hidup dan penampilannya yang menawan.
ARTIKEL BERKAITAN : “Jangan Putus Asa Mencuba, Ini Permulaan Untuk Semua”- Pesan Tengku Hassanal Kepada Lepasan SPM
Tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok milik @hudahpr yang meraih perhatian ramai. Video tersebut kini meraih jumlah tontonan sebanyak 385 ribu, tanda suka sebanyak 20 ribu, dan sebanyak 237 komen.

Di dalam video tersebut, kelihatan Tengku Hassanal yang sedang beramah mesra dengan rakyat jelata. Namun, apa yang menarik perhatian adalah gaya potongan rambut Tengku Hassanal yang membuatkan ramai jatuh hati melihatnya.
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Tengku Hassanal kelihatan bertambah kacak apabila membuat rambut sebegitu. Gaya rambut mullet yang digayakan Tengku Hasanal ini pernah popular pada era 80-an dan 90-an dulu kini kembali mencuri perhatian ramai.
Fakta Menarik Tentang Gaya Rambut Mullet

Gaya rambut ini dikenali dengan potongan yang pendek di bahagian depan dan sisi, tetapi panjang di bahagian belakang. Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang gaya rambut mullet:
- Asal Usul Nama “Mullet” Nama “mullet” dipercayai berasal dari lagu “Mullet Head” oleh Beastie Boys yang dikeluarkan pada tahun 1994. Dalam lagu tersebut, mereka menggambarkan gaya rambut ini dengan terperinci dan mempopularkan istilah “mullet” untuk gaya tersebut.
- Gaya Rambut Simbol Pemberontakan Pada era 80-an dan 90-an, gaya rambut mullet sering dikaitkan dengan golongan muda yang ingin memberontak terhadap norma-norma sosial. Gaya ini melambangkan kebebasan dan individualisme.
- Popular di Kalangan Pemuzik dan Atlet Banyak pemuzik rock dan atlet terkenal memilih gaya rambut mullet sebagai identiti mereka. Antara yang paling terkenal ialah Billy Ray Cyrus, penyanyi country yang popular dengan lagu “Achy Breaky Heart”, serta pemain hoki seperti Jaromir Jagr.
- Kembali Popular dalam Budaya Pop Gaya rambut mullet mengalami kebangkitan semula dalam budaya pop moden. Selebriti dan ikon fesyen masa kini mula menggayakan rambut mullet, menjadikannya kembali popular dan relevan. Tengku Hassanal, Raja Muda Pahang, adalah salah satu contoh terkini yang mencetuskan fenomena ini di Malaysia.
Rambut ‘Mullet’ Tengku Hassanal Jadi Bualan, Fakta Menarik Style Ini
- Pelbagai Variasi Mullet Terdapat pelbagai variasi gaya rambut mullet, termasuk “fashion mullet” yang lebih terkini dan moden. Potongan ini mungkin lebih pendek atau lebih panjang, dan boleh disesuaikan dengan tekstur dan panjang rambut individu.
- Gaya Rambut yang Praktikal Gaya rambut mullet dianggap praktikal kerana membolehkan individu mengekalkan panjang rambut di bahagian belakang sambil menjaga penampilan yang kemas dan rapi di bahagian depan. Ini menjadikannya sesuai untuk mereka yang menginginkan gaya rambut yang unik tetapi masih mudah dijaga.
- Simbol Identiti Kebudayaan Dalam sesetengah kebudayaan, gaya rambut mullet dianggap sebagai simbol identiti dan warisan. Sebagai contoh, di Australia, gaya rambut ini dikenali sebagai “bogan style” dan dikaitkan dengan budaya tempatan tertentu.
Gaya rambut mullet bukan sekadar potongan rambut, tetapi juga merupakan simbol budaya, individualisme, dan pemberontakan. Dengan variasi yang lebih moden dan kontemporari, gaya rambut mullet terus relevan dan diminati oleh pelbagai golongan, termasuk pemimpin muda seperti Tengku Hassanal.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Faktor Hormon Galak Jerawat Badan, Atasi Masalah Ini Dengan 14 Cara Mudah

Isi Kandungan
ToggleMasalah jerawat bukan saja hanya di bahagian wajah, malah ia juga boleh muncul di anggota badan seperti dada dan bahagian belakang badan.
Ternyata kewujudan jerawat jenis ini lebih memalukan daripada tumbuh di muka. Ia akan memberi kesan dan mengganggu penampilan anda. Nak tak nak, masalah jerawat di badan ini harus diatasi segera.
Banyak sebab kenapa jerawat tumbuh di belakang badan. Majoriti gadis memiliki jerawat di bahagian belakang badan daripada usia belasan tahun dan awal 20 ‘an.
Faktor hormon untuk gadis dalam lingkungan umur subur menjadi punca utama. Selain itu, faktor keturunan seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan. Jangan ingat masalah ini akan selesai dengan sendirinya tanpa tindakan bijak yang perlu dilakukan oleh kita sendiri.
Jadi, jom amalkan 14 cara ini untuk menghilangkan jerawat di badan dengan cara yang paling mudah.
1. Banyakkan minum air

Salah satu faktor yang menyebabkan jerawat muncul adalah kerana kekurangan air atau cairan untuk kulit. Dengan mengambil minuman air putih yang konsisten akan membuatkan darah menjadi bersih dan kotoran dalam darah akan terbuang dan disingkirkan.
2. Rajin mandi
Debu dan kotoran yang lekat pada kulit akan membuatkan liang pori tersumbat lalu mengakibatkan jerawat. Oleh itu, rajinkan diri mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi mengekal kebersihan dan kesegaran kulit.
3. Jangan gosok kuat-kuat
Sewaktu mandi, cuba elakkan diri daripada menggosok terlalu kuat dan kerap menggunakan sabun antiseptik kerana bimbang ia akan mengakibatkan kulit keradangan dan lebih mudah berjerawat.
4. Ubat-ubatan
Gunakan ubat-ubat yang disyorkan oleh doktor pakar, jangan beli ubat sembarangan takut masalah akan bertambah buruk. Elakkan penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 kerana ia menggalakkan penumbuhan jerawat.
5. Jangan malas ganti baju
Setelah melakukan aktiviti luar rumah sepanjang hari, gantikan pakaian kamu. Penggunaan kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
6. Bagi ruang pernafasan pada baju
Elakkan menggunakan pakaian yang berlapis-lapis agar bahagian dada dan badan tidak tertutup rapat.
7. Pakaian serap peluh
Elakkan dari pakaian yang tidak menyerap peluh.
8. Jaga pemakanan
Amalkan gaya pemakanan yang sihat. Elakkan makanan berminyak dan tidak berkhasiat untuk tubuh.
9. Ruang peribadi
Sentiasa tukar tuala dan cadar tempat tidur. Jangan biarkan bilik berhabuk. Pastikan semua alatan peribadi dalam keadaan bersih.
10. Air sirih
Sirih mengandungi antiseptik yang semula jadi dapat membantu menyembuhkan infeksi pada kulit serta mengurangkan masalah jerawat. Oleh itu, cuba mandi dengan rebusan air sirih sekurang-kurangnya sehari sekali.
11. Kulit kayu manis
Cara mengaplikasikannya senang saja, hiris kayu manis sehingga halus kemudian campurkan sedikit air perahan limau. Kemudian usap kan terus di bahagian yang bermasalah lalu biarkan ia selama 30 minit. Akhir sekali bilas bahagian berlumuran dengan air bersih.
12. Kawal emosi dan stres
Sesetengah dari jerawat timbul daripada ketegangan dan stres emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin daripada penghasilan minyak dan sebum di kulit yang bertambah.
13. Jangan tidur dalam keadaan berpeluh
Masalah jerawat di belakang badan juga sering kali dikaitkan dengan faktor peluh (tidur ketika badan berpeluh). Maka, jangan jadikan bilik anda panas seperti sauna ye
14. Elakkan berpanas
Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas tidak elok untuk kulit kamu. Pasti kan anda menghindari cuaca ekstrem ini, terutamanya pada waktu tengah hari.