Guna Bahan Alami Rawat Masalah Rambut Gugur, Mudah & Jimat Kos

Share

Masalah rambut gugur merupakan satu kebimbangan bukan hanya pada kaum wanita, malah lelaki juga turut berhadapan dengan situasi ini.

Setiap individu mempunyai cara dan produk yang berbeza untuk kesesuaian kulit kepala mereka. Ada juga yang hanya menggunakan bahan alami untuk merawat masalah ini.

Bahan-bahan alami yang ada disekeliling kita sebenarnya banyak kegunaannya. Selain daripada mudah dicari, ia juga tidak memerlukan kos yang tinggi untuk rawatan rambut gugur.

Berikut antara petua tradisional yang boleh dicuba untuk mendapatkan rambut sihat dan mengurangkan masalah keguguran.

1. Minyak kelapa

Foto: Tijana Drndarski

Bahan ini dapat memberi nutrisi kepada rambut dari dalam sehingga mampu membuatkan rambut berkilat dan lebih sihat. Untuk mengatasi masalah rambut gugur, lumur minyak kelapa ke rambut hingga ke kulit kepala. Urut kulit kepala selama beberapa minit dan bilas.

2. Minyak zaitun

Foto: Roberta Sorge

Campurkan dua sudu minyak zaitun dan minyak kelapa, sapu pada kulit kepala sebelum tidur. Urut kepala selama 10 minit secara perlahan dan tutup rambut dengan topi mandi hingga pagi sebelum mencucinya menggunakan syampu.

3. Avokado

Foto: Annemarie Grudën

Lumatkan isi buah avokado bersama pisang. Sapu campuran ini ke kulit kepala dan urut supaya rata. Biarkan ia mengering selama setengah jam. Bilas dengan syampu.

4. Daun inai

Foto: SP Models

Kisar atau tumbuk lumat daun inai dan campurkan dengan sedikit air bagi menjadi pes. Ratakan di seluruh kulit kepala dan tutup dengan topi mandi selama tiga jam. Kemudian, bilas dengan air bersih dan gunakan perapi. Ulang cara ini dua kali seminggu untuk mengalakkan pertumbuhan rambut yang lebih aktif.

Bagi korang yang mempunyai masalah rambut gugur, boleh cuba amalkan petua alami yang telah dikongsikan ini. Mana tahu serasi dengan kulit kepala korang. Selamat mencuba!

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman