Vietnamese rolls menjadi antara makanan kegemaran ramai kerana rasanya yang enak dan sesuai untuk dijadikan sebagai makanan ‘diet’ bagi mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan.
Mungkin korang dah tahu jika Vietnamese rolls ini dijual di pasaran, harganya agak mahal juga. Sebenarya kalau nak buat sendiri pun boleh sahaja kerana bahan yang digunakan tidak banyak dan mudah dicari. Cuma mungkin korang terfikir untuk menyediakan sos pencicahnya agak renyah.
Nah, tak perlu risau kerana kami akan berkongsikan satu resepi mudah untuk menyediakan Vietnamese rolls yang korang boleh buat sendiri di rumah.
Jom kita cuba resipi yang telah dikongsikan oleh Syahr Musafir ini.
– Udang
– Crab stick
– Timun
– Lobak merah
– Suhun
– Rice paper
– Sos cili Thai
– Limau nipis
– Daun ketumbar
– Gula
– Garam
1. Cucukkan udang dan crab stick pada lidi sate supaya bila direbus nanti akan kekal terbentuk cantik
2. Rebus udang dan crab stick tersebut, jangan lama-lama nanti overcooked tak sedap
3. Rendamkan suhu dengan air panas. Kemudian, toskan dan bilas dengan air sejuk. Selepas itu toskan semula
4. Hiriskan timun dan lobak merah
5. Basahkan rice paper dengan air, sekali lalu sahaja dan terus letak ke pinggan sedia untuk digulung
6. Letakkan suhun terlebih dahulu, kemudian udang dan crab stick, seterusnya timun serta lobak merah. Selepas itu, gulungkan dengan kemas
Guna sos cili Thai, perahan limau nipis dan daun ketumbar sebagai bahan asas. Kacau dengan sedikit air bersama gula dan garam secukup rasa. Rasanya sama sahaja seperti yang dijual.
Senang sahaja kan?
Bolehlah cuba sendiri di rumah. Kami pasti kosnya juga jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan harga yang dijual di luar sana.
Selamat mencuba!
Sumber: (1)