Guna Kunci Je, Pengguna TikTok Ajar Lindungi Diri Cara Paling Mudah

Share

Malang tidak berbau, kaum wanita sering dijadikan subjek mangsa gangguan seksual. Paling penting sekali, seni mempertahankan diri ini diajar untuk mempersiapkan kaum wanita supaya diberi perlindungan dan menjaga keselamatan. Bukan untuk ambil kesempatan terhadap orang lain, tapi bagi manfaat kepada diri sendiri.

Menjadi seorang wanita bukanlah mudah seperti yang disangka. Kemana sahaja anda pergi, amat penting untuk kita utamakan keselamatan dan sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling. Ekoran banyak kes melibatkan gangguan seksual dalam kalangan wanita, penting untuk wanita sekalian melakukan sedikit ‘persediaan’ tidak kira dalam bentuk pertahanan diri seperti taekwando atau korang gunakan apa sahaja disekeliling sebagai alat pertahan diri boleh juga guna kunci kereta atau kunci rumah korang tu!

Macam mana? Jangan risau, menurut laporan dari Bored Panda, pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Fae ini berkongsi bagaimana nak gunakan kunci sebagai pelindung diri.

Fae menyatakan teknik menggunakan kunci bagi melindungi diri ini dinamakan sebagai teknik hammer, kaedah menukul ini boleh membantu melepaskan diri dalam situasi getir jika digunakan dengan betul.

 

@faesfxStay safe ##fyp ##saraheverard ##reclaimthesestreets♬ original sound – Hevs

Tip Pegang Kunci Dengan Betul

Cara memegang kunci hendaklah betul barulah kamu dapat melepaskan diri dari penyerang tersebut.

Selain itu, ukuran panjang atau pendek kunci tidak menjadi masalah semasa mempertahankan diri jika kamu memegang kunci dengan betul.

Demonstrasi Penting Bagi Mempertahankan Diri

Biasanya penyerang akan menyerang mangsa dari belakang dengan memeluk tengkuk dan bahu, semasa dalam pergelutan itu cuba capai kunci dari beg atau poket kamu dan cuba menikam penyerang seperti yang didemonstrasi.

Dengan menggenggam kunci dengan kuat dan kemudian tusuk paha atau bahagian intim penyerang dengan menggunakan kunci (seperti yang ditunjukan dalam gambar dan video Tiktok diatas) kamu dapat melepaskan diri.

 

@faesfxBe mindful of what is legal in your country. Model @charlymarion12 ##reclaimthesestreets ##fyp ##saraheverard♬ original sound – Hevs

Bila korang berhadapan dengan situasi getir, paling penting perlu bertenang dan berfikir dengan pantas bagi mencari sesuatu yang boleh diguna pakai melepaskan diri dari penyerang.

Dan biasanya kunci adalah salah satu item yang selalu berada dalam beg atau poket kamu, oleh itu gunakan kunci dengan menusuk penyerang dengan menggunakan teknik hammer yang dikongsikan oleh Fae ini untuk menyelamatkan diri.

Senang je. Lepas ni kalau ada orang kacau, boleh terus keluarkan kunci!

Published by
Nana