
Isi Kandungan
ToggleJangan dibuang lebihan roti, sebaliknya ubahlah ia menjadi pizza ‘homemade’!
Resipi homemade pizza semudah ABC hanya menggunakan roti sahaja sebagai bahan utama bagi menggantikan doh dan hasilnya memang lebih sedap dari pizza yang biasa kita beli di luar.
Apa paling penting ada niat dan sifat rajin untuk membuatnya bagi menambat hati suami sepanjang ramadan dan PKP. Barulah boleh mengeratkan kasih sayang antara satu sama lain.
Resepi pizza semudah abc. Pakai roti je.
Cara-cara:
– koyak 3 4 keping roti
– susun 3 keping cheddar cheese

– tuang bancuhan telur telur (3biji) + fresh milk (setengah cawan) + mix herbs

– letak inti2 atau segala jenis topping yg ada

– tabur mozarella cheese

– bakar 15 ninit suhu 150
– siap!
Kredit: Azwan Nawawi
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ibarat Adik-Beradik! Romeo Beckham & Ayahnya Segak Ketika Sokong England

Biarpun sudah agak lama meninggalkan padang sebagai seorang pemain bola sepak profesional England, lagenda kontemporari David Beckham masih tidak henti-henti menyokong pasukan negara kelahirannya itu dari belakang.
Setiap kali muncul acara atau kejohanan besar seperti UEFA EURO 2020 yang sedang berlangsung di sekitar benua Eropah, kelibat David di tempat duduk penyokong pasti dapat ‘ditangkap’ oleh peminat bola sepak.
Kali ini, David tidak keseorangan apabila beliau muncul bersama-sama anak terunanya, Romeo Beckham ketika perlawanan ‘Battle of Britain’ di antara England dan Scotland.
Bertempat di Stadium Wembley pada hujung minggu lalu, mereka berdua kelihatan persis abang dan adik apabila masing-masing segak menyarungkan sut biru gelap dan tali leher seiras.
Tambahan pula dengan warna rambut Romeo dalam tona bleached blonde, remaja berusia 18 tahun itu persis ayahnya sewaktu zaman muda.


Mereka berdua juga dilihat lebih selesa berdiri sambil menyaksikan aksi di padang Wembley. Ada ketikanya, jelas dari riak wajah mereka perasaan cemas semasa perlawanan berlangsung; namun masing-masing masih enjoy dengan prestasi kedua-dua buah pasukan biarpun terikat dengan skor 0-0.
ARTIKEL BERKAITAN : Anak Bujang David Beckham Selangkah Lagi Untuk Berkahwin! Ini 5 Fakta Tentang Tunangnya – REMAJA
Untuk pengetahuan, berbanding adik beradik lelakinya seperti Brooklyn, 22 dan Cruz, 16; Romeo lebih selalu tampil di stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak terutamanya yang melibatkan pasukan England.
Terdahulu, duta terbaru jenama YSL itu dilihat memberikan sokongan semasa England menentang Croatia pada 13 Jun dengan menyarungkan jersi pemain kelab England berusia 21 tahun, Phil Foden.
Kini setelah England layak ke pusingan kalah mati 16 pasukan terbaik dan bakal berentap dengan Jerman pada 30 Jun ini, mungkin sekali kita akan melihat kelibat Romeo yang setia memberikan sokongannya.
Selain Putera William & Putera Harry, Individu Ini Juga Merupakan Keturunan Keluarga diRaja Britain.

Keluarga ini antara keluarga diRaja yang masih memiliki negara dan lebih bertuah jika hendak dibandingkan dengan ahli keluarga diRaja negara-negara eropah yang sudah digulingkan. Kalau nak tahu kebanyakan keluarga diRaja Eropah saling berkait antara satu sama lain dengan keluarga diRaja Britain kerana mereka berasal dari susur galur keluarga yang sama.
Putera dan puteri Britain yang popular dalam media kini seperti William, Harry, Beatrice, Zara dan Eugenie. Namun masih ramai lagi lapisan muda yang merupakan pewaris takhta dan mereka hidup damai dalam kalangan masyarakat biasa dan memiliki kerjaya tetap.
Ini senarai enam kerabat diRaja Britain yang muda, kacak dan jelita :-

- Samuel Chatto
Dia merupakan anak sulung kepada Lady Sarah Chatto yang merupakan anak perempuan Princess Margaret, adik Ratu Elizabeth II. Ini menjadikan dia cucu saudara kepada Ratu Elizabeth II. Baru berusia 23 tahun dia merupakan graduan dalam bidang sejarah seni di Universiti Edinburgh. Dia memiliki studio sendiri yang bertempat di West Sussex. Dia berada dalam turutan ke-25 untuk mewarisi takhta sebagai seorang Raja.

- Lady Margarita Amstrong-Jones
Gadis berusia 17 tahun ini merupakan sepupu kepada Samuel Chatto. Dia merupakan anak kepada David-Armstrong-Jones dan cucu kepada Princess Margaret. Dalam turutan mewarisi takhta dia berada di kedudukan ke-23.

- Edward Windsor, Lord Downpatrick
Si kacak ini merupakan cucu kepada bapa saudara Ratu Elizabeth II, Prince George. Jadi ini menjadikan dia sebagai anak sepupu kepada Ratu Elizabeth II. Walaupun berketurunan diRaja dia tidak ada dalam jalur untuk mewarisi takhta kerana telah menukar agama kepada Roman Katolik. Berusia 30 tahun, dia merupakan seorang pereka fesyen dengan jenama yang dikenali sebagai Fidir.

- Flora Ogilvy
Ayah Flora merupakan anak kepada Princess Alexandra yang merupakan sepupu kepada Ratu Elizabeth II. Selepas mengnamatkan pengajian dalam bidang seni di Universiti Bristol, dia memulakan syarikatnya sendiri yang mana mengkhususkan di dalam penhasilan video, editorial dan juga acara.Dia berada dalam kedudukan ke-56 untuk mewarisi takhta.

- Lady Amelia Windsor
Merupakan adik kepada Edward Windsor, dia juga merupakan anak sepupu kepada Ratu Elizabeth. Tidak seperti abangnya dia masih lagi dalam turutan keturunan diRaja kerana masih kekal bersama Church of England. Kini dia berada dalam kedudukan ke-39 untuk mewarisi takhta. Di antaa sepupu-sepupunya dia antara personaliti berprofil tinggi dan pernah berjalan di pentas fesyen Dolce & Gabbana. Merupakan graduan dari Universiti Edinburgh dia fasih berbahasa Itali.

- Cassius Taylor
Merupakan anak lelaki kepada Lady Helen Taylor dan cucu kepada Prince Edward. Datuknya merupakan sepupu kepada Ratu Elizabeth. Berada dalam kedudukan ke-45 untuk mewarisi takhta, jejaka yang berusia 23 tahun ini merupakan bekas pelajar jurusan Pengurusan Seni di University of London. Meminati industri muzik dia banyak berkawan dengan selebriti.
Walaupun mereka ini berada dalam kedudukan untuk mewarisi takhta, namun senarai itu hanyalah sekadar turutan. Kedudukan sebagai Raja ataupun Ratu hanya akan jatuh kepada anak-anak pewaris yang berada dalam kedudukan pertama. Sekarang Putera Charles berada dalam kedudukan pertama diikuti anaknya, Putera William di kedudukan kedua dan juga cucunya, Putera George berada dikedudukan ketiga.
Tutorial Dekorasi Bilik Tidur Gaya Wainscoting Dengan Bajet Bawah RM90

Isi Kandungan
ToggleSiapa yang tidak mahu melihat ruang kediaman mereka didekorasi dengan cantik, tambahan pula kita sekarang lebih banyak menghabiskan masa di rumah berbanding berada di luar.
Memiliki ruang yang selesa dan menarik adalah impian bagi setiap pemilik kediaman kerana ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan tekanan apabila melihat rumah kita cantik dan kemas.
Betul tak?
Selain ruang tamu, bilik tidur juga antara tempat yang menjadi ruang ‘favorite’ keluarga untuk meluangkan masa rehat. Jadi, sudah tentu
Bagi mendapatkan dekorasi gaya mewah tetapi dengan bajet kos yang murah, korang tidak perlu upah pereka hiasan dalaman, sebaliknya boleh cuba untuk melakukan wainscoting secara DIY.

Jom kita ikuti perkongsian daripada Wainscoting DIY yang hanya menggunakan bajet bawah RM90 untuk dekorasi bilik gaya wainscoting.
Langkah 1
Cat dinding kira-kira 60cm dari lantai. Cat yang digunakan adalah Nippon Paint Porcelain Blue
Langkah 2
Sementara tunggu cat kering, potong wainscotting pvc guna pisau. Cadangan ukuran, lebar 40cm x 80cm panjang x 4 kotak
Jangan lupa potong serong setiap bucu wainscoting guna pembaris segi tiga 45 darjah
Langkah 3
Selepas cat kering, sapukan gam Dunlop pada wainscoting dan biarkan dalam 4 ke 5 minit
Langkah 4
Lekatkan wainscoting pvc ikut garisan kotak yang terlebih dilukis sebagai panduan
Langkah 5
Sambung lekatkan bahagian yang panjang
Langkah 6
Teruskan lekat sehingga habis. Untuk hasil yang lebih elok, guna pembaris atau kayu semasa lekatkan wainscoting pvc agar lebih lurus dan cantik
Siap! Mudah sahaja kan? Selamat mencuba!
Sumber: (1)