Guna Taktik Beri Insentif Dan Biasiswa, Guru ‘Ratah’ 13 Pelajar, Sampai Melahirkan Anak

Share

Di sebalik “kepercayaan” yang diletakkan, seorang guru tergamak mengambil kesempatan keatas berbelas pelajar atas nama nafsu.

Hal ini berlaku di negara jiran kita Indonesia, seorang guru di Bandung dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah merogol 13 pelajar yayasan sekolah pondok sehingga mencetuskan kemarahan rakyat di seluruh negara selain mendapat perhatian Presiden Joko Widodo.

Foto Via Sinar Harian

ARTIKEL BERKAITAN : 2 Guru Lelaki Nekad Pakai Skirt Sebagai Tanda Solidariti Terhadap Pelajar Dibuli

Memetik dari laporan BBC, kesemua mangsa adalah remaja bawah umur antara 11 hingga 16 tahun dan terdiri daripada keluarga miskin. Malah, 8 orang mangsa rogolnya telah melahirkan anak manakala dua lagi sedang hamil.

Modus operandi guru tersebut ialah dengan menawarkan pelbagai insentif dan biasiswa kepada pelajar dari kalangan penduduk setempat yang miskin. Berdasarkan laporan BBC, perbuatan terkutuk guru berkenaan terbongkar pada Mei tahun lalu apabila ibu bapa daripada salah seorang mangsanya menyedari anak mereka mengandung.

Sebelum ini pihak pendakwa raya mendesak mahkamah supaya mengena hukuman mati terhadap pesalah. Serta meminta untuk pesalah membayar denda sebanyak RM146,000 dan wajib membayar ganti kepada mangsa berjumlah RM87 ribu seorang.

Bagaimanapun, lelaki tersebut meminta kelonggaran daripada hakim dan akui sebagai seorang bapa dia seharusnya menjaga dan membesarkan anaknya. Lelaki ini mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak.

Justeru, Mahkamah Daerah Bandung memutuskan lelaki berusia 36 tahun itu dipenjara seumur hidup. Mahkamah juga menolak permohonan pendakwa raya untuk tertuduh dikembiri secara kimia.

Mahkamah juga dimaklumkan kesemua pelajar sekolah tersebut tidak dibenarkan menghubungi keluarga mereka apabila telefon bimbit dirampas selain hanya dibenarkan pulang ke kampung setahun sekali sahaja.

Kes ini mendapat perhatian yang meluas dan kebanyakan orang menzahirkan rasa marah dan kecewa dengan perbuatan guru terbabit. Malah, tak kurang yang menggesa kerajaan untuk melaksanakan undang-undang yang lebih tegas terhadap pesalah seksual tujuan melindung kanak-kanak perempuan dan kaum wanita.

Semoga Allah melindungi diri kita dan keturunan kita dari asbab menjerumus kepada perkara jahat sebegini.

BACA LAGI : Main Kutu Cara Selamat, Guna Akaun Bank Sendiri Tolak Duit Setiap Bulan

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana