Kes kehilangan seorang remaja dari Ireland, Nora Anne Quorin,15 tahun yang masih belum ditemui sejak hari kehilangannya dari Resort The Dusun Jalan Pantai sejak dua hari lalu terus menjadi tanda-tanya dan misteri dalam kalangan penduduk setempat.
Memetik laporan Bernama hari ini, pelbagai persoalan membelenggu dan ramai yang hairan dengan kemampuan remaja berusia 15 tahun itu yang juga anak istimewa untuk berada jauh daripada resort itu selain menyifatkan ia adalah pertama kali berlaku di kawasan resort berkenaan.
“Kes orang hilang di resort ini adalah kali pertama kerana sebelum ini kalau dengar pendaki Gunung Berembun hilang, ia kes biasa. Sepatutnya kalau dia anak istimewa, tak jauh dia boleh pergi,” kata Tok Batin Kampung Kolam Air Pantai Ali Ngongor, 56, kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau yang turut menyertai operasi mencari remaja itu berkata adalah mustahil mangsa mampu mendaki hutan yang tebal di situ dalam keadaan dirinya yang sebegitu, apatah lagi bertahan dalam tempoh yang agak lama.
“Tetapi tak mustahil juga ada unsur mistik. Resort ini memang tak ada pemantau, semuanya atas risiko sendiri,” katanya.
Remaja berusia 15 tahun, Nora Anne dilaporkan hilang ketika bercuti bersama ahli keluarganya di kawasan Resort The Dusun di Gunung BerembunGunung Berembun yang terletak di Jalan Pantai, Jelebu dengan ketinggian 1014 meter menjanjikan pemandangan indah buat mereka yang gemar hiking
Tertarik dengan laporan ini, REMAJA ONLINE menghubungi penduduk asal kampung Pantai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Gunung Berembun yang kebetulan tidak jauh dari kawasan tempat tinggalnya sejak lebih 45 tahun lalu.
Enggan dikenali namun seperti dikongsikannya, kawasan perkelahan yang popular bagi penduduk setempat dan orang luar itu kerana airnya yang sangat jernih dan sejuk selain boleh melakukan pendakian di kawasan pergunungan itu, dirinya menjelaskan dari kecil ayahnya selalu bercerita kawasan Gunung Berembun merupakan penempatan bunian sejak dahulu lagi. Ia sebuah perkampungan yang agak besar kerana ada penduduk pernah terserempak dengan lelaki berjubah putih ketika mandi manda di kawasan ini.
“Kalau nak kata ada orang hilang ketika mendaki Gunung Berembun memang betullah. Selalu dengar cerita begini malah sejak saya remaja lagi. Sebaiknya kena berhati-hati dalam percakapan. Memang ada yang sesat dan dijumpai kembali tapi ada juga mangsa yang dijumpai dalam keadaan sudah tidak bernyawa lagi.
Ads
“Ikut rezeki ketika operasi mencari itu. Biasanya kalau hilang lebih dari tempoh 5-6 hari selepas hilang bergantung pada rezeki. Ada yang meninggal dan ada yang selamat tapi biasanya keadaan ketika dijumpai agak teruk.
“Malah di kawasan air terjun di situ juga ada berlaku kematian akibat lemas. Kalau berdasarkan cerita dari orang tua, nak masuk ke situ mulut kena jaga, tak boleh bebas lepas cakap,” katanya yang sudah berkali-kali mendaki di kawasan Gunung Berembun yang mempunyai ketinggian 1014 meter itu bersama ahli keluarganya malah kerap juga mandi mandi di kawasan air terjun tersebut. Bagi pendaki yang pernah mendaki, tentu akan terjumpa bangkai kapal terbang lama semasa Perang Dunia Ke 2 yang masih tersadai di kawasan lokasi popular ini.
Airnya yang jernih dan sejuk menjadi pilihan untuk mandi mandaDi lokasi ini juga bangkai kapal terbang semasa Perang Dunia ke 2 masih ada. Gambar dari sumber internet
Dalam pada itu, tambahnya, ramai orang luar tak tahu sejarah kawasan ini. Ikutkan mana-mana lokasi bahaya tapi kita kenalah sentiasa berhati-hati bila masuk ke kawasan orang,” katanya ketika dihubungi.
Dalam beberapa hari ini, berita kehilangan Nora Anne mendapat liputan media antarabangsa termasuk BBC yang melaporkan misteri kehilangannya.
Operasi mencari remaja hilang ini sudah ditambah kepada 168 anggota dan usaha-usaha sedang giat dijalankan
Ads
The Dusun yang terletak 16km dari bandar Seremban adalah resort alam semula jadi persendirian yang bermula dengan sebuah dusun durian sebelum ditanam dengan pelbagai jenis pokok dan dibangunkan sebagai resort dan dibuka kepada orang ramai pada 2009 bermula dengan dua chalet.
Mohd Syawaluddin Mohd Zin yang bekerja dengan agensi media antarabangsa berkata berita kehilangan Nora Anne menarik minat masyarakat luar untuk mengetahui perkembangannya.
“Apatah lagi dia merupakan anak istimewa,” katanya ringkas dan memaklumkan dia perlu berulang alik dari Kuala Lumpur ke sini untuk membuat liputan.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Asisten Komisioner Che Zakaria Othman ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian berkata setakat ini kekuatan anggota mencari dan menyelamat remaja itu telah meningkat kepada 168 berbanding 159 anggota, pagi tadi.
Ads
“Satu unit Senoi Praak turut telah digerakkan dalam SAR ini dan setakat ini belum ada sebarang petunjuk dan tiada sebarang unsur jenayah,” katanya sambil menambah bahawa kawasan pencarian kini diperluaskan meliputi 12km dari resort berkenaan.
Senoi Praaq adalah unit yang unik dalam PDRM dan pemilihan anggota diambil 100 peratus daripada suku kaum Orang Asli dan digelar sebagai Malaysia’s Killer Elite kerana mahir dan berpengalaman dalam selok belok perperangan di hutan.
Unit elite Senoi Praq sering kali digerakkan dalam kawasan yang memerlukan kepakaran bagi mengesan jejak selain berbagai operasi lain.
Tinjauan Bernama juga turut mendapati terdapat beberapa pelancong asing turut membantu mencari remaja berkenaan di kawasan sekitar selain pemantauan daripada udara turut dilakukan PDRM.
Semalam, media melaporkan remaja berkenaan disedari hilang daripada bilik penginapannya di sebuah resort di sini oleh keluarganya pada 8 pagi.
Keluarga mangsa juga memaklumkan bahawa remaja perempuan itu mengalami masalah pembelajaran. – Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Belum habis pandemik Covid-19 di seluruh dunia, kini satu lagi malapetaka melanda bumi Pakistan. Jika di Malaysia, di awal tahun, kita berada dalam ‘musim panas’ sehinggakan pada waktu malam ketika tidur pun kita berasa tidak selesa dengan cuaca yang agak bahang.
Sumber Gambar : REUTERS/Akhtar Soomro – RTX1HPUL
Tapi cuba korang bayangkan jika suhu cuaca melampau sehingga 50 darjah celcius?
Hal ini yang sedang berlaku di Pakistan, apabila suhu udara saat ini dikatakan lebih dari suhu terpanas pada tahun 2015 iaitu ketika dua gelombang panas di India (30 darjah celcius) dan Pakistan.
Disebabkan itu, lebih 4,000 orang dilaporkan mati kerana panas yang ekstrem, lapor The Sun.
Manakala, menurut laporan Kompas.com, Bandar Jacobabad, Sindh di Pakistan merupakan kawasan yang terpanas di dunia.
Suhunya bukan sahaja terpanas di dunia namun berbahaya untuk kerana telah mencecah 52 darjah celcius.
“Ketika cuaca menjadi sangat panas, Anda berasa tak mampu lagi berdiri dengan kaki sendiri,” kata seorang penduduk.
“Ketika suhu mencecah 50 darjah celcius, penduduk tak berani nak keluar kerana terlalu panas,” kata seorang peniaga, Abdul Baqi.
Sebentar tadi, penulis cuba lihat cuaca terkini di Pakistan di Google masih tinggi iaitu 40 darjah celcius. Apapun, mari la kita berdoa agar saudara kita di Pakistan dilindungi dari cuaca panas ini.
Jika sebelum ini, pasar raya Tesco meninggalkan Malaysia, terkini pengendali rangkaian pasar raya besar Giant, Dairy Farm International Ltd (DFI) Hong Kong mengumumkan akan menghentikan operasi perniagaan runcitnya di Malaysia.
Untuk info, jenama pasar raya besar seperti Giant, Giant Mini dan Mercato dikendalikan oleh DFI di bawah GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd.
Memetik laporan The Edge, ia dipercayai telah dijual pada harga “sekurang-kurangnya beberapa bilion ringgit” kepada sekumpulan rakyat Malaysia yang diketuai oleh Datuk Andrew Lim Tatt Keong, pengerusi eksekutif kumpulan KL Sogo dan beliau juga menganggotai lembaga pengarah Gama Supermarket & Departmental Store Sdn Bhd yang berpangkalan di Pulau Pinang.
GCH Retail di Malaysia adalah 70% dimiliki oleh DFI dan 30% oleh Syarikat Pesaka Antah Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan royalti Negeri Sembilan. Difahamkan bahawa satu pengumuman akan dibuat oleh syarikat kepada pekerjanya petang ini.
The Edge turut melaporkan bahawa syarikat itu telah berjaya mencatat keuntungan bersih sebanyak RM12.23 juta pada 2020 setelah mengalami sedikit kekacauan bermula tahun 2013. Bagaimanapun, syarikat kembali mencatatkan rekod merosot pada 2021 dengan kerugian bersih sebanyak RM106.17 juta, dengan hasil RM2.38 bilion. Ia mempunyai jumlah liabiliti RM2.71 bilion dan jumlah aset RM1.23 bilion.
Giant Malaysia Kini Milik Syarikat Tempatan
Sebelum ini, DFI Group (DFI) mengumumkan telah memeterai perjanjian dengan syarikat tempatan terkemuka, diketuai oleh ahli perniagaan dan usahawan tempatan, Datuk Andrew Lim, untuk memperoleh kesemua perniagaan makanan DFI di Malaysia, termasuk jenama ikonik Giant. Peralihan itu dijangka selesai awal Mac 2023. Katanya, Andrew mempunyai rekod prestasi yang luas dan dikenali dengan kejayaannya dalam kepimpinan runcit serta dikreditkan dengan sumbangan…
Korang jangan risau, pengendali dia je pulang. Pasar Raya Giant masih ada di Malaysia…hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular di media sosial tentang sebuah dokumentari yang disiarkan di saluran Netflix tentang kisah benar yang berlaku di Amerika Syarikat dengan kejadian menyayat hati berlaku kepada seorang wanita dan anak-anaknya.
American Murder: The Family Next Door mengisahkan tentang seorang isteri, Shannan Watts yang sedang mengandung dan kedua-dua anak meraka yang berusia 4 dan 3 tahun mati dibunuh ditangan suami sendiri gara-gara si suami (Chris Watts) mempunyai hubungan sulit bersama perempuan lain.
Chris Watts dikenali sebagai seorang suami dan ayah yang penyanyang namun pada satu hari, dia mengatakan yang keluarganya hilang dan kisah kehilangan mereka ini viral di Amerika Syarikat. Kemudian, Chris mengatakan isterinya membunuh anak-anak mereka dan dia seara tidak sengaja mencekik isterinya sehingga mati.
Namun begitu pada akhirnya kisah sebenar dokumentari ini adalah lelaki tersebut mencekik isterinya sehingga mati dan kemudian menekap kedua-dua muka anaknya sampai mati. Chris akhirnya dihukum penjara seumur hidup.
Ramai yang menzahirkan rasa simpati dan tidak sanggup melihat kekejaman yang dilakukan oleh lelaki itu.
Korang juga boleh menonton kisah dokumentari tragis ini di laman YouTube.
Walaupun kelakukan Chris Watts ini sudah menerima hukuman penjara seumur hidup, namun apa yang diterimanya tidak setimpal dengan kes jenayah membunuh ahli keluarganya sendiri.
Semoga kisah keluarga ini dapat memberi pengajaran buat masyarakat dunia sekalian. Jangan kerana nafsu, sanggup korbankan orang-orang tersayang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Kasih Iris Leona mungkin sudah tidak asing lagi dalam dunia media sosial tempatan.
Dalam satu hantaran di Instagram Story baru-baru ini, anak kepada pelakon...