Selamat Hari Guru!

Tarikh 16 Mei tentunya amat dinanti-nantikan baik oleh para guru mahupun para pelajar di seluruh negara. Sang pengajar tentunya tertunggu-tunggu hari khas untuk mereka diraikan manakala si pelajar pula tidak sabar untuk menghargai usaha & pengorbanan guru-guru yang mereka kasihi.

Mengambil peluang untuk mengukir senyuman lebih lebar dalam kalangan para guru, LARRIE Corporation Sdn Bhd (LARRIE) baru-baru ini telahpun memberi penghargaan kepada tenaga pengajar di SMK Sungai Choh, Rawang menerusi projek mengindahkan semula dua buah blok sekolah tersebut dengan menaja tiga mural baharu.

Inisiatif komuniti ini melibatkan laluan pejalan kaki utama Highly Immersive Programme (H.I.P) LARRIE dan dua mural dinding baharu yang memakan kos sebanyak RM68,000.

Setiap mural itu juga disematkan dengan mesej-mesej yang menekankan kepada amalan gaya hidup sihat, kepentingan ilmu dan menarik minat pelajar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Guru-Guru Tersenyum Sempena Hari Guru! LARRIE Taja Tiga Mural Baharu Bernilai RM68,000

IKLAN

Guru-Guru Tersenyum Sempena Hari Guru! LARRIE Taja Tiga Mural Baharu Bernilai RM68,000Guru-Guru Tersenyum Sempena Hari Guru! LARRIE Taja Tiga Mural Baharu Bernilai RM68,000

Guru-Guru Tersenyum Sempena Hari Guru! LARRIE Taja Tiga Mural Baharu Bernilai RM68,000

IKLAN

Majlis perasmian keceriaan blok SMK Sungai Choh itu telahpun disempurnakan oleh Pengetua Sekolah, Mohd Suhaimi Bin Abdullah sambil disaksikan oleh Pengarah Pemasaran LARRIE Corporation Sdn Bhd, Lenson Chong.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada SMK Sungai Choh kerana sudi menerima sumbangan dari pihak LARRIE bagi berkongsi kegembiraan dengan pelajar-pelajar di sekolah ini.

“Kami berharap sumbangan ini akan membawa keceriaan kepada mereka dan menanam sikap untuk rajin ke sekolah,” ujar Lenson.

IKLAN
Guru-Guru Tersenyum Sempena Hari Guru! LARRIE Taja Tiga Mural Baharu Bernilai RM68,000
Pengarah Pemasaran LARRIE Corporation Sdn Bhd, Lenson Chong.
Guru-Guru Tersenyum Sempena Hari Guru! LARRIE Taja Tiga Mural Baharu Bernilai RM68,000
Wajah-wajah ceria tenaga pengajar SMK Sungai Choh.

Guru-Guru Tersenyum Sempena Hari Guru! LARRIE Taja Tiga Mural Baharu Bernilai RM68,000

Dalam pada itu, Mohd Suhaimi mewakili pihak sekolah berkata mereka amat menghargai sumbangan yang dilaksanakan oleh LARRIE dan ia merupakan satu penambahbaikan serta perubahan yang cukup penting bagi mereka.

Aww! Sweet sangat kan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI