Guru merupakan antara insan yang sangat berbakti kepada kita sehingga ke akhir hayat.  Pada saat dunia dilanda musibah, tugas guru menjadi semakin besar apabila perlu lebih kreatif kerana menjalani pengajaran secara atas talian. Usaha para guru untuk mengajar anak-anak murid secara dalam talian ketika musim pandemik COVID-19 ketika ini sangat perlu dihargai.

Perkongsian Cikgu Sejarah

Mungkin ramai yang beranggapan subjek Sejarah adalah sedikit membosankan kerana terlalu banyak fakta yang perlu diingati oleh pelajar. Kadang tu sampai rasa confused juga.

Dalam satu perkongsian di laman Instagram, Wan Arif Azmi yang juga merupakan seorang guru mata pelajaran Sejarah berkongsi cara belajar dengan cara lebih menyeronokkan.

Guru Kongsi Tip Dan Cara Kreatif Ajar Subjek Sejarah, Pelajar Beri Respon Gembira

Ads

Klik Link Video 

Menurut guru berusia 29 tahun ini, beliau berkongsi tip ini kerana ingin mendekati para pelajar. Walaupun mengunakan platform media sosial, masih wujud interaksi dua hala antara pelajar dan guru serta objektif pembelajaran tu sampai kepada pelajar. Pembelajaran seperti ini dalam suasana santai walaupun pengajaran dan pembelajaran berbentuk ilmiah..

Selain itu, lebih menarik minat pelajar untuk menyertai serta mudah diakses berbanding dengan guna medium atau platform lain.

Ads

Video yang dimuat naik di laman Instagramnya mendapat perhatian netizen terutamanya para pelajar. Rata-rata pelajar mengucapkan terima kasih kepada guru ini kerana memberikan tip berguna kepada mereka.

Guru Kongsi Tip Dan Cara Kreatif Ajar Subjek Sejarah, Pelajar Beri Respon Gembira

Ads

Walaupun kertas SPM 2020 telah pun berlalu, tapi calon SPM 2021 masih boleh mengunakan tip dan perkongsian ini.

Cayalah Cikgu Wan Arif ! Harapnya selepas ni lebih ramai guru buat rap untuk subjek-subjek lain pula bagi menarik perhatian pelajar untuk terus belajar. Hiks!

All the best to you bro!

Sumber : Instagram Cikgusejarah

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI