Sering kali kita melihat iklan pembelian duit syiling lama di media sosial dan rupa-rupanya ada di antara mereka berjaya memperdaya mangsa. Terbaharu, seorang guru lelaki kerugian RM7,550 gara-gara pembelian duit syiling lama ini.
Menurut Harian Metro, mangsa melayari Instagram dan memaklumkan mahu membeli syiling lama. Dia kemudiannya berurusan dengan individu yang tidak dikenali itu menerusi aplikasi WhatsApp. Mangsa turut memindahkan wang berjumlah RM7,550 ke dalam tiga akaun individu yang berlainan sebelum menyedari ditipu apabila suspek meminta menyerahkan data perbankannya.
Mangsa kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort dan siasatan awal mendapati modus operandi suspek iaitu tipu tawaran pembelian duit syiling lama dalam Instagram dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Kesekaaan.
Orang ramai turut dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam urusan jual beli agar tidak diperdaya dengan pelbagai tipu muslihat penjenayah. Walaupun mungkin bagi kita hal ini remeh kerana tidak pernah mempercayai iklan duit syiling lama ini, tetapi masih ada individu yang terjerumus dalam perangkap mereka. Sama-sama kita ingatkan orang tersayang supaya tidak terpedaya dengan dalang scammer ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
https://www.youtube.com/watch?v=f0aUFiN-qYI