Alexandrine Belle-Étoile seorang guru Seni dan Bahasa Perancis di sebuah sekolah menengah di Mauritius telah dinobat sebagai Miss Maurice yang baharu pada April lalu. Menarik mengenai kemenangannya ini, dia memperoleh gelaran tersebut tanpa perlu bertanding.
Wait! her win is fair and square, jangan spekulasi pula.
Sebenarnya, wanita berusia 25 tahun telah menghadiri sesi uji bakat bagi pertandingan Miss Maurice 2022/2023. Namun begitu dek kecemerlangannya, pihak penganjur merasakan yang dia cukup sesuai untuk diangkat sebagai Miss Maurice tanpa bertanding, jadi dia terus dinobat sebagai Miss Maurice 2022 manakala peserta yang lain akan meneruskan pertandingan dan akan bergelar Miss Maurice 2022/2023.
Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan organisasi Miss Maurice, “Oraganisasi Miss Maurice dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Alexandrine Belle-Étoile akan mewakili Mauritius di pertandingan Miss Supranational 2022 dan Miss Universe 2022. Miss Belle-Étoile, telah dipilih oleh Pasukan Miss Maurice selepas temu bual cemerlangnya pada sesi terakhir uji bakat.”
Seiring dengan gelaran tersebut, dia secara rasmi bergelar Miss Supranational Mauritius 2022 dan juga Miss Universe Mauritius 2022 untuk mewakili negara kepulauan tersebut di dua pertandingan ratu cantik berpestij itu.
Ads
Melakar kejayaan yang manis, dia baru-baru ini sudahpun bertanding di Miss Supranational 2022 yang diadakan di Poland dan berjaya berada dalam kelompok top 12 sekaligus diberi gelaran Miss Supranational Africa 2022. Kejayaannya ini menjadikan dia ratu cantik pertama negara itu yang berjaya mendapat kedudukan tertinggi dalam mana-mana pertandingan.
Dalam satu hantaran di laman Instagram selepas malam finale Miss Suprantional 2022, wanita berkulit hitam manis ini meluah rasa, “Selepas 4 tahun bekerja keras dan bercita-cita tinggi, saya amat berterima kasih atas semua kata-kata positif anda. Ini menunjukkan betapa bangganya anda menjadi warga Mauritius dan ini bagi saya perkara yang paling penting.
“Kepada Miss Supranational Mauritius yang akan datang, setiap tahun akan jadi lebih mencabar kerana dunia terus menilai, kerana terdapat lebih banyak subjek untuk dibincangkan, lebih banyak projek untuk dicipta dan lebih banyak bakat untuk dipromosikan. Ketahuilah bahawa saya akan berada bersama untuk membantu dan menyokong anda pada bila-bila masa yang saya boleh untuk menjadikan anda bersinar terang.”
Ads
Kini dia sedang dalam persiapan untuk bertanding di pentas Miss Universe 2022 yang dijangkakan bakal berlangsung penghujung tahun ini. Adakah dia akan Alexandrine akan berjaya mengulangi kejayaannya sama seperti di pentas Miss Supranational?
Sama-sama kita saksikan nanti.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Waktu sahur bukanlah waktu termudah bagi seseorang untuk bangun dari tidur dan bersahur. Namun, ia adalah salah satu perbuatan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad dan kita sebagai umatnya harus bersahur walaupun hanya dengan seteguk air masak atau seulas buah kurma.
Banyak jenis makanan ‘mudah’ yang boleh diambil, tetapi entah mengapa mi segera adalah antara yang paling digemari oleh ramai pelajar (dan orang dewasa). Kononnya ia mengandungi karbohidrat yang mampu menanggung lapar dahaga seseorang untuk tempoh seharian.
Dah ngantuk, memanglah senang kalau makan mi segera semasa sahur. Tapi…
Namun, amalan bersahur dengan mi segera amatlah tak dinasihatkan jika ia diambil pada setiap hari kerana 4 faktor ini..
Risiko Obesiti
Sepatutnya, amalan berpuasa membuatkan kita lebih sihat sepanjang bulan ramadan. Tetapi lain pula ceritanya jika kita mengamalkan mi segera untuk waktu sahur kerana ia boleh meningkatkan risiko obesiti.
Ini kerana kurangnya kandungan protein dan vitamin di dalamnya, lantas karbohidrat daripada mee segera mudah berubah menjadi lemak jika tidak digunakan.
Tekanan Darah Tinggi
Simptom tekanan darah tinggi ini adalah disebabkan zat sodiumnya yang berlebihan lalu meningkatkan risiko sakit jantung serta darah tinggi jika dimakan pada setiap hari.
Hati Rosak?
Fuhh, macam serius je ni.
Karbohidrat daripada mi segera tadi akan terpecah menjadi zat lain kerana badan korang kekurangan nutrisi lain. Zat itu kemudiannya beralih ke organ hati demi membantu sistem pencernaan. Namun, tak semua zat yang masuk ke bahagian hati itu adalah zat positif untuk tubuh badan.
Risiko Kanser
Mesti korang pernah dengar kan?
Pengambilan mi segera secara kerap boleh meningkatkan risiko kanser kerana sel-sel normal boleh berubah menjadi sel kanser jika bersentuhan dengan karsinogen dalam jumlah yang besar.
Walaupun keluarga korang tak mempunyai sejarah penyakit kanser, itu tak bermakna kita semua selamat jika gaya hidup pemakanan kita terutamanya pada bulan Ramadan tetap tak berubah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Soal jenis-jenis ubat ni tidak boleh dibuat main-main. Bukan hanya ubat pil yang perlu diambil secara telan, krim sapu yang anda pakai juga sebaiknya harus disemak terlebih dulu sebelum digunakan.
Jika ingin mendapatkan apa saja jenis ubat di farmasi, seelok-eloknya dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Begitu juga sekiranya ada ubat-ubatan yang perlu disapu pada kulit.
Tak mahu guna secara membuta tuli, sebaiknya cuba fahamkan tentang jenis-jenis ubat krim yang dikongsi oleh pengguna Facebook, Khairul Faizie Mohammad Kamar ini.
Sebelum ni mungkin ramai di antara kita yang tidak peka tentang kegunaan sebenar ubat krim sapu yang digunakan. Nampak orang lain guna okay, then kita pun beli tanpa tahu sama ada ia sesuai atau tidak pada kulit sendiri.
Nah, cuba hadam dan fahami apa yang cuba bro ni sampaikan. Semoga bermanfaat.
Saya kongsi kan secara mudah, tentang jenis-jenis ubat krim yang anda biasa dapat kalau jumpa doktor / pergi farmasi.
Secara jujurnya, jangan sewenang wenang nya pergi beli di farmasi sebarang jenis krim. Dapat kan nasihat doktor. Anda wajib tahu apa yang anda sapu di kulit anda. Anda ada tanggungjawab/ amanah atas tubuh badan yg Allah pinjam kan ini.
Saya bahagikan krim kepada 6 jenis utk mudah faham:
1- STEROID CREAM
2- ANTI FUNGAL CREAM
3- ANTIBIOTIC CREAM
4- COMBINATION OF CREAM
5- ANTI VIRAL CREAM
6- MOISTURIZING CREAM
Krim-krim ini pulak sebenarnya disediakan oleh syarikat ubat dalam beberapa persediaan ( preparation). Kita panggil ” krim”, tapi ada beberapa persediaan ” krim” ini, iaitu:
1- OINTMENT : ia nya oil based. Sebab ia asas minyak, maka ia melekat lebih bagus( lama) pada kulit, dan lebih kuat kesan nya pada kulit ( more potent). Kita gunakan “krim” jenis ointment ini pada kawasan kulit yg dah menebal & kasar sebab kesan selalu garu & bergesel ( lichenified skin area). Rujuk gambar utk faham kulit yg sudah lichenfied.
2- CREAM : ia nya water based. Sebab ia asas air, ia kurang potent berbanding ointment. Kita sapu cream ini di kawasan yg less lichenified / kawasan kulit sensitif seperti kulit muka.
3- LOTION / GEL : Kita sapu krim asas lotion / gel ini pada kawasan yg berbulu , juga dikawasan lipatan ( intertriginious area) spt kawasan ketiak , kelengkang, kawasan anus ke kemaluan, di bawah lipatan payudara.
Jadi, bila dapat “krim”, tengok persediaan nya, adakah ia nya cream? ointment ? lotion?
Next kita kenali pula jenis-jenis krim itu, macam yg saya tulis kat atas, ada 6 jenis…
1) STEROID CREAM
Secara umum nya digunakan utk merawat keradangan ( inflammation) pada kulit. Contoh paling tipikal utk merawat ekzema.
Bagaimana nak tahu steroid cream? Perhatikan nama saintifik cream itu ( bukan brand name). Nama saintifik nya berakhir dengan ” SONE”. Contoh:
Krim steroid ini ada kelas nya. Kelas satu paling kurang power, dan makin tinggi kelas, makin power ( potent) lah ia. Rujuk gambar utk kenali kelas2 krim steroid ini. Tak boleh semberono korang tepek steroid krim tanpa tahu kelas. Sebabnya? Untu\k kelas yg potency tinggi, tak sesuai di sapu di kawasan yg sensitif seperti kulit muka /kawasan kulit yg dah menipis. Nanti kuli dapat komplikasi.
Krim krim steroid juga secara umumnya tak boleh di sapu secara berterusan untuk terlalu lama. Lama tu maksudnya > 2 weeks. Utk kes kes allergic /ekzema yang kronik, doktor mungkin start kan rawatan steroid cream/ ointment guna yg kelas paling potent utk 5 hari, kemudian diikuti dgn yg less potent utk seminggu berikutnya.
Apa komplikasi tepek steroid cream terlalu lama( prolonged used on skin)? Antaranya kulit akan menipis, rosak ( atrophy), kulit hilang pigmen ( hypopigmentation), kulit itu jadi alah pula pada krim yg disapu ( allergic reaction ), meninggikan risiko jangkitan ( infection), dan kalau di sapu di kawasan yg besar, ada risiko sapuan krim steroid luaran itu diserap dlm badan ( systemic absorption ).
2) ANTI FUNGAL CREAM
Kita gunakan utk rawat jangkitan fungus ( kulat). Jangkitan kulat ni orang Melayu panggil kurap / kulat air. Panau itu pun sebenarnya ialah jangkitan kulat.
Bagaimana nak kenal anti fungal cream? Perhatikan nama saintifik cream itu, berakhir dengan “ZOLE”. Contoh:
Dan ada satu jenis anti fungal krim yg nama saintifiknya Terbinafine ( brand name Lamisil)
Rujuk gambar utk tengok contoh2 anti fungal yg biasa di pasaran Malaysia.
3) ANTIBIOTIC CREAM
Kita gunakan utk rawat jangkitan bakteria pada kulit. Ada pelbagai jenis jangkitan bakteria, dan pelbagai rupanya. So biar lah kerja men diagnosed itu doktor yg buat. Penat dia belajar, korang takyah susah payah main agak2 tengok imej Google 😛 Bukan apa, skin condition ni perlukan ilmu + latihan mata yg tajam. Doktor yg berpengalaman sendiri kadangkala buat silap masa diagnose.
Bagaimana nak kenal antibiotik krim? Perhatikan nama saintifik cream itu, kebanyakannya berakhir dengan ” IN”
Contohnya:
– Gentamicin – Fucidin – Neomycin – Mupirocin
4) COMBINATION OF CREAM
Krim dalam jenis keempat ini, ialah kombinasi antara 3 jenis krim di atas. Contoh kombinasi yg biasa kita jumpa:
– Steroid cream + antibiotic cream
– Antifungal cream + steroid cream.
Bila kita perlu guna krim 2 in 1 ini?
Or sometimes, ada yg 3 in 1 ( kombinasi antibiotik + steroid + anti fungal). * Rujuk gambar utk contoh.
Bila ada komplikasi dari jangkitan asal. Contohnya kita kena kurap ( fungal infection). Kita garu dan garu, punya syiok garu sampai luka kulit. Kuku kita bukan sterile, bawah kuku banyak bakteria. Lepas seminggu kurap kita luka, kurap kita dapat jangkitan bakteria. So dlm kes ini kita guna krim anti fungal + antibiotik /steroid.
Ataupun kita ada ekzema yg kronik. Garu punya garu sampai luka —- lepas tu infected. So kita kena sapu krim steroid + antibiotik.
5) ANTI VIRAL CREAM
Krim jenis ni utk jangkitan virus. Paling mudah nak faham, kalau kena chicken pox atau kayap. Kedua dua penyakit ni disebabkan jangkitan virus. Selain kena ambil ubat oral, sapuan krim anti virus pun perlu.
Sebab jarang krim ini digunakan secara meluas ( berbanding 4 jenis krim di atas), maka saya tak menulis dgn lanjut tentang krim anti virus ini.
6) MOISTURIZING CREAM
Ok, krim ini sangat penting. Walaupun ia nya hanyalah krim pelembap, namun ia memainkan peranan penting dalam rawatan.
Contoh paling klasik ialah pesakit chronic eczema. Kulit pesakit ekzema akan kering. Kering sebab cycle penyakit itu sendiri, kering sebab kesan sapu ubat steroid. Kulit yg kering = gatal. Jadinya, perlu sapu krim pelembap setiap hari. Krim pelembap boleh di sapu setiap hari utk tempoh yg lama, Insya Allah no problem ( tak macam krim steroid). Kita sarankan utk mereka yg ada ekzema, sapu lah krim pelembap setiap malam sebelum tidur. Boleh juga di campur dgn steroid cream dlm nisbah tertentu ( 50 % – 50% , 60% – 40 % , etc) bergantung pada rawatan doktor.
Krim pelembap yg bagus antara nya brand Cetaphil. Cetaphil ini juga ada dlm bentuk mandian. Cakap pasal mandi, utk orang yg kulitnya ada ekzema / sensitive skin, hati hati guna sabun mandi yg berubat …contohnya Dettol…Protex..sebab chemical dari sabun2 ini boleh membuang lapisan minyak & lemak pada kulit, so end up kulit akan kering. So guna kan mandian yang ada moisturizer macam Cetaphil, or Dove. Utk kulit yg super sensitive juga, kita advised untuk jangan lap badan terlalu kuat dengan towel. Tinggalkan sikit basah2 / kelembapan pada kawasan kulit terlibat, dan lepas tu sapu krim pelembap utk maintain kelembapan area tu.
So, please kenal krim yg anda gunakan. Jangan kenal krim based on color. Contohnya ” saya nak krim warna putih tu “. Hampir semua krim warna putih! Ataupun beli krim yg di re-pack TIADA LABEL. Zaman dulu ya doktor /farmasi re-pack krim dalam bekas bulat leper. Zaman la ni, make sure beli krim yg dalam bentuk tiub macam ubat gigi tu. Kalau di re-pack sekalipun, ada berhak tahu kandungan krim itu ( mesti ada label).
Jangan main hantam sapu krim orang lain kat badan anda. Orang tu ” serasi ” sapu krim tu, awak pun tepek kat badan awak. Padahal orang tu ada ekzema, tapi awak ada kurap. Again, jangan berguru dgn Google image semata-mata.
Fesyen secara amnya merupakan satu permainan ‘love-hate’ di antara pemakai dan pemerhati. Dalam landasan fesyen tempatan mahupun antarabangsa, kita tidak boleh menganggap semua orang akan menggemari atau boleh menerima gaya yang kita peragakan.
Dalam dunia fesyen masa kini, kuasa digital tidak boleh diperlekehkan. Apa saja yang diperkenalkan pasti akan menjadi perbualan warga maya dan respon yang diterima daripada mereka boleh berbaur positif mahupun negatif.
REMAJA percaya ramai berpendapat apa jua jenis publisiti – baik yang positif atau negatif – adalah publisiti yang baik untuk mempromosikan sesebuah jenama fesyen ataupun produk kepada orang ramai. Namun tidak semua jenama mempunyai ‘hati kental’ untuk berdepan dengan publisiti negatif; tidak semua jenama fesyen boleh menjadi sekuat jenama fesyen tempatan, Behati.
Baru-baru ini, Behati dan pengasas, Kel Wen kembali menjadi topik kontroversi dalam kalangan warga maya setelah koleksi yang diperagakannya sempena acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2022 telah ditempelak oleh ramai pihak disebabkan penggunaan identiti kebudayaan sehingga timbul isu ‘mencedok budaya’ atau cultural appropriation.
Di antara poin yang ‘mencucuk’ sensitiviti warga maya sewaktu pertunjukan fesyen Behati tempoh hari adalah penggunaan Songkok oleh Kel Wen yang memakai celana pendek tanpa baju dan kot labuh.
Setelah menerima tempias negatif oleh warga maya, Kel Wen berpendapat pemakaian songkok olehnya di KLFW hanyalah simbolik kepada penerimaannya terhadap budaya serta agama Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia; mengikut gaya hidupnya.
“Apabila saya membaca komen-komen anda, secara seriusnya, saya tiada niat untuk memperlekehkan mana-mana agama. (Agama) Islam ialah agama yang cantik dan (apabila saya) membesar bersama masyarakat Muslim di Malaysia, (saya) secara semulajadi mudah mendapat pengaruh dalam karya seni serta stail saya.
“Pesanan ini adalah untuk haters yang tidak melakukan kajian mereka. Anda tidak perlu menerima (gaya dan idea saya) kerana stail ini masih belum biasa dalam fesyen lelaki tempatan.
“Tetapi tolong jaga mulut anda jika mahu dikenali sebagai contoh ‘bersederhana’. Untuk menjadi sederhana bukanlah disebabkan pemakaian tetapi pertuturan,” selar Kel Wen.
Tambahnya lagi, koleksi PERANAKAN yang dipersembahkan di KLFW baru-baru ini menceritakan tentang keindahan perkahwinan campur di antara bangsa berbeza dan busana terakhir yang diperagakan oleh usahawan kontroversi, Dato’ Sri Vida adalah intepretasinya terhadap fesyen campuran budaya.
Empunya badan sudah bersuara, apa pula pendapat korang terhadap pemakaian aksesori tradisional atas tiket untuk berfesyen?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tren transformasikan foto menjadi karikatur seakan karya Studio Ghibli yang sohor kini di platform media sosial bukan hanya sedang 'mendunia' di Malaysia bahkan di...