Guru Seni & Bahasa Perancis Dinobat Sebagai Miss Maurice 2022, Lakar Kejayaan Manis Untuk Mauritius

Share

Alexandrine Belle-Étoile seorang guru Seni dan Bahasa Perancis di sebuah sekolah menengah di Mauritius telah dinobat sebagai Miss Maurice yang baharu pada April lalu. Menarik mengenai kemenangannya ini, dia memperoleh gelaran tersebut tanpa perlu bertanding.

Wait! her win is fair and square, jangan spekulasi pula.

Sebenarnya, wanita berusia 25 tahun telah menghadiri sesi uji bakat bagi pertandingan Miss Maurice 2022/2023. Namun begitu dek kecemerlangannya, pihak penganjur merasakan yang dia cukup sesuai untuk diangkat sebagai Miss Maurice tanpa bertanding, jadi dia terus dinobat sebagai Miss Maurice 2022 manakala peserta yang lain akan meneruskan pertandingan dan akan bergelar Miss Maurice 2022/2023.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan organisasi Miss Maurice, “Oraganisasi Miss Maurice dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Alexandrine Belle-Étoile akan mewakili Mauritius di pertandingan Miss Supranational 2022 dan Miss Universe 2022. Miss Belle-Étoile, telah dipilih oleh Pasukan Miss Maurice selepas temu bual cemerlangnya pada sesi terakhir uji bakat.”

Seiring dengan gelaran tersebut, dia secara rasmi bergelar Miss Supranational Mauritius 2022 dan juga Miss Universe Mauritius 2022 untuk mewakili negara kepulauan tersebut di dua pertandingan ratu cantik berpestij itu.

Melakar kejayaan yang manis, dia baru-baru ini sudahpun bertanding di Miss Supranational 2022 yang diadakan di Poland dan berjaya berada dalam kelompok top 12 sekaligus diberi gelaran Miss Supranational Africa 2022. Kejayaannya ini menjadikan dia ratu cantik pertama negara itu yang berjaya mendapat kedudukan tertinggi dalam mana-mana pertandingan.

ARTIKEL BERKAITAN: Biarpun Kecundang Di Pentas Miss Universe, Lalela Mswane Dinobat Sebagai Miss Supranational 2022

Dalam satu hantaran di laman Instagram selepas malam finale Miss Suprantional 2022, wanita berkulit hitam manis ini meluah rasa, “Selepas 4 tahun bekerja keras dan bercita-cita tinggi, saya amat berterima kasih atas semua kata-kata positif anda. Ini menunjukkan betapa bangganya anda menjadi warga Mauritius dan ini bagi saya perkara yang paling penting.

“Kepada Miss Supranational Mauritius yang akan datang,   setiap tahun akan jadi lebih mencabar kerana dunia terus menilai, kerana terdapat lebih banyak subjek untuk dibincangkan, lebih banyak projek untuk dicipta dan lebih banyak bakat untuk dipromosikan. Ketahuilah bahawa saya akan berada bersama untuk membantu dan menyokong anda pada bila-bila masa yang saya boleh untuk menjadikan anda bersinar terang.”

Kini dia sedang dalam persiapan untuk bertanding di pentas Miss Universe 2022 yang dijangkakan bakal berlangsung penghujung tahun ini. Adakah dia akan Alexandrine akan berjaya mengulangi kejayaannya sama seperti di pentas Miss Supranational?

Sama-sama kita saksikan nanti.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

KREDIT FOTO: (1)

Published by
Fiezreen