Boys and girls, kamu semua pasti tahu bukan antara perkara utama untuk menarik hati seorang perempuan ialah dengan memberi pujian yang ikhlas dan tidak berlebihan. Atau yang paling penting pujian yang bukan berbunyi fake semata.
Ini artikel khusus buat lelaki dan juga mungkin kamu sebagai gadis yang boleh berikan kepada teman lelaki atau rakan-rakan yang berada dalam dilema bagaimana nak menambat hati wanita.
Tahukah kamu bahawa pujian yang tidak disampaikan dengan baik boleh disalah ertikan dengan mudah oleh wanita? Dan janganlah juga kamu beranggapan dengan memberi pujian kosong semata si dia boleh percaya bulat-bulat dengan apa yang keluar dari mulut kamu.
Kali ini Remaja ingin kongsikan 5 cara bagaimana kamu boleh berikan pujian dengan cara yang betul agar kejujuran itu jelas pada matanya. Actually pujian yang paling berkesan ialah datang dari hati yang ikhlas dan disampaikan dengan baik. Apa-apa pun jom sama-sama kita lihat perkongsian Remaja di bawah.
Girls hate it when you lied to them! Mereka memang suka dipuji akan tetapu bukanlah dengan pujian yang bohong. Lebih baik kamu berdiam diri dan berikan senyuman sahaja daripada berbohong. First impression pun dah gagal macam mana bro?
Ya, memuji pakaian atau penampilannya memang boleh. Tetapi memberi pujian atau galakan kepada apa yang dia lakukan lebih terkesan pada hatinya. Ia menunjukkan kamu sangat senang dengan personaliti dan minatnya. Dan itu juga membawa mesej bahawa kamu ambil berat dengan apa yang dia lakukan.
Jika setiap kali bertemu kamu memuji senyumannya, lama-kelamaan dia akan ingat kamu hanya ingin membodek sahaja. Kerana apa? Pujian sama berulang kali akan memberikan tanggapan negatif dan dia mungkin ingat kamu memerlinya! Ouchhh itu benda yang memang kamu perlu elak.
Jika kamu kerap memuji kecantikannya, dia mungkin akan beranggapan kamu ini hanya memetingkan kecantikan luaran sahaja. Kebanyakan perempuan tidak suka lelaki yang bersikap begitu. Tambah lagi dia mungkin akan ingat kamu hanya mahu mendekatinya sebab dia cantik sahaja, bukan kerana personaliti atau sikap yang dibawa.
Kembali kepada perkara pertama, pujian itu harus datang dari hati yang ikhlas dan jujur. Jika kata-kata pujian itu sering keluar dari mulut kamu dia akan beranggapan bahawa itu hanya sandiwara kosong. Jadikan pujian itu sebagai satu pemangkin perbualan untuk membuat dirinya tersenyum. Jika pujian itu jujur, lama-kelamaan dia akan tahu bahawa kamu cukup ambil berat akan dirinya.