Guys, Still Tak Hilang Berat PKP? Ini Cara TMJ Turun 22kg!

Share

Sejak arahan Perdana Menteri untuk rakyat duduk di rumah bagi mengekang penularan wabak COVID-19, 18 Mac lalu, pelbagai cara ditemui netizen untuk mereka menggunakan waktu yang terluang dengan bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Namun, bila timbang berat jawapannya tetap sama…huhu

Kalau korang perasan la, baru-baru ini TMJ tampil dengan penampilan baharu yang kurus dan lebih sihat membuatkan penyokong bola sepak negara tertanya-tanya apakah rahsia diamalkan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Siapa sahaja tidak kenal dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga merupakan pemilik kelab bola sepak terkenal Johor Darul Ta’zim atau lebih dikenali sebagai JDT dalam dunia bola sepak.

Walaupun saingan bola sepak tempatan masih lagi belum bersambung kerana penularan pandemik, namun gaya hidup dan perkembangan semasa Tunku Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai TMJ ini sentiasa sahaja menjadi tumpuan ramai.


.

Selepas menerima banyak pertanyaan, TMJ yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya berkongsi tips bagaimana di mampu menurunkan berat badan tanpa mengambil suplemen (produk tambahan).

“Saya terima banyak mesej yang bertanya mengenai rutin harian dan senaman yang dilakukan. Saya telah berjaya hilangkan 22 kilogram (kg) berat badan saya yang kini 68kg.

“Apa paling mustahak adalah pemakanan yang merangkumi 70 hingga 80 peratus dan saya tidak mengambil apa-apa suplemen, selain senaman yang konsisten. Setiap pagi saya akan minum jus, sayuran dan buah-buahan.

“Ramai cakap tiada gimnasium besar dan sebagainya tapi saya hanya guna ruang kecil untuk turunkan 22kg, selain melakukan senaman tidak lebih sejam.


.


.


.

“Saya boleh ajar anda bagaimana menghilangkan berat badan dalam masa 20 minit, tidak perlu dua tiga jam di gimnasium atau lari jarak jauh.

“Saya suka melakukan pelbagai senaman kardio dalam bentuk set, untuk masa satu minit, 20 saat bagi setiap set senaman itu dilakukan,” kata Tunku Ismail dalam Insta Story miliknya semalam.

Tunku Ismail turut berkongsi pengalaman rakannya yang meninggal dunia pada usia 42 tahun akibat serangan jantung walaupun sering ke gimnasium dan mempunyai tubuh badan sasa.

“Saya ada kawan berusia 42 tahun dan rapat dengan saya pergi gym setiap hari dan badan sasa tapi meninggal kerana serangan jantung, salah satu faktor kerana salah makan. Jadi makanan paling penting selain jalani gaya hidup sihat,” jelasnya.

So korang yang ingin mengurangkan berat badan tu boleh la guna cara yang dilakukan oleh TMJ ini. Dah kurus nanti jangan lupa tag majalah Remaja eh!hiks

SUMBER: Harian Metro, Instagram

 

Published by
Ruziana Zainal