
Mungkin perempuan tidak faham akan nikmat urutan tengkuk. Tetapi bagi lelaki yang memotong rambut di kedai gunting, ia adalah antara momen yang paling dinanti-nantikan..
..sehinggalah korang mendengar kes pelanggan yang terpaksa dikejarkan ke hospital ini.
Kes ini diceritakan semula oleh sebuah akaun Facebook bernama Public Health Malaysia mengenai risiko sekiranya korang merelakan urutan pada kepala dan tengkuk oleh penggunting rambut.
Menurut mereka, seorang pelanggan berbangsa idea berkunjung ke kedai gunting rambut kegemarannya dan seperti rutin kebiasaan, penggunting bertindak untuk memberikan servis ekstra mengurut bahagian kepala dan tengkuknya.

Setelah memusingkan kepala pelanggan sehingga kedengaran bunyi ‘crakk’, dia didapati sukar untuk bernafas dan terpaksa dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulan.
Pemeriksaan MRI mendapati terdapat kecederaan serius pada tulang tengkuk mangsa. Urutan itu telah mengakibatkan saraf phrenic tercedera, iaitu sejenis saraf yang mengawal diagrama (otot yang membantu pernafasan). Mangsa dilaporkan ditahan di wad hospital untuk tempoh yang agak lama. *sigh*
Nampaknya urutan tengkuk di kedai gunting boleh mengakibatkan risiko kecederaan jangka masa lama atau kekal pada tulang, saraf, sendi, otot dan lebih serius, saluran darah.

Jangan main-main dengan saluran darah guys kerana ia berkait rapat dengan penyakit strok. Malah, pergerakan kasar pada tengkuk juga memungkinkan kesan osteoarthritis.
Urutan tengkuk mungkin boleh memberikan kelegaan sementara kepada korang. Tetapi untuk kebaikan korang, better elakkan.
‘Jumpsuit’ Keemasan Taylor Swift Di AMAs 2022 Ada Makna Mendalam, ‘Tribute’ 11 Tahun Lepas

Taylor Swift mungkin tidak berjalan di karpet merah acara American Music Awards 2022 yang berlangsung pada hari ini.
Bagaimanapun, penyanyi yang baru muncul dengan album Midnights itu nyata tidak mengecewakan apabila melakukan penampilan mengejut semasa menerima trofi bagi kategori Album Pop Kegemaran dengan mengenakan jumpsuit keemasan.
Taylor, 32 yang masih dalam tempoh promosi bagi single terbarunya, Bejeweled daripada album Midnights dilihat terus-menerus mengenakan busana mengilau di beberapa acara kebelakangan ini termasuklah di MTV Europe’s Music Awards 2022.
Menurut Swifties, ia adalah sebahagian daripada promosi kepada video muzik Bejeweled yang menampilkan Taylor dalam look serba retro.
Begitupun, jumpsuit rekaan The Blonds yang disarungkannya pada hari ini mempunyai makna yang lebih mendalam daripada sekadar tujuan promosi. Ia merupakan cara Taylor melakukan tribute kepada busana rekaan Reem Acra yang pernah dipakainya di acara anugerah yang sama, 11 tahun lalu.
Taylor bekerjasama dengan penata gaya, Joseph Cassell Falconer dan memilih mood serba glamor pada kali ini. Ia termasuklah aksesori cincin emas daripada Delfna Delettrez dan Anita Co dan gelang berlian serta anting-anting berbentuk pedang daripada Vram.
Taylor dirias ringkas dengan gincu ‘signature merah dan membiarkan rambut perangnya dialun effortless ke tepi bahu.
Selain kategori Album Pop Kegemaran bagi album Red (Taylor’s Version), Taylor juga membawa pulang beberapa trofi lain termasuklah untuk kategori Video Muzik Kegemaran, Artis Country Wanita Kegemaran, Album Country Kegemaran dan Artis Tahunan.
“Andalah yang mendorong saya dan oleh itu, lebih banyak muzik saya hasilkan lebih gembira saya jadinya. Saya harus berterima kasih kepada peminat atas kegembiraan saya dan saya sayangi anda lebih daripada yang dapat saya ungkapkan,” ucapnya.
Dalam pada itu, tahun 2022 nyata membawa makna buat Taylor yang telah mencapai pelbagai bentuk kejayaan termasuklah menerima gelaran Doktor Falsafah daripada Universiti New York.
ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift Terima Gelaran Doktor Falsafah Dari Universiti New York – REMAJA
BACA LAGI: Baru Konvo? Alam Pekerjaan Tak Seindah Disangka – 5 ‘Quotes’ Berguna Dr Taylor Swift – REMAJA
Sumber : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Korang Berwajah Bulat? 6 Stail ‘Bob-Cut’ Boleh Cuba Tahun 2022 Ini

Cop! Cop! Cop!
Biasanya kita selalu mahu memotong rambut mengikut bentuk muka supaya ia terletak cantik tapi takut mengayakan rambut pendek aras bahu dek kerana wajah bulat?
Jangan risau, yang penting korang kena confident!
ARTIKEL BERKAITAN : 4 Trik Muka Bulat Jadi Runcing Dengan Sekelip Mata Ikut Gaya K-POP
Jadi apa kata buat korang yang miliki berwajah bulat dan ingin tampil dengan rambut pendek boleh mencuba potongan bob, potongan rambut serigala hingga potongan pixie. Semak pilihan gaya rambut pendek untuk wanita 2022:
- Bob Rata

Blunt bob atau flat bob sesuai untuk mereka yang berwajah bulat. Untuk menyamarkan pipi tembam, pilih bob rata yang sedikit di atas bahu. Tapi awas! jangan terlalu pendek kerana muka tidak menjadi tidak berdimensi.
2. Bob Asymmetrical

Bob asimetri ialah gaya rambut pendek untuk wanita pada tahun 2022 yang sesuai untuk wajah bulat kerana ia memberikan ilusi wajah yang lebih panjang. Ciri bob asimetri ialah satu hujung lebih panjang daripada yang lain. Selain memberikan ilusi wajah yang lebih panjang, potongan ini juga kelihatan lebih edgy.
3. Bob Nungging

Bob bersudut atau juga dikenali sebagai bob nungging juga akan menyamarkan muka bulat. Seperti rambut ikonik Victoria Beckham, potongannya tebal di bahagian belakang, dan tirus di bahagian depan untuk membentuk muka.
4. Wolf Haircut

Satu lagi gaya rambut pendek alternatif untuk wanita 2022 untuk muka bulat ialah potongan rambut ala serigala. Potongan rambut mullet ini sangat popular tahun ini. Dengan banyak lapisan dan potongan perangkap, kesan muka menjadi lebih panjang.
5. Pixie Cut

Jika korang rasa muka bulat tidak sesuai dengan potongan pixie, korang silap!
Gaya rambut ini memberikan rupa edgy pada penampilan. Supaya bentuk muka tidak menjadi tumpuan utama, maka potongan pixie perlu menggunakan side bangs supaya wajah kelihatan lebih berdimensi.
6. Curtain Bangs

Curtain Bangs ialah poni yang terbelah dua seperti langsir. Kedua-dua bang yang runcing akan mengimbangi bentuk muka yang bulat. Curtain Bangs sering disarankan bagi mereka yang berwajah bulat. Boleh memadankannya dengan potongan rambut bob untuk dipadankan dengan penampilan.
Tapi tahukah kamu muka yang bulat dan tembam itu sebenarnya lagi beruntung dan banyak kelebihan. Paling ketara kamu tidak akan nampak tua, bahkan muda selamanya.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kanser Rahim Catat Kematian Ke-3 Tertinggi, Kenapa Gadis Remaja Perlu Dapat Suntikan HPV?

Bila menyebut soal kanser, sehingga ke hari ini kadar kematian dicatatkan agat tinggi bagi pengidapnya. Berdasarkan statistik dikeluarkan oleh Majlis Kanser Nasional (MKN), penyakit ini merupakan penyebab kematian kedua tertinggi di dunia dan di Malaysia pada tahun 2018.
Ia menyumbang kepada 9.6 juta kematian di dunia dan 16 ribu kematian di Malaysia. Oleh sebab jumlah kematian akibat kanser adalah tinggi.
Bila menyebut soal kanser, apa yang dibimbangi bila seseorang didiagnos mempunyai tanda dan ia sudah lewat membuat pemeriksaaan. Bila bertemu doktor, stagenya sudah dikedudukan terakhir iaitu stage 4 yang merisiko kepada berlakunya kematian.
Untuk korang gadis remaja, meh tahu apa itu kanser serviks yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apakah Kanser Servik ?
Kanser yang terjadi di bahagian pangkal rahim (servik). Kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1,500 wanita Negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita.
Apakah Human Papilloma Virus (HPV) ?
HPV adalah penyebab utama kanser servik. Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin.
Apakah pelalian HPV ?
Pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut :
Suntikan pertama – tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/kllinik.
Suntikan kedua – 1 bulan selepas suntikan pertama.
Suntikan ketiga – 6 bulan dari suntikan pertama.
Vaksin yang digunakan untuk pelalian ini tidak mengandungi produk yang meragukan.
Kenapa Anak Gadis 13 Tahun Saya Perlu Mendapatkan Pelalian HPV?
Anak gadis anda berisiko untuk dijangkiti HPV. Pelalian ini boleh melindunginya dari mendapat kanser servik di masa akan datang.
Pada masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia hanya memberi pelalian secara percuma kepada semua gadis 13 tahun.
Di Mana Anak Gadis Saya Boleh Mendapatkan Pelalian HPV ?
Jika anak gadis anda bersekolah, pelalian akan diberi di sekolah. Jika anak gadis anda tidak bersekolah, dapatkannya di klinik kesihatan.
Bagaimana Sekiranya Anak Gadis Saya Yang Tidak Termasuk Di Dalam Kumpulan Sasar Ini Hendak Mendapatkan Pelalian ?
Pelalian ini hanya diberi kepada remaja perempuan yang bersekolah di tingkatan 1 dan/atau berumur 13 tahun pada tahun semasa. Bagi golongan yang tidak termasuk dalam kumpulan yang disasarkan, pelalian ini boleh didapati di klinik dan hospital swasta dengan kadar caj tertentu.
Apakah Peranan Saya Sebagai Ibu Bapa/Penjaga ?
Beri persetujuan bertulis untuk melayakkan anak anda menerima pelalian secara percuma. Pastikan anak anda melengkapkan tiga suntikan pelalian secara percuma. 3 suntikan pelalian boleh memberi perlindungan optima untuk gadis anda dari jangkitan HPV.
Siapa Yang Akan Memberi Suntikan ?
Suntikan akan diberikan oleh anggota kesihatan yang bertauliah dan terlatih.
Adakah Vaksin Ini Halal?
Vaksin ini tidak mengandungi produk yang meragukan.
Adakah Anak Gadis Saya Akan Mengalami Masalah Selepas Disuntik ?
Pelalian ini adalah selamat. Seperti pelalian lain, anak gadis anda mungkin mengalami sakit atau bengkak di tempat suntikan. Sekiranya, anak gadis anda mengalami masalah lain akibat suntikan, sila dapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital yang berdekatan.

Adakah Pelalian Ini Akan Menyebabkan Anak Saya Mandul ?
Tidak. Pelalian ini tidak menyebabkan kemandulan.
Apakah Keadaan Yang Tidak Membolehkan Anak Gadis Saya Diberi Pelalian HPV ?
Anak anda tidak akan diberi pelalian atas sebab-sebab berikut :
- Pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama atau suntikan kedua.
- Pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat di hospital.
- Hamil.
Apakah Tindakan Saya Jika Anak Saya Terlepas Tarikh Temujanji Pelalian ?
Jika anak anda tidak sihat atau tidak hadir ke sekolah pada hari pelalian, tarikh temujanji baru akan diberi oleh anggota Kesihatan.
Maklumat tambahan :
Maklumat tambahan berkaitan pelalian HPV boleh didapati melalui :
- Doktor atau anggota Kesihatan di sekolah atau di klinik.
- Layari www.myhealth.gov.my atau www.moh.gov.my.
- Hubungi Hotline HPV : 1 – 800 – 88 – 1478