Malam persembahan minggu ketujuh Gegar Vaganza musim ke-11 berlangsung dengan penuh sengit apabila sembilan peserta mengambil cabaran bertemakan ‘Kencana’.
Bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam, peserta bersaing untuk membawakan lagu-lagu yang menuntut mereka keluar dari zon selesa.
Pada akhir siaran, Liza Aziz mencuri tumpuan dengan persembahannya menerusi lagu Damelo, nyanyian asal oleh Dolla dan Hard Lights. Kegigihan mengangkat lagu tersebut membolehkan Liza menduduki tempat pertama dengan markah 81.90%.
Sementara itu,Fairuz Selamat terpaksa menduduki tempat terakhir dengan markah 59.20%. Bagaimanapun, tiada penyingkiran berlaku malam semalam dan Fairuz berpeluang meneruskan perjuangannya selepas keputusan pihak produksi untuk tidak menyingkirkan sesiapa.
Fairuz menyampaikan lagu OMK (Oh My Kadhale), hasil ciptaan Zubir Khan dan Ezra Kairo. Meskipun berada di kedudukan tercorot, dia masih diberi peluang untuk beraksi lagi dalam minggu seterusnya.
Setiap persembahan diadili oleh panel juri yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat, dan Hetty Koes Endang.
Ini adalah kedudukan dan markah yang dicatatkan untuk konsert minggu ketujuh:
Keputusan akhir minggu ketujuh ini menyaksikan tiada penyingkiran, memberi kesempatan kepada semua peserta untuk terus bersaing dalam Gegar Vaganza 11.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.