Susulan kontroversi hangat yang membabitkan band pop rock The 1975 bulan lepas, pihak penganjur Good Vibes Festival tampil membuat kenyataan rasmi mengenai proses bayaran balik (refund) kepada para pembeli menerusi laman media sosial mereka.
“Kami amat sedih dengan apa yang berlaku dan sedia maklum bahawa adalah penting untuk kami menerangkan prosedur bayaran balik untuk membantu mengimbangi kos kerugian yang telah dihadapi oleh anda semua,
“Prosedur ini tidak sempurna, dan mungkin tidak dapat memuaskan hati semua orang sepenuhnya, tetapi kami harap anda memahami bahawa kami cuba memberi pampasan yang adil kepada pemegang tiket sebaik mungkin,” jelas pihak The Future Sound Asia.
Menurut kenyataan tersebut, pembeli tiket GVF 2023 mempunyai empat pilihan prosedur bayaran balik:
Hanya sebahagian bayaran balik diterima manakala bakinya disumbangkan kepada #SaveGVF
Tukar tiket #GVF2023 kepada tiket #GVF2024 atau #GVF2025 (termasuk sekali dengan baucar minuman RM100)
Sumbang kesemua jumlah amaun bayaran balik penuh kepada #SaveGVF
Bayaran balik tiket #GVF2023 sepenuhnya dipulangkan kepada anda
#SaveGVF merupakan plan inisiatif yang dibina oleh pihak penganjur bertujuan untuk memberi peluang kepada para pembeli yang ingin menyokong mereka dalam menghidupkan kembali festival tersebut di masa akan datang.
Ads
“Semasa anda memilih pilihan bayaran balik anda, ingin kami ingatkan bahawa pihak kami sentiasa komited untuk menganjurkan festival musik Malaysia dengan harapan ianya akan membawa kegembiraan kepada anda juga; kami mahu GVF terus hidup.
“Jika anda boleh menyumbangkan atau menangguhkan sebarang jumlah bayaran balik, ianya amat dihargai dan membantu dalam misi #SaveGVF,” komen pihak penganjur.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan bayaran balik (refund) masing-masing, boleh melawat laman web The Good Vibes Festival.
Ads
Tempoh penyerahan bayaran balik adalah dari 14 Ogos 2023 hingga 10 September 2023.
Menjenguk ke ruangan komen hantaran tersebut, terdapat pelbagai reaksi dan komen dilemparkan oleh warganet kepada pihak penganjur.
“Kami tidak bersalah dalam hal ini. Kami bayar tiket, caj perkhidmatan, hotel, parking dan sebagainya. Kami terpaksa bayar RM10 untuk sebotol air mineral 500ml kerana pihak anda periksa beg kami jika membawanya dari rumah! We all behave and follow your T&C. Sekarang kenapa nak minta simpati dari kami pula?” komen seorang pembeli.
“Maaf, saya memerlukan bayaran balik penuh. Bosan dengan drama dan perniagaan tamak anda.” keluh pembeli lain.
Ads
“Mengapa anda perlu menyerang penganjur? Tiada sesiapa yang memaksa anda untuk membantu jika anda tidak mahu!” sokong warganet lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kematian seorang anggota tentera PBT Abdul Aziz Aznam yang diberitakan meninggal dunia semalam mendapat perhatian apabila seorang sahabat kepada arwah atas nama Adin Rashid di fbnya meminta Kementerian Pertahanan menyiasat kes berkenaan.
Dalam perkongsiannya Adin memaklumkan arwah baru melaporkan diri bertugas pada hari Jumaat 28 hb dan keesokan hari Sabtu itu (24 jam) diberitakan arwah terjatuh dari tingkat tiga bangunan sebelum koma. Kejadian ini berlaku di Kompeni A 10 RAMD Kem Majidee Batu Pahat, Johor.
Dalam pada itu, sebagai rakan Adin berkata, sebagai sahabat arwah dan mewakili keluarganya berharap pihak berkuasa yang berwajib dapat menyiasat kes ini dengan seadil-adilnya tanpa kompromi dengan mana-mana pihak.
Dalam pada itu, Harian Metro melaporkan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meninggal dunia selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan di sebuah kem tentera di sini, pada 29 Ogos lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhammad Izzudin Rungai berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).
"Pada 6 September, polis dimaklumkan bahawa mangsa meninggal dunia di Wad ICU hospital berkenaan pada 2.30 petang. Urusan bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, siasatan diteruskan daripada semua aspek untuk mengenal pasti punca kematian mangsa.
"Siasatan juga bagi mendapatkan kesahihan dakwaan anggota keluarga yang memaklumkan mangsa berkemungkinan dibuli dan didera ketika di dalam kem sebelum kejadian," katanya.
Sementara itu, satu akaun Facebook (FB) dipercayai rakan anggota tentera itu mendakwa mangsa tidak hadir bertugas selama enam bulan dan diarah kembali melapor diri di kem pada 28 Ogos lalu.
"Sehari selepas itu kira-kira 3 pagi, mangsa dimasukkan ke HSNI dalam keadaan koma dan cedera parah akibat jatuh dari tingkat tiga bangunan kira-kira 12 tengah malam.
"Pada 6 September, kira-kira 2.30 petang kami menerima berita daripada ahli keluarga beliau, arwah pergi meninggalkan kami.
"Kami sebagai sahabat beliau dan keluarga, mengharapkan pihak berkuasa menyiasat kes ini dengan seadil-adilnya tanpa kompromi dengan mana-mana pihak," katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rasanya masih belum terlambat untuk REMAJA ucapkan tahniah kepada penyanyi, Sufian Suhaimi setelah berkongsi kisah mengambil anak angkat.
Pada usia semuda 27 tahun, Sufian telah mengambil seorang kanak-kanak lelaki bernama Faeq sebagai anak angkatnya. Siap ada akaun Instagram @babyfaeq untuk disamakan dengan gelaran Sufian, Baby Pian mungkin.
Dalam posting tersebut, Sufian menceritakan betapa bersyukurnya dia setelah dimpahkan rezeki Tuhan dan nikmat dunia. Dia sendiri merasakan usia 27 tahun itu tidak terlalu awal untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa.
“Selain ada tanggungjawab terhadap keluarga, saya masih rasa kekurangan. Saya rasa berbeza bila berjumpa dengan kawan yang sudah ada anak. Rasa lain, rasa penuh. There is something special about babies. I feel complete around them,” catatnya.
Walaupun masih bujang, namun dia merasakan kehadiran seorang anak angkat adalah rezeki untuknya.
Tinjauan di media sosial menunjukkan ramai peminat yang melting dengan niat Sufian itu. Selain memuji betapa comelnya Faeq, ramai juga yang sempat ‘menggatal’ dengan status Sufian sebagai hotyoung daddy.
“Cair terus hati batu kita, bila nak akad akak pulak?”
“Aww material daddy sangat.”
“Anak tu tahu tak papa dia Sufian Suhaimi?”
“Jom bawa anak kita main sama-sama.”
“Nak jadi anak angkat juga boleh? Kalau tak boleh isteri pun tak apa.”
“Okay anak dah ada. Kita nak jadi adik angkat..!”
Amboii…cepat je nak sakat Sufian.
Apapun, REMAJA berharap agar Sufian menyayangi Faeq sepenuhnya! Kami pasti penyanyi tersebut akan menjadi figura ayah terbaik untuknya.
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hangat sebelum ini di media sosial apabila pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI) di saluran TV3 kelihatan kekok menyiang ikan ketika acara tersebut bersiaran secara langsung.
Sesetengah warganet yang melihat aksi pengacara wanita itu turut membandingkan diri mereka yang lebih mahir menyiang ikan meskipun bergelar seorang lelaki.
Namun ada juga segelintir individu yang berpendapat wanita masih boleh memasak meskipun tidak pandai menyiang ikan kerana boleh meminta khidmat peniaga untuk menyiang ikan tersebut ketika membelinya di pasar raya.
Setelah video menyiang ikan tersebut tular di media sosial, pengacara wanita WHI tampil memberikan penjelasan mengapa dia tidak mahir melakukan tugasan di dapur tersebut.
Memetik sumber Harian Metro, pengacara WHI bernama Sugeeta Chandran itu berkata dia seorang vegetarian dan jarang menikmati hidangan ikan.
“Saya vegetarian, tak makan ikan, tak masak ikan dan pernah siang ikan pun sekali saja, itu pun manja-manja.
“Saya pula duduk di rumah seorang saja dan kalau di rumah keluarga, emak beli ikan pun yang sudah siap siang maka menyiang bukan perkara yang saya biasa lakukan,” jelasnya.
Lebih lanjut, Sugeeta menjelaskan bahawa program WHI mempuyai segmen di mana para pengacara tidak diberitahu terlebih dahulu cabaran yang akan mereka hadapi dan harus bersedia melakukan apa sahaja yang diberikan oleh pihak produksi.
“Kalau anda pernah menonton rancangan WHI, akan ada segmen untuk pengacara dan kita (pengacara) pun tak tahu apa cabaran akan diberikan.
“Pada hari berkenaan, ada menu berasaskan ikan dan cabarannya menuntut saya dan Syira menyiang ikan,” jelasnya lagi.
Menurutnya lagi, wanita yang tidak pandai menyiang ikan tidak bermakna mereka kurang hebat kerana perkara itu boleh dipelajari.
“Saya ada baca beberapa komen kurang menyenangkan apabila ada yang mengaitkan wanita dengan menyiang ikan sedangkan ia bukan penentu wanita itu hebat atau tidak kerana ada dalam kalangan mereka dibantu ayah atau suami,” komennya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO/ARTIKEL: Harian Metro, WHI
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...