
Sebelum ini tular di media sosial kisah seorang makcik gelang pink yang didapati makan di sebuah café d Meru Raya, Ipoh.
Di saat gambarnya ditularkan, makcik berusia 72 tahun itu sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh selepas didapati positif COVID-19 selepas menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari selepas kembali ke tanah air pada 4 Julai lalu.
Terbaru, BERNAMA melaporkan ‘makcik gelang pink’ telah dijatuhkan hukuman penjara sehari dan didenda RM8,000 hari ini kerana ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian ketika dalam tempoh kuarantin wajib.
Keputusan dibuat di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.
Wanita warga emas dikenali sebagai ‘makcik gelang pink’ sebelum ini, didakwa melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian yang dikeluarkan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Sebelum ini, rata-rata netizen mengecam dan menyuarakan kemarahan tindakan wanita ini disaat “gambar makcik tertangkap” selamba makan di luar walau pun perlu menjalani kuarantin di rumah.
So apa pendapat korang, rasa setimpal tak hukuman yang diterima makcik pink ni?
Sumber : Bernama
OMG! Larangan Keluar Lewat Malam Bagi Remaja Bawah 18 Tahun Bakal Digubal

Lepas ini, korang mungkin tak boleh lepak di warung mamak lagi untuk menonton perlawanan bola sepak lewat malam.
Kerajaan menerusi kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ingin menggubal polisi melarang remaja berusia bawah 18 tahun daripada berada di luar rumah selepas jam tertentu pada waktu malam tanpa penjaga.
Hal ini telah dipersetuju oleh komiti kabinet kerana rekod menunjukkan peratusan remaja yang terpalit dengan isu menghidu gam kebelakangan ini berada pada tahap membimbangkan.
“Kami sedang mempertimbangkan polisi sama yang telah dipraktik di negara asing seperti Iceland.
“Ia mungkin tidak mudah untuk dikenakan, namun kami merasa ia wajar dan sekurang-kurangnya boleh menghalang remaja daripada terlibat dalam sebarang aktiviti negatif,” tambah beliau.
Di Iceland, kanak-kanak bawah 12 tahun tak dibenarkan berada di luar melebihi jam 8 malam kecuali jika ditemani penjaga.
Remaja antara usia 13 – 16 tahun pula tak dibenarkan melebihi jam 10 malam kecuali mereka sedang dalam perjalan pulang ke rumah daripada aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.
Sesiapa yang melanggar peraturan boleh dibawa terus ke balai polis dan ibu bapa perlu mengambil mereka ke sana.
“Polisi ini masih pada peringkat perbincangan. Kami belum menetapkan hukuman. Apa yang penting sekarang adalah untuk menghalang ketagihan hidu gam dan mengambil dadah.
Apa pendapat korang? Rasa macam kebebasan ditarik ataupun korang setuju?
Bagi kami di REMAJA, polisi ini mempunyai pro dan kontranya.
Mungkin niat yang ada di kalangan ibu bapa dan penjaga baik kerana mereka gentar anak remaja mereka mendekati kehidupan sosial seperti ke kelab dan mengambil dadah. Tetapi pada masa yang sama, kebebasan remaja untuk melakukan lebih baik aktiviti sosial yang berfaedah pada lewat malam seakan ditarik secara serta-merta.
Bagaimana nasib remaja yang ingin bermain futsal dan badminton pada waktu malam terutamanya pada hujung minggu. Bagaimana dengan remaja yang terpaksa keluar malam untuk sesuatu hal kecemasan. Bagaimana dengan remaja yang perlu ke pusat tusyen dan hanya pulang selepas jam 10 malam.
Mungkin polisi ini perlu digubal secara teliti dan terperinci, kemudian barulah dikhabarkan kepada remaja di Malaysia. Barulah tiada salah faham yang berlaku sehingga menyebabkan remaja meroyan.
Zakat Fitrah Pelajar IPT Patut Ditunaikan Sendiri, Namun Ada Syaratnya

Bayar zakat fitrah adalah satu kewajipan bagi seluruh umat Islam yang berkemampuan untuk dilangsaikan sebelum tiba Aidilfitri.
Rukun Islam yang keempat ini diwajibkan pada bulan Ramadhan kerana Allah memberi keistimewaan kepadanya sebagai bulan toleransi dan bulan penuh kesyukuran di kalangan hambaNya.
Namun, persoalannya bagaimana pula dengan pelajar IPT? Perlukah mereka turut membayar zakat fitrah ini?
Baru-baru ini, melalui perkongsian facebook Harith Al Bakkaniy ada berkongsi tentang perkara ini.
Menurutnya, Zakat fitrah pelajar IPT hendaklah dikeluarkan sendiri oleh pelajar dan sekiranya bapanya ingin menanggungnya maka hendaklah dimintakan izin dari tuan empunya badan. Ini kerana anak yang telah baligh tidak termasuk dalam tanggungan nafqah bagi bapa.
Tidaklah menjadi kesalahan sekiranya bapa masih terus ingin menanggung nafqah anak selepas baligh,sekaligus membayarkan fitrahnya sepertimana kebiasaan pada hari ini,iaitu pelajar di IPT masih diberikan duit belanja oleh ibu-bapa,namun untuk keluar dari khilaf memadai bapa memaklumkan sahaja kepada anak yang fitrahnya akan ditanggung oleh bapa.
Melainkan sekiranya anak menerima tajaan biasiswa atau mempunyai biaya sendiri yang berkecukupan tanpa memerlukan perbelanjaan nafqah dirinya ditanggung oleh bapa,maka hukumnya seperti yang diterangkan pada bahagian awal tulisan ini.
Demikian juga bagi anak yang ingin membayarkan fitrah buat ibu bapanya maka hendaklah dimintakan izin terlebih dahulu.
Kesimpulannya wajarlah para pelajar IPT didedahkan dengan permasalahan hukum ini untuk melatih sikap bertanggungjawab dalam diri mereka kerana jumlah zakat fitrah yang perlu dikeluarkan bukanlah begitu besar nilainya.
والله أعلم
Rujukan; At-Taqrirat As-Sadidah Fi Masail Mufidah,halaman 420.
Semoga info diatas dapat memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Yela Islam tu kan mudah!
Sumber : Harith Al Bakkaniy
“Maruah Diaibkan”, Lelaki Jawap Soalan Salah Tentang PRU Ini Dahulunya Anak Orang Kaya Sebelum…

Semalam tular di media sosial berkaitan seorang pekerja minyak sebuah stesen minyak di Johor Bharu (di bajunya tertulis stesen BHP). Dalam satu temuramah berkaitan politik, lelaki berkenaan ketika diajukan berkaitan politik tetapi telah memberikan satu jawapan yang begitu berbeza dengan soalan ditanyakan.
Akibatnya baik akak bawang dan abang bawang telah memberikan komen-komen negetif seolah-olah mempersendakan “IQ” lelaki berkenaan.
Rentetan dari berita dianggap cubaan memalukan abang kandungnya yang dipercayai pernah alami tekanan beberapa kali, adik kepada mangsa buli siber ini, Syiqin Yahya telah membuat rayuan agar video yang telah viral itu didelete kerana dia mengakui abang kandungnya iaitu Mohd Baharudin bin Yahya begitu tertekan dengan “hinaan” masyarakat. Malah dalam post itu juga katanya, abangnya mungkin bakal kehilangan kerja.
Ini rayuannya di facebook miliknya kira-kira 18 jam yang lalu.
slm ..tlg hide an yee..
sy sedih gile ari ni..
video abg sy yg kerja bhp tu viral..
ramai yg kecam..
sedih la..
ari ni abg sy dtg jumpe sy mgamuk2..
mukin dy kne buli xpon kne buang kje..
xpon org hina-hina dy..
“dy sakit..drpd video pon korg dh blh agak dy ok ke x..
dy jd mcm tu sbb jge kami adk bradik..
dulu ayah kami kaya kontraktor..
bile satu tahap ayah sy jatuh bankrup..
abg sy ni la yg jge kami..dy xdpt smbng bljr..
abg sy ni baik dan xkacau org..
dy jadi mcm tu sbb xblh nk bdikari dan terima hakikat..
yla dugaan kami tlapau berat..
ad satu masa tu makn ubi je..
ad satu mase tu xmkn langsung..
setiap manusia ad dugaan masing2..
dan sy pon xsangka abg sy blh jd mcm ni..
mukin rezeki abg sy bkn kat dunia ni tp kat syurga nti..
allah dh jnji org istimewa akn ke syurga..
nak cerite pjng lebar pon xguna..????
cume nk mtk admin viral an la..
dan kwn2 yg lain tlg la share2 ye..
kpd admin2 page2 sy mohon tlg delete video tu..
sekian.
Menurut Syiqin, dahulu keluarganya kaya tetapi suatu masa, Allah menguji keluarganya dan perniagaan diusahakan bapanya jatuh. Malah abangnya itulah yang telah tampil membantu keluarga dalam segala segi. Tidak dapat sambung belajar selepas kejadian itu. Malah katanya lagi abangnya itu baik dan tak pernah kacau orang.
Mungkin merasakan buli siber ini keterlaluan dan lelaki yang membuat rakaman itu tahu “kekurangan” abangnya, namun video itu tetap dirakam dengan satu niat yang tidak pasti. Ekoran kejadian itu, keluarganya telah membuat satu laporan polis demi memastikan kehormatan abangnya dipelihara dan bukannya dimalukan di media sosial sebegitu rupa.