Jika wang tidak menjadi satu isu, why not seseorang itu menghabiskannya demi gelang ‘Cable Tie’ yang sebenarnya korang boleh dapat dikedai DIY?
AMBUSH sebuah jenama terkemuka yang berasal dari Jepun telah mengeluarkan rekaan idea yang tak terfikir dek orang. Manakan tidak cable tie yang selalu kita guna untuk mengikat wayar-wayar berserabut tu diambil menjadi hasil fesyen yang berharga!
Tapi jenama ini sebenarnya memang popular dengan idea menghasilkan pelbagai koleksi perhiasan berbentuk eksperimental. Terkini, mengeluarkan satu rekaan gelang tangan menyerupai cable tie yang dijual di kedai-kedai sekeliling kita seperti MR DIY dan Eco Shop.
Demi membuatkan generasi muda lebih mengenali, meminati dan membeli produk keluaran jenama AMBUSH, rekaan pereka fesyen Yoo Ahn terdiri daripada koleksi beberapa jenis aksesori iaitu gelang, cincin dan anting-anting.
Jangan terkejut ye, koleksi tersebut dijual dengan harga yang cukup mewah iaitu lebih RM2,000. Walaupun harganya dianggap tidak masuk akal, gelang dan cincin mirip cable tie itu telah pun habis terjual secara dalam talian di laman Farfetch.
Rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan harga cincin dan gelang berkenaan yang dikatakan fesyen terbaharu masa kini. Ini adalah di antara strategi masa kini jenama fesyen yang tidak lagi sekadar berfokuskan kepada pakaian, kasut dan aksesori badan.
Untuk info, jenama fesyen jalanan AMBUSH ini memasuki pasaran di Paris pada tahun 2015, kebanyakan rekaannya diinspirasi dari seni pop Tokyo. Jenama ini juga sering bekerjasama dengan jenama fesyen terkenal seperti Kim Jones, Off White, Shu Uemura, Nike, Gentle Monster, dan Rimowa.
Jangan pandang sebelah mata ye walaupun sekadar ‘cable tie’. Patut la harganya pun beribu. So korang seperti kami yang mungkin masih belum mampu membeli aksesori AMBUSH, mungkin korang boleh pergi ke kedai Eco mahupun DIY sebab penulis tak nampak banyak beza pun….hehe
Sumber : CNN