Kemewahan selebriti Hollywood tidak dapat dinafikan lagi buat sekian lama. Lihat sahaja dari jenama kasut dipakai sehinggalah ke barisan kenderaan mewah yang silih berganti digunakan.
Artis seperti Taylor Swift, Kanye West dan Kim Kardashian sudah semestinya memiliki nilai bersih harta yang mencecah ratusan juta ringgit. Jadi bagi mereka untuk melaburkan puluhan juta bagi membeli rumah adalah perkara enteng di mata mereka.
Namun, baru-baru ini dunia hiburan dikecohkan dengan pembelian rumah yang berharga 200 juta ringgit oleh pasangan sensasi, Beyonce dan Jay-Z!
Ads
Rumah agam konkrit besar itu dikatakan terletak di atas tanah seluas 8 ekar di luar pantai California Selatan dan mempunyai pantai persendirian, kolam renang dan ciri airnya sendiri sebagai tambahan kepada kediaman seluas 40,000 kaki persegi ini. Wow hebat!
Selain itu, rumah agam moden ini menggunakan lebih daripada 7,645 ela padu konkrit tembus mesra alam untuk membinanya. Struktur yang direka oleh arkitek Jepun, Tadao Ando itu telah mengambil masa hampir 15 tahun untuk dibina.
Ads
Oleh kerana rumah itu disenaraikan secara persendirian, jumlah bilik tidur dan bilik mandi masih menjadi tanda tanya. Namu, kawasan halaman yang menenangkan di rumah agam itu semestinya dapat memberi ketenangan kepada kedua insan terkenal tersebut.
Haaa…..‘another level’ kan pasangan selebriti ini? Kalau kita nak beli rumah semahal itu, simpan duit dari bayi pun mungkin takkan berpeluang. Haih
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Vanity Fair
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat kali pertama, platform digital dan aplikasi Yoodo yang dilancarkan pada Januari 2018 telah menganjurkan kejohanan PUBG MOBILE Campus Championship (PMCC) 2019 semalam di ioi Mall Puchong.
Kejohanan yang berjaya menarik perhatian 16 buah pasukan daripada pelajar universiti seluruh negara telahpun dimenangi oleh 4 orang pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang menggelar diri mereka sebagai DarkHorse.
Mereka berjaya mengatasi 60 orang pelajar lain daripada 15 pasukan PUBG Mobile lalu membawa pulang wang tunai sebanyak RM18,000, trofi dan gelaran juara pertama PMCC.
Selain itu, mereka turut menerima hadiah berupa chicken dinner, pelan data 1 tahun oleh Yoodo dan kredit Boost selama setahun.
Kejohanan PMCC pada tahun ini nyata menerima sokongan dan perhatian ramai walaupun baru kali pertama dianjurkan. Ia bertujuan untuk menggalakkan pemain e-Sports muda agar mereka lebih serius dalam memperbaiki skil mereka sebelum menyertai pertandingan seperti ini.
Malah di kalangan penonton dan peminat e-Sports juga, PMCC berjaya menarik tontonan yang tinggi dan ia membuktikan bahawa minat terhadap e-Sports semakin meningkat, terutamanya yang bergelar pelajar.
Korang tak teringin ke nak menang duit sehebat RM18,000?!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
10 tahun lalu, Sam Roune memenangi satu pertandingan dalam siri realiti popular The Biggest Loser. Usianya baru 19 tahun ketika itu dan memiliki berat badan 154 kg.
Selepas 10 tahun berlalu, wow, memang berubah habis penampilannya. Bukan saja kacak tetapi badannya penuh otot. Dia juga miliki kerjaya sebagai ahli bomba. Ermmm..memamg kacak la kan kalau ada abam bomba begini.
Sam memenangi pertandingan ini selepas dia berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 71 kg dalam siri realiti tersebut.
Disebabkan otot kekarnya itu dia terpilih menghiasi kalender New South Wales FireFighters Calender dengan pelbagai aksi yang menarik.
Jelas pemuda dari Australia ini demi mengekalkan bentuk badannya dia banyak berlari dan sering ke gym. Dia juga aktif dalam banyak sukan bagi mengekalkan bentuk tubuh sedia ada.
Apa pun abam bomba nie memamg kacak dan sesuai terpilih sebagai abam kalender bomba.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jun ini menyaksikan lebih banyak drama-drama Korea yang menarik untuk ditonton sepanjang tempoh lockdown. Hiks! Antara yang ditunggu-tunggu peminat k-drama adalah The Penthouse musim ketiga dan Hospital Playlist 2.
Seperti biasa, jom kita lihat antara drama-drama Korea menarik yang bakal ditayangkan sepanjang bulan ini.
1. Love (ft. Marriage & Divorce) Season 2
Antara kesinambungan drama Korea yang dinanti, Love (ft. Marriage & Divorce) menceritkan tentang kisah tiga orang wanita dalam usia 30-an, 40-an dan 50-an yang berhadapan dengan masalah rumah tangga apabila suami mereka berlaku curang.
Musim pertama hanya memaparkan kisah wanita simpanan suami mereka di pertengahan cerita, sudah pasti peminat tidak sabar untuk mengetahui apakah nasib yang dialami oleh rumah tangga tiga wanita tersebut.
2. At a Distance, Spring is Green
Mengisahkan tentang perjuangan pelajar kolej dalam menghadapi realiti kehidupan yang sukar. Yeo Joon (Park Ji-Hoon), Kim So-Bin (Kang Min-Ah), dan Nam Soo Hyun (Lee Shin-Young) mempunyai keperibadian dan kehidupan yang berbeza.
Yeo Joon dari keluarga yang kaya dan ramah, tetapi ibu bapanya tidak mempunyai banyak masa untuknya. So Bin pula adalah seorang yang tulus ikhlas tetapi mempunyai masa lalu yang sukar kerana perceraian ibu bapanya dan Soo Hyun, seorang perfectionist dan dia cemerlang dari segi akademik.
3. The Penthouse 3
Peminat sudah tidak sabar menantikan kesudahan drama Korea yang pernah mencetus fenomena di negara kita. Berkisarkan tentang keluarga yang hidup mewah di Hera Palace, bermacam-macam insiden jenayah yang berlaku, namun masih tidak dapat merungkai siapa pelaku sebenar kerana terdapat banyak plot twist yang memeningkan kepala penonton. Hiks!
4. Voice 4: Judgement Hour
Pembunuh bersiri yang mempunyai kebolehan pendengaran yang luar biasa sama seperti Kang Kwon Joo (Lee Hana). Pembunuh itu membunuh mangsa dengan kebolehan pendengarannya. Oleh sebab ini, Kang Kwon Joo memohon bantuan daripada detektif Derek Jo untuk menangkap pembunuh bersiri itu.
Song Seung Hun, sebagai detektif Derek Jo, detektif pinjaman dari Los Angeles Police Department yang datang ke Korea Selatan untuk bekerjasama dengan team Golden Time. Detektif Derek Joe merupakan perfectionist, yang tak boleh terima sebarang kesilapan walaupun hanya kesilapan kecil.
5. Monthly House
Memaparkan kisah seorang lelaki yang suka membeli rumah dan seorang wanita yang lebih suka untuk menyewa rumah. Siri ini merangkumi topik “memiliki atau menyewa rumah”, yang menjadi perhatian orang yang tinggal di Korea.
Na Young-Won (Jung So-Min) adalah editor majalah Monthly House. Dia telah bekerja selama 10 tahun, tetapi dia masih tidak memiliki rumah sendiri, dia tinggal di rumah sewa. Walaupun begitu, Na Young-Won mengurus rumah sewanya seperti miliknya. Rumahnya mencerminkan keperibadian dan emosinya. Segalanya berubah apabila tuan rumah yang baru, Yoo Ja-Sung (Kim Ji-Suk), muncul di hadapannya. Na Young-Won kemudian berminat ingin membeli rumah sewanya.
6. Hospital Playlist 2
Musim kedua siri ini mengetengahkan persahabatan yang mesra di antara lima orang doktor, yang memperoleh keselesaan hanya ketika bersama antara satu sama lain. Kehidupan baru setiap mereka bermula pada awal 40-an. Dengan kerjaya sebagai doktor, kehidupan pragmatik orang yang hidup, mati, dan hanya singgah di hospital akan diceritakan dari perspektif mereka yang berbeza.
7. So Not Worth It
Sebuah sitkom komedi Netflix yang mengisahkan sekumpulan pelajar multinasional yang tinggal bersama di asrama universiti di Seoul yang dibintangi oleh Park Se Wan, Shin Hyun Seung, Youngjae GOT7, Minnie (G)I-DLE, dan Han Hyun Min.
8. Nevertheless
Drama ini mengisahkan seorang gadis yang tidak percaya cinta tetapi ingin menjalinkan perhubungan, dan seorang lelaki yang merasakan perhubungan ini menyemakkan tetapi masih mahu mengurat.
So guys, drama yang mana satu paling korang excited nak tonton? Hiks!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...