Ads
Home Hiburan Habiskan RM2.5 Juta Dalam Masa 4 Jam Untuk Majlis Kahwin, Siapa Orang...

Habiskan RM2.5 Juta Dalam Masa 4 Jam Untuk Majlis Kahwin, Siapa Orang Kenamaan Terlibat?

Ads

Kalau orang tak berduit diberi RM1 juta tunai, mungkin kita akan pengsan sekejap. Maklumkan, tak pernah terbayang dapat duit banyak macam tu.  Masa duit ada di tangan, macam-macam kita bayang nak beli sebab duit banyak. Yang himpit nak pinjam pun ramai. Biasalahkan.

Itu kalau kita susah. Tapi bagaimana dengan orang kaya yang duitnya banyak? Ternyata orang-orang kaya, ahli perniagaan dan orang kenamaan di Indonesia tidak kisah mengeluarkan RM2.5 juta untuk sebuah majlis perkahwinan anak mereka yang hanya mengambil masa kurang dari empat jam.

Hal mengejutkan ini dikongsikan oleh pereka  dekorasi bertaraf dunia asal dari Indonesia, Suryanto ketika satu pertemuan di Indonesia bersama Majalah Remaja.

Habiskan RM2.5 Juta Dalam Masa 4 Jam Untuk Majlis Kahwin, Siapa Orang Kenamaan Terlibat?
Bapak Suryanto bersama Azmy yang juga pakar bunga negara dari Malaysia

Menurut pereka yang menjadi pilihan golongan kenamaan dan ahli perniagaan elit Indonesia ini, kos untuk mengupah dan mengambil perkhidmatan syarikatnya, Suryanto Decoration yang terletak di Jl Tawakal Raya Ujung 13 C Grogol, Jakarta bermula dari USD500,000 bersamaan RM2.5 juta untuk sebuah majlis perkahwinan, pelancaran dan lain-lain lagi.

Sangat mahal bagi orang tidak berkemampuan seperti kita tetapi harga yang cukup biasa-biasa dibayar oleh orang kenamaan asal majlis perkahwinan anak mereka dilihat indah dan cantik. Ada ke sapa-sapa yang sanggup keluarkan RM2.5 juta untuk majlis kahwin mereka nanti?

Habiskan RM2.5 Juta Dalam Masa 4 Jam Untuk Majlis Kahwin, Siapa Orang Kenamaan Terlibat?
Inilah pelamin idea Om Syuk untuk wedding anak seorang ahli perniagaan Indonesia

Sangat merendah diri biar dirinya cukup terkenal, Suryanto yang lebih senang dipanggil Om Syuk berkata, dia memerlukan di antara 600 -2000 orang pekerja tenaga mahir untuk menghias dewan dalam satu-satu acara.

Ads

“Biasanya pihak hotel memberikan masa selepas jam 12.00 tengah malam. Saya bersama team mengambil masa lebih kurang 6-7 jam untuk menghias dewan mengikut kehendak pelanggan seperti dipersetujui,” katanya yang memulakan kerjaya sebagai pereka dekorasi bermula pada 1972, pada usianya lebih kurang 22 tahun.

Ditanya serba sedikit mengenai dirinya, Om Syuk yang dilahirkan di Jakarta pada 1950 berkata, ilmu yang ada pada dirinya adalah semangat untuk berubah.

“Saya tidak pernah mendapat pendidikan yang formal dari mana-mana pusat pengajian tinggi. Bagi  saya setiap hari adalah hari persekolahan. Ilmu yang datang bagi menghadapi idea dekorasi di luar pemikiran datang apabila saya berbincang bersama-sama pelanggan.

 

“Berbual bersama mereka dapat mengembangkan idea dalam dunia dekorasi. Saya kemudian akan berbual dengan rakan-rakan terapat untuk memperkembangkan idea yang diminta oleh pelanggan tadi,”katanya mengakui suka bekerjasama dengan anak muda yang disifatkannya banyak idea terkini.

Habiskan RM2.5 Juta Dalam Masa 4 Jam Untuk Majlis Kahwin, Siapa Orang Kenamaan Terlibat?
Orang kaya tak kisah pun bayar RM2.5 juta untuk majlis kahwin hanya 4 jam dan mengupah Om Syuk sebagai pereka majlis mereka

Menyifatkan corak dekorasi sekarang amat berbeza dengan tahun 1990-an, Om Syuk sentiasa menjadi trend satter bagi pereka lain yang sangat terkasima dengan dekorasi ciptaannya.

“ Wang bukan soal utama. Dahulu orang hanya membayar saya USD100 di awal pembabitan tetapi sekarang jumlahnya jauh lebih tinggi. Sebagai pereka, saya perlu membuat perubahan-perubahan yang agak drastik terutama dari segi pelaksanaan peralatan dan juga bahan-bahan  dekorasi agak kelihatan lebih tersergam bagaikan sebuah bangunan yang asli,” katanya yang mempunyai pekerja yang sangat setia dan berpengalaman luas.

Ditanya mengapa memerlukan pekerja sebegitu ramai, katanya tenaga kerja yang sedikit memerlukan masa lebih panjang.

Ads

Biar sangat dikenali dunia, tetapi Om Syuk sangat merendah diri. Sehinggakan pereka dunia, Preston Bailey sangat menyanjung tinggi kedudukan Om Syuk yang sangat hebat serta mampu mengubah sebuah dewan bagai ceritera kayangan.

Habiskan RM2.5 Juta Dalam Masa 4 Jam Untuk Majlis Kahwin, Siapa Orang Kenamaan Terlibat?
Hiasan di laluan utama sebelum masa ke dewan utama

Tidak menawarkan konsep tajaan atau win-win situation, wow faktornya sebagai kejuruteraan seni bina memang sangat mengagumkan pelanggannya. Dan tidak hairanlah, orang kaya tidak kisah mengeluarkan duit sebanyak itu biar majlis kahwin cuma 4 jam sahaja. Hebatkan.

Pertukaran teknologi di antara Malaysia & Indonesia

Tidak pernah lokek dengan kehebatan nama yang sentiasa menjadi sebutan ramai orang kenamaan, Om Syuk  ternyata sudi berkongsi idea bersama pereka dari Malaysia. Baguskan sebab tak lokek dengan ilmu.

Ads

Hal ini diakui oleh Mohd Azmy Osman yang diiktiraf sebagai Pakar Bunga Negara yang mengakui menjadikan Om Syuk sebagai rujukannya.

“Saya lebih suka merujuk corak dekorasi yang diterapkan oleh pakar-pakar dekorasi dari Indonesia. Ini kerana mereka  mampu menghasilkan satu idea di luar pemikiran kotak. Walaupun ada pengamal industri di Kuala Lumpur cuba untuk mengaplikasikan kesemua idea yang Om Syuk terapkan, tetapi kita masih jauh ketinggalan 30 tahun kebelakang.

Habiskan RM2.5 Juta Dalam Masa 4 Jam Untuk Majlis Kahwin, Siapa Orang Kenamaan Terlibat?
Perbincangan terjalin antara Om Syuk dan Azmy mengenai program yang bakal diperkenalkan di Malaysia tahun hadapan

Bakal memperbaiki sistem pendidikan negara menerusi  pengabungan dua kaedah perlaksanaan ini mampu membawa Malaysia jauh lebih hebat dan mampu menghasilkan pakar industri yang bersistemetik, menghasilkan mutu kerja yang hebat dan juga bertaraf dunia

Atas alasan tersebut Kolej Univesiti Polytech Mara Malaysia memberanikan diri untuk meneroka bidang baru yang berdaya saing dan bidang ini merupakan bidang kemahiran yang pertama diwujudkan di Malaysia dan yang pertama di Dunia. Kursus Reka Bentuk Floral ini merupakan kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pembangunan Kemahiran yang mana pakar -pakar dunia seperti Bapak Suryanto dan Preston Bailey  akan menyokong dan membantu negara bagi mengrealisasikan program ini.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI