
Baru-baru ini terdapat cadangan pindaan pendaftaran warganegara berusia 18 tahun ke atas dibolehkan mendaftar sebagai pengundi.
Bagaimanapun, pihak pembangkang meminta agar cadangan tersebut ditukar kepada warganegara berusia 18 tahun ke atas secara automatik didaftarkan sebagai pengundi.
Ini berikutan untuk memberikan hak sama rata kepada semua rakyat kuasa untuk mengundi memandangkan ada yang masih tidak mendaftrar sebagai pengundi walaupun sudah layak.
Malah, difahamkan Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Perlembagaan kali pertama bagi meminda had umur pengundi kepada 18 tahun juga bakal dibacakan di Parlimen, semalam.
Susulan itu, netizen khususnya belia memberikan pandangan mereka mengenai perkara tersebut. Ada yang memberikan sokongan namun ada juga yang membangkang.
Mungkin ada kebaikan yang kita boleh dapat melalui pindaan ini. Melalui cara ini, remaja kita akan lebih bertanggungjawab pada masa akan datang. Siapa tahu kan?
Pengajaran Kes Adik Amir: Jiran Jangan Senyap Demi ‘Tak Jaga Tepi Kain’

Kita selalu mendengar frasa, ”Jangan jaga tepi kain orang” terutamanya jika ia melibatkan perihal jiran di sekeliling rumah.
Namun dalam kes terbaru yang melibatkan kematian Allahyarham adik Zubaidi Amir Qusyairi, Jumaat lalu, mungkin situasinya sedikit berbeza dan menunjukkan betapa pentingnya peranan jiran.
Dalam temubual yang dilakukan oleh rakan media di Sinar Harian, beberapa orang jiran yang menetap di lokasi kejiranan tersebut menyuarakan rasa sedih mereka terhadap kejadian itu.
Ambulans yang disangka muncul disebabkan ada pesakit yang disahkan positif COVID-19 rupa-rupanya membawa seorang mayat anak jiran untuk urusan bedah siasat.
Sumber Foto: Sinar Harian.
Menurut jiran mangsa, mereka sering melihat adik Amir termenung di kawasan luar rumah. Manakala ibu kandungnya pula jarang sekali bergaul dengan jiran yang lain.
Hanya kelibat ibunya yang keluar masuk rumah sewaktu pergi bertugas sebagai pegawal keselamatan saja yang diperhatikan mereka.
“Bila lihat tong biru dan mayat kanak-kanak itu diusung keluar dari rumah mereka, saya sebak dan pilu,” kata salah seorang yang ingin dikenali sebagai Kak Aish, semalam.
Seorang lagi jiran melaporkan dia kerap mendengar tangisan dari kanak-kanak dari rumah jirannya itu sebelum ini. Namun dia tidak mengesyaki apa-apa dan menganggap itu hanyalah tabiat biasa seorang kanak-kanak kecil.
*
Jelas, peranan sebagai seorang jiran itu penting apabila ada situasi yang menimbulkan syak wasangka seperti ini.
Bukanlah bermaksud kita ingin menjaga tepi kain jiran atau bersifat ‘busy body’. Namun, adalah menjadi tanggungjawab kita apabila hidup berjiran untuk membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira usia. Atau sekurang-kurangnya prihatin terhadap keadaan yang mendatankan kemusykilan bagi mengelakkan masalah menjadi lebih besar.
Jika dahulu, mengambil campur hal ehwal orang lain dianggap negatif. Namun dalam dunia sekarang, sekiranya ia disertakan dengan niat untuk membantu dan menenteramkan masyarakat di sekeliling tenteram, ia dilihat perlu.
Selain itu, penulis menyedari kepentingan orang ramai terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak agar sedar akan fungsi aduan Talian Kasih.
Mungkin sekali mangsa tidak berani untuk membuat aduan. Malah boleh jadi juga telefon mangsa telah dirampas pelaku berniat jahat. Oleh itu, sekiranya kita mendapati ada sesuatu yang menghairankan berlaku ke atas jiran di sebelah, teruslah buat aduan ke Talian Kasih di nombor 15999 atau kirimkan mesej ke WhatsApp 019-261 5999.
*
Terdahulu, laman media sosial tempatan telah digemparkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di Taman Krubong Jaya Melaka; hanya tiga bulan setelah anak kecil itu diserahkan oleh ibu angkatnya kepada ibu kandung serta ayah tirinya, Oktober tahun lalu.
ARTIKEL BERKAITAN : “Kalau Tahu Jadi Macam Ini, Saya Tak Akan Serahkan” – Ibu Angkat Kanak-Kanak Maut Sesal – REMAJA
BACA LAGI : Fazura Antara Selebriti Terkesan Kematian Adik Amir
Tokyo 2020 Bakal Jadi Sukan Olimpik Paling Sunyi Tanpa Penonton

Jepun mengesahkan penetapan peraturan tiada penonton di dalam kebanyakan arena sukan yang dipertandingkan di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Ia setelah negara matahari terbit itu memasuki darurat wabak kali keempatnya semasa temasya dunia itu berlangsung bermula 23 Julai ini. Tokyo 2020 sekaligus akan menjadi edisi Sukan Olimpik pertama dalam sejarah penganjuran modennya di mana penonton dihalang daripada menyaksikan acara serta memberikan sokongan.
Bagaimanapun, beberapa arena di luar Tokyo masih akan membenarkan kehadiran penonton hingga kapasiti 50 peratus. seperti Fukushima yang akan menganjurkan sukan bola lisut dan softball, Miyagi (bola sepak) dan Shizuoka (berbasikal).

Perkembangan mendukacitakan ini adalah satu lagi cabaran kepada Tokyo 2020 setelah beberapa isu timbul sebelum ini. Ini termasuklah penangguhan temasya dari tahun 2020 ke 2021 disebabkan pandemik COVID-19 dan perbelanjaan melebihi bajet oleh pihak penganjur.
Terdahulu pada bulan Jun, Jepun menetapkan peraturan hanya warganegara Jepun dan rakyat asing yang bermastautin di Jepun saja dibenarkan untuk mendapatkan tiket masuk. Setiap arena dihadkan kepada 10,000 orang penonton ataupun separuh daripada kapasiti penuh.
Namun dengan peningkatan kes COVID-19 tiga minggu sebelum ia bermula, kerajaan terpaksa mengambil keputusan mengadakan Olimpik kali ini secara tertutup. Walaupun Tokyo hanya merekodkan kira-kira 920 kes baharu harian, penganjur ingin mengambil langkah berjaga-jaga kerana khuatir jumlah itu akan melonjak setelah Tokyo 2020 membuka tirai.

ARTIKEL BERKAITAN : Belajar Dari Penyesalan, Lee Chong Wei Pesan – REMAJA
BACA LAGI : Atlet Malaysia Yang Layakkan Diri SEBULAN Sebelum Sukan Olimpik – REMAJA
Hhm, memang akan nampak peliklah semasa kita menonton atlet bertanding di stadium kosong nanti. Ini juga mungkin adalah temasya Olimpik paling sunyi dalam sejarah.
Buat masa ini, para atlet dan pegawai sukan dari 200 buah negara yang bertanding telah mula tiba ke Jepun, termasuklah Malaysia.
Skuad pelayaran negara menjadi kumpulan pertama kontinjen Malaysia ‘terbang’ ke Tokyo pada 8 Julai lalu dengan membawa 4 orang atlet dan 3 orang pegawai. Manakala, kumpulan kedua atlet dan pegawai dijangka berlepas ke Tokyo pada 17 Julai ini.
PM Umum Tol Percuma Dua Hari Mulai Jumaat Ini Sempena Tahun Baru Cina

Pengguna jalan raya yang bakal menggunakan lebuh raya bagi tujuan pulang ke kampung halaman, bercuti mahupun bekerja sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2023 berpeluang menikmati tol percuma pada 20 dan 21 Januari ini.
Berita baik tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memudahkan perjalanan orang ramai selain perkara itu diputuskan selepas Menteri Pengangkutan dan Menteri Kerja Raya mengambil inisiatif berbincang dengan syarikat konsesi lebuh raya terlibat.
ARTIKEL BERKAITAN: PM10 Jadi Perhatian Lagi, Kali Ini Nama Anwar Ibrahim Muncul Di Who Wants To Be A Millionaire India
“Pertama berita baik, Selamat Tahun Baharu Cina, jadi untuk itu, Menteri Kerja Raya dan Menteri Pengangkutan telah ambil inisiatif berbincang dengan syarikat konsesi.
“Dan bersetuju untuk tiada bayaran tol pada 20 dan 21 Januari,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, hari ini.
Difahamkan pengecualian yang dibuat merangkumi semua jenis kenderaan di mana kerajaan yang menyerap kos pengecualian tol ini yang dilaporkan bernilai mencecah RM40 juta bagi tempoh dua hari ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram DS Anwar Ibrahim