Berita baik untuk korang yang sedang mencari smartphone baru pada harga yang berbaloi!
Huawei Malaysia bakal menawarkan model telefon Huawei Nova 7i yang dijual pada harga RM1,099 SAHAJA.
Tawaran ini adalah bersempena kempen Valentine’s Day yang hampir tiba. Huawei mengambil peluang untuk mendapat telefon pintar istimewa di bawah harga RM1,500 bermula 14 Februari hingga 21 Februari 2020 ini.
Huawei Nova 7i dikuasakan oleh cip Kirin 810, sebuah chipset 7nm yang membolehkan permainan video menjadi lancar dengan high frame rate. Peranti ini juga lengkap dengan skrin 6.4 inci memori 8GB RAM dan storan 128GB agar masa korang bermain game menjadi puas dan selesa.
Ads
Ia juga hadir dengan Super Night Mode untuk selfie, 16MP kamera hadapan dengan 1μm piksel. Ini membolehkan lebih banyak cahaya memasuki sensor. Lalu butiran foto menjadi lebih jelas ketika berada di dalam kawasan gelap ataupun pada waktu malam.
Selain itu, bateri berkapasiti 4200mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W turut menjadi keistimewaan telefon pintar ini kerana pengguna dapat menggunakan Huawei Nova 7iseharian lamanya dengan sekali caj sahaja.
Huawei nova 7i menyokong MEETime, ciri panggilan video 1080p revolusioneryang memberikan kualiti imej yang jauh lebih baik dengan penggunaan data Internet yang lebih rendah berbanding jenama telefon pintar lain.
Dalam persekitaran cahaya yang rendah, MEETime boleh meningkatkan kecerahan dan kecerahan untuk panggilan video secara bijak.
Ads
Korang boleh mendapatkan Huawei Nova 7i dengan tiga pilihan warna iaitu Sakura Pink, Black dan Crush Green. Pra-tempahan boleh dibuat bermula 14 Februari hingga 21 Februari dan korang akan menerima Huawei Band 4 secara percuma. Nak!
Sekarangini, HUAWEI sedangmelakukanpromosi yang sesuai mengikutkeperluanmasing-masing. Nikmatilahpakej plan Together 2020 HUAWEI SMART LIFE dengan0% kadarfaedah dan 0% yuranpemprosesanhingga 12 bulanhanyadengan RM4.87 sehari* Layarihttps://huaweitogether2020.3ex.com.myuntukmaklumat lanjut!
Korang juga bolehbuatpra-tempahanHUAWEI nova 7ihariini dan dapatkanprodok-produkHUAWEI sempenakempen All For Love mulai 10hingga 16Februariini pada hargaserendah RM2.14! (pada tarikhtertentu dan kuantitistokterhadsahaja)
Ads
Bilakorangbeliproduk HUAWEI nanti, janganluparebutkanpeluangmemenangi 3 pasangbaucarmelancongke Maldives yang bernilaisehingga RM36,000!
Koranghanyaperluimbaskod QR, jawabsoalan yang ada, dan isikanmaklumatperibadisertalampirkanresitpembeliankoranguntukmenyertaiperaduanni. Pemenangakandiumumkan di Facebook HUAWEI pada 14 Mac 2020. Tertaklukterma dan syarat.
*
HUAWEI nova 7i akandilancar pada 22 Feb yang dijual pada harga RM1,099 sahaja. Untukperantiterbaru yang lain pula bolehdidapatimulai 14 Feb. Pra-pesansekaranguntukmendapatkanlebihbanyak promosi. Antara perantiterbarutermasuklah:
Perkara pertama yang perlu diambil kira sebelum mencari pekerjaan adalah dengan mempersiapkan resume lengkap sebagai rujukan oleh bakal majikan.
Resume merupakan ‘first impression’ yang diberikan kepada bakal majikan kepada calon pekerja dan kerana itu juga, korang perlu menyediakan resume yang lengkap dan kemas untuk menarik perhatian syarikat-syarikat berkenaan.
Jika dulu mungkin kita memerlukan komputer untuk menyediakan resume ini, sekarang semuanya sudah mudah hanya dihujung jari. Dengan menggunakan telefon pintar sahaja korang boleh membuat resume dengan mudah.
Bagaimana caranya? Jom kita lihat perkongsian yang telah dibuat oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @shahrilfadzlyn.
1. Download aplikasi Resume Builder App, CV maker
2. Tekan ‘Create’
3. Isikan maklumat peribadi korang dan pilih gambar yang sesuai
4. Kemudian, klik view ‘CV’
5. Pilih template design yang korang mahu
6. Selepas itu, tekan zoom untuk lihat semula hasilnya
7. Kalau semua dah okay, tekan saja download
7. Siap!
Korang juga boleh save sebagai fail PDF dan print. Mudah sahaja kan? Ramai juga warganet yang telah mencuba cara ini dan mengatakan ia memang sangat mudah tak sampai 30 minit ntuk menyiapkannya.
Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika sebelum ini tular berhubung insiden seorang remaja maut selepas terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbitnya menggunakan soket di dalam sebuah bas ekspres.
Kejadian itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat terhadap keselamatan kemudahan elektrik dalam pengangkutan awam.
Menurut Prof. Dr. Sawal Hamid dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), renjatan elektrik yang berlaku dipercayai berpunca daripada soket berkuasa tinggi 220/240V dalam bas tersebut, bukan dari pengecas USB yang biasanya beroperasi pada voltan rendah.
“Beberapa bas ekspres dilengkapi dengan ‘inverter’ yang menghasilkan arus 240V AC untuk menyediakan kuasa seperti di rumah.
“Namun, tanpa penyelenggaraan yang baik, risiko bahaya boleh wujud, terutama jika ada masalah pada pendawaian atau soket yang rosak,” kata kenyataan yang dikongsi menerusi facebook Public Health Malaysia.
Sebagai pengguna, kita perlu lebih berhati-hati:
• Elakkan menggunakan soket elektrik dalam bas jika kelihatan longgar atau rosak.
• Pastikan peranti anda dalam keadaan baik sebelum mengecas di tempat awam.
• Jika ada keraguan, lebih baik berhati-hati daripada mengambil risiko.
Pernah tak korang rilek-rilek tiba-tiba tertera di WhatsApp nombor korang dah dimasukkan ke dalam grup. Bila belek-belek, ada ahli grup tu kita kenal pun tidak. Kalau kenal jumlahnya lebih sedikit dari yang tak kenal.
Salah satu cara menghindarinya ialah kita EXIT GROUP kan.
Tapi terkini, WhatsApp telah memperbaharui aplikasinya di mana hanya orang-orang yang korang rapat dan dipercayai sahaja yang boleh invite korang tentang grup nie, bukan dari mana-mana individu. Mulai April lagi, WhatsApp sudah mencubanya dan terkini ia secara rasmi digunakan.
Dengan pengemaskinian aplikasi ini, korang bebas menerima atau menolak undangan masuk ke grup yang ditubuh.
Begini caranya :-
Perkara pertama, update dulu korang punya aplikasi Whatsapp. Bukan apa, sesetengahnya tak boleh buka.
Langkah pertama dari menerima atau menolak orang invite kita dalam grup ini ialah pergi ke SETTINGS. Pada halaman pengaturan, pilih menu ACCOUNTS dan kemudian pilih PRIVACY dan klik GRUPS.
Beberapa saat kemudian, akan muncul perkataan “Everyone”, “My Contacks” dan “My Contact Except”.
So sila pilih “My Contact Except” tu dan pilih nama-nama sesiapa yang korang percayai dan suka untuk invite korang dalam grup yang bakal dipilih itu. Jadi mana-mana nama yang tiba-tiba masukkan nombor korang dah tak ada keizinan lagi selepas ini. Senangkan.
Selepas selesai memilih nama kawan-kawan yang dirasakan sesuai, klik tanda setuju. Senangkan. Tak adalah pening kepala bila tiba-tiba nama masuk dalam grup tak kenal pun.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meski kini menghampiri usia 50 tahun, pelakon Marissa Yasmin tetap tampil awet muda dan sering menerima pujian ramai. Namun bagi pelakon berusia 48 tahun...