Siapa yang tidak kenal dengan Siti Aafiyah, buah hati pengarang jantung penyanyi nombor satu negara dah suaminya, Dato’ Sri Khalid. Jika anda sentiasa mengikuti keletah dan juga ragam Aafiyah di dunia maya, pasti anda akan perasaan pengasuh yang setia disisi. Dikenali dengan panggilan Dayah Zubit, beliau telah menjadi pengasuh kepada Aafiyah dari tahun 2018 lagi.
Hari ini dalam satu hantaran di Instagram Rizman Ruzaini, pereka fesyen tersebut telah memuat naik satu busana perkahwinan yang telah direka khas untuk Dayah sempena hari perkahwinannya hari ini. Dalam ruangan komen di hantaran tersebut Dato’ Sri Siti Nurhaliza meninggalkan komen, ‘Terima kasih tunaikan hajat CT untuk kakak Aafiyah’.
Meninjau ke Instagram Dayah pula, gadis anggun ini telah selamat disatukan dengan pilihan hatinya yang merupakan pemain bola sepak Terengganu FC II, Mohammad Ridzuan Razali. Kelihatan berseri dalam persalinan rona putih rekaan pereka tersohor. Gaun tersebut yang diperincikan tatahan batuan dan jemeki rona emas tersebut diberikan elemen dramatik siap dengan ‘cape’ labuh. Menaikan lagi penampilannya, dia disolek manis oleh jurusolek Yasmeen .
.
Untuk pengetahuan anda, Dayah bukanlah sekadar pengasuh biasa. Dia merupakan graduan lepasan diploma kejururawatan. Setelah ditemuduga oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, dia diberi kepercayaan untuk menjaga Aafiyah sejak dari kecil lagi.
Selamat pengantin baru buat Dayah dan pasangan, semoga berbahagia sampai ke akhir hayat.