Baru-baru ini, jenama terkemuka Xiaomi telah mengumumkan kerjasama dengan penyanyi terkenal BamBam yang dilantik sebagai duta pertama Xiaomi bagi Asia Tenggara sempena acara pelancaran Redmi Note 13 Series.
Xiaomi yang terkenal sebagai salah satu jenama teknologi popular pada masa kini yang mereka bentuk dan hasilkan telefon pintar serta pelbagai peranti AIoT untuk semua golongan, termasuk generasi baru yang mempunyai gaya hidup yang cemerlang dan keyakinan diri yang tinggi.
Diilhamkan dari konsep ‘Every Shot Iconic’ dari Redmi Note 13 Series, perlantikan BamBam akan memberi inspirasi kepada generasi baru kerana BamBam merupakan contoh teladan yang kerap menunjukkan usaha dan kemahirannya dengan cara yang unik.
Berbicara mengenai BamBam, penyanyi yang pernah meningkat naik kerana Hallyu Wave atau K-Pop menerusi kumpulan GOT7. Terbaru, dia menarik perhatian peminat utamanya di Malaysia kerana sempat berkongsi pengalamannya membelah durian Musang King ketika singgah di Kuala Lumpur.
“Saya datang pada musim yang tepat dan sempat rasa Musang King! Memang sedap! Dan saya juga sempat cuba Bak Kut Teh”
Dalam pada itu, dalam acara pelancaran Redmi Note 13 Series di Pavilion Kuala Lumpur pada 13 Julai lalu. BamBam juga sempat bertemu dengan para peminat bukan sahaja dari Malaysia, malah ada yang sanggup datang dari Thailand, Vietnam, Filipina, Tunisia dan sebagainya.
Menerusi acara yang sama, terdapat acara cabutan bertuah istimewa untuk peminat BamBam dan apa yang menarik perhatian adalah ketika sesi bergambar dimana interaksi di antara pelantun lagu Sour & Sweet bersama peminat lelaki yang nampak seperti ‘kawan lama’.
Sekadar info, siri Redmi Note 13 yang dilancarkan di bawah konsep Every shot iconic terdiri daripada 4 model; Redmi Note Series 13 Pro+ 5G, Redmi Note Series 13 Pro 5G, Redmi Note Series 13 5G dan Redmi Note 13. Ciri-ciri utama siri ini termasuk kamera utama 200MP dengan penstabilan imej optik (OIS), paparan AMOLED lengkung 1.5K 120Hz yang menakjubkan dengan kaca Corning Gorilla Glass Victus yang tahan lasak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.