Hanya beberapa bulan lalu, selebriti sensasi program realiti Amerika Syarikat, Kim Kardashian pernah mendapat perhatian peminatnya dari seluruh dunia akibat episod penceraian daripada suami, Kanye West.
Biarpun keputusan untuk berpisah dilakukan secara baik dan dipersetujui oleh pasangan #KimYe ini, itu tidak bermaksud Kim tidak melalui beberapa minggu yang sukar bagi melepaskan tekanan yang dihadapinya daripada penceraian ini.
ARTIKEL BERKAITAN : [Terkini] 6 Tahun Bertahan, Kim Kardashian Bakal Bercerai Daripada Kanye West? – REMAJA
BACA LAGI : Apa Kaitan OLIVIA RODRIGO Dengan Penceraian Kim K & Kanye West? – REMAJA
Kim dan Kanye bagaimanapun tetap meneruskan hidup seperti biasa selepas ini memandang masing-masing mempunyai jadual karier yang amat padat dan keluarga yang perlu dijaga. Kim dengan perniagaan dan musim terakhir Keeping Up With The Kardashian, manakala Kanye mempersiapkan album terbarunya berjudul Donda.
Nama Donda dipetik daripada nama mendiang ibu Kanye Donda West yang meninggal dunia pada tahun 2007 akibat komplikasi pembedahan.
Bercakap mengenai Donda, Kanye telah mengadakan beberapa parti untuk menperdengarkan album baharunya itu. Pada acara yang berlangsung semalam, Kanye nyata telah mengejutkan semua orang yang berada di situ (dan seluruh dunia tidak lama selepas itu) apabila beliau menjemput bekas isterinya, Kim ke atas pentas sebagai ‘bintang cameo’.
Bertempat di stadium Soldier Field di Chicago, Kim muncul sewaktu lagu berjudul No Child Left Behind daripada album Donda dimainkan di hadapan hampir 40,000 orang yang ada di situ. Lengkap dalam persalinan busana rekaan Balenciaga mirip pakaian pengantin, perlahan-lahan Kim berjalan ke arah Kanye.
Sebaik saja mereka berdua berada hanya beberapa inci daripada diri masing-masing, lampu stadium dipadamkan lalu menandakan berakhirnya acara tersebut serta trek album.
Tidak lama selepas itu, timbul foto Kim dan Kanye meninggalkan lokasi dengan berpegangan tangan!
So guys, adakah gimik Kim dan Kanye ini sekadar – well – gimik untuk menarik perhatian dunia ke arah mereka seperti yang selalu mereka lakukan? Atau adakah ini bermakna #KimYe kembali bertaut semula?
Sebenarnya, kemunculan Kim ini bukanlah satu perkara yang luar biasa memandangkan dia pernah hadir ke dua acara sebelum ini bersama anak-anak mereka. Cuma, semalam adalah kali pertama Kim terlibat dalam produksi tersebut.
Balenciaga melaporkan wanita yang memakai busana tersebut adalah Kim dan Kim sendiri telah memuat naik fotonya di Instagram.
Namun sumber TMZ menafikan spekulasi kononnya mereka kembali bersama. Kim hanya melakukannya untuk menyokong karier Kanye terutamanya dalam mengharungi proses penceraian ini.
Malah baru-baru ini, Kim mengukuhkan keputusannya untuk tidak sesekali memadamkan nama ‘West’ daripada nama anak-anak mereka walaupun Kanye berdepan dilema untuk menukar namanya. Ini kerana Kim merasakan penting untuk anak mereka mempunyai identiti asal ayah mereka itu.