Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini, baru-baru ini mencuri perhatian dunia fesyen antarabangsa dengan kehadirannya di Milan & Paris Fashion Week FW25.

Hael tampil dengan gaya penuh karisma di pertunjukan fesyen jenama mewah seperti Dolce & Gabbana, Emporio Armani, Zegna, Amiri dan Kenzo. Ini merupakan kali keempat figura ini dijemput secara eksklusif ke pertunjukan fesyen di Eropah.

Pelantun lagu Jampi itu memulakan pengembaraan fesyennya di Milan dengan menghadiri pertunjukan Dolce & Gabbana, di mana dia tampil dengan rekaan elegan dan berani. Hael juga dilihat bergaul mesra dengan selebriti terkenal Korea seperti Jung Hae-in dan Nam Yoon-su, mencuri perhatian peminat fesyen global.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Gah’ Setanding Selebriti Antarabangsa, Hael Husaini Titip Rasa Bangga Terima Undangan Eksklusif Jenama Terkemuka Dunia

Ads

Hael Husaini Tampil Bergaya Dan Karisma Di Milan & Paris Fashion Week FW25

Seterusnya, Hael menghadiri pertunjukan Emporio Armani dan bertemu dengan pereka fesyen legenda, Giorgio Armani. Hael meluahkan rasa kagumnya, menyifatkan pengalaman bertemu dengan Giorgio sebagai satu pengalaman yang tidak ternilai.

Di pertunjukan fesyen Zegna, Hael turut berpeluang bertemu pelakon Hollywood terkenal, Mads Mikkelsen, sekali lagi menyerlahkan karismanya dalam dunia fesyen antarabangsa.

Hael kemudiannya meneruskan perjalanan fesyennya di Paris dengan menghadiri pertunjukan jenama mewah Amiri, di mana dia bergambar bersama personaliti ternama seperti Ed Westwick dan Sunwoo. Di pertunjukan fesyen Kenzo, Hael turut menarik perhatian dengan gaya uniknya, duduk sebaris dengan ikon fesyen Filipina, Heart Evangelista, dan rapper NLE Choppa.

Ads

Hael Husaini Tampil Bergaya Dan Karisma Di Milan & Paris Fashion Week FW25

Selain berbakat dalam bidang muzik, Hael kini semakin dikenali sebagai ikon fesyen. Kehadirannya di Milan & Paris Fashion Week FW25 bukan sahaja menarik perhatian media fesyen, tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi muda untuk tampil berkeyakinan. Hael menekankan bahawa ini bukan sahaja mengenai penampilan, tetapi juga tentang memperkenalkan bakat Malaysia ke peringkat dunia.

Ads

Di samping itu, Hael juga sibuk membuat persiapan untuk Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), dengan perancangannya kini mencapai tahap 70% siap. Hael berharap dapat memberikan persembahan yang penuh makna dan ikhlas untuk peminatnya.

Hael Husaini Tampil Bergaya Dan Karisma Di Milan & Paris Fashion Week FW25

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI